Sunday, 12 July 2009

ISU NATRAH : PAS DAN HARAKAH SALAHKAN UMNO !




Penghuni Gua : Senangnya perjuangan islam PAS. Kalau nak berpolitik di Manek Urai pun, janganlah ambil jalan mudah sahaja.

2. Perjuangan islam bukan sekadar asyik nak persalahkan orang lain. Lihat diri sendiri. Berapa ramai yang sudah Parti PAS islamkan. Yang PG tahu disebabkan mulut pemimpin PAS yang busuk dan bermulut besar serta buruk sangkalah menyebabkan masyarakat bukan islam makin menjauhi islam.

3. Memaki hamun orang, binatang, syaitan, kafir, firaun, menghina kaum di Sarawak bodoh kerena tak undi PAS di Batang Air, ini semua menakutkan orang bukan islam untuk mendekati islam.

4. Kes Natrah ini pun nak salahkan UMNO. Bodohnya analogi dan fakta yang diberikan. PAS dilihat tidak bersalah atas alasan PAS ditubuhkan 5 tahun kemudian selepas kes Natrah. Senagnya memberi fakta untuk salahkan orang. Baca isu Natrah baik-baik. Jangan memutarbelitkan fakta.

5. Kalau benar dalam isu Natrah , UMNO memang bersalah, maka apakah sumbangan PAS selepas itu bagi membela Natrah. PG memang mengambil pelajaran sejarah di UM pada 1981-84. Khusus dalam bidang ini. Tak ada satu pun , jangan kan kata tindakan untuk membela Natrah, satu patah perkataan pun tak ada dari pemimpin PAS sejak ditubuhkan untuk membela Natrah.

6. Cuma sehari dua inilah sahaja, mungkin kerana PRK Manek Urai, maka PAS dan Harakah cuba memainkan dan memperbodohkan pengundi Manek Urai bagi kepentingan politik mereka.

7. Kalau sekadar politik salah menyalah ni, semua orang boleh berpolitik dan menjadi pemimpin. Budak sekolah pun boleh jadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Cuba berikan cadangan bagi membaiki sesuatu perkara. Nak salahkan orang ni senang. Buka dan celik mata waktu pagi aje ( kalau sudah memang tabiat pemfitnah ) terus salahkan orang. Semua orang boleh.

8. Ini zaman siber, tak sesenang itu nak bodohkan pengundi dan juga sejarah. Nak kafirkan orang mudahlah. Nak islamkan orang aje yang PAS tak pernah buat. Mulut macam cendawan, mana lah orang bukan islam akan tertarik kepada islam. Lihatlah cara TGHH cakap semalam tentang hal cawat Sarawak. Cakap tak pakai otak langsung.

2 comments:

  1. sebab tu saya dah lama stop baca harakah dari tahun 2001 lagi..pendapat saya harakah lebih banyak memesongkan dan memutar belitkan fakta..kerja membangkang dan menyalahkan orang lain memang senang..salahkan semua saja..PAS/DAP/PKR saja betul..

    ReplyDelete
  2. Natrah bukan tanggungjawab UMNO tetapi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia.

    ReplyDelete