Monday, 13 July 2009

ISA : GERAKAN BERTINDAK SEPERTI PEMBANGKANG DAN KURANG AJAR !






Penghuni Gua : Lihat. Inilah sahaja kepandaian parti Gerakan. Lain tak ada. daripada anda asyik nak berdemo seperti pembangkang, lebih baik membantu Koh Tsu Koon yang sedang terkial-kial untuk merangka KPI Menteri menjadi realiti. Dah 100 hari DS Najib arahkan KPI disiapkan. Haram tak menjelma lagi. Alih-alih hari ini presiden anda cakap KPI akan hanya jadi nyata pada jun 2010.

2. Kepada Koh Tsu koon, nasihatkan sikit sayap parti anda ini. Ini kerana tindakan dan suara salah satu sayap parti anda seperti suara dan tindakan pembangkang. Kalau UMNO yang buat, bertempiklah meminta pemimpin UMNO meminta maaf. Apa ni.

3. Ini ke sahaja caranya parti anda menyumbang kepada BN untuk menarik semula sokongan orang cina kepada gerakan? Kalau inilah caranya , maka ia adalah satu tindakan yang kelihatan amat bodoh dan bertindak secara murahan sekali.

4. Bantulah PM untuk realisasikan 1Malaysia. Jangan jadi duri dalam lipatan. PG lihat PM dan TPM bertungkus lumus bekerja dan berusaha untuk membantu BN dan kerajaan agar keyakinan rakyat kembali kepada kerajaan. Ini tidak. Bertindak seperti seekor lembu. Tidak pernah menggunakan akal dan berfikir lebih panjang.

5. kalau dah cerdik sangat pemuda Gerakan ini, bantu presiden anda yang KPI nya sendiri pun di bawah PAR untuk menjadikan KPI yang diarahkan oleh PM menjadi saatu yang nyata pada tahun ini.

6. Kepada Gerakan juga: Ambil tindakan kepada sayap parti anda dan ketuanya kerana melanggar dasar BN : bertindak dan bersuara seperti pembangkang dan tidak mengikut saluran. Adakah BN menutup saluran untuk membincangkan ISA?

7. Jika tindakan tidak diambil, PG rasakan , suara dan tindakan sayap parti ini adalah atas restu presidennya.

8. Kepada Pengerusi BN, ambil tindakan yang srupa untuk memberi amaran keras kepada komponen yang kurang ajar ini.

1 comment:

  1. Untuk pengetahuan anda,
    keputusan pemuda gerakan nasional adalah gila.
    Ia tidak disokong oleh akar umbi dan hanya suatu taktik untuk dapat publisiti oleh anak LIm Keng yaik iaitu Lim Si Pin!
    Rakyat tidak suka demostrasi.

    ReplyDelete