Friday, 3 July 2009

JAWAPAN KEPADA KETUA DARJAH PMIUM : SATU ANALOGI MUDAH

Di bawah ini PG sertakan keratan-keratan dari blog Ketua Darjah PMIUM ( Becoming Reformist Of Malaysia ) katakan! Budak ini ( Shazni Munir Mohd Ithnin ) sedang di cari polis disyaki boleh membantu siasatan kes kianat di bangunan UM tempoh hari.: KLIK

Penghuni Gua akan jawab persoalan yang dikemukan dalam bolg beliau dengan menggunakan analogi mudah supaya beliau faham. Guna bahasa tinggi, nanti tak faham. Tengok cara tulisannya stail tingkatan 4 sahaja lebih kurang. Jadi PG guna analogi mudah dan cara kampung aje :...... Kesian juga kepada budak ni yang masih dangkal fikirannya dan masih tidak mahu membuka mindanya. Dengan posting ini mudah-mudahan beliau sedar. Amin.
>Bagi persoalan yang kemukakan oleh budak ini mengapa Rosmah tidak menyaman Raja Petra. Ini jawapannya. Ikut suka Rosmahlah nak saman atau tak nak saman. Itu hak dia. Tak ada orang boleh paksa. PG nak tolong saman RPK bagi pihak Rosmah tak boleh kerana tak ada locus standi ( nampak budak ni cerdik sangat biar dia cari le makna ni ).

Keduanya, Jadi PM dan isteri PM ini bertan-tan sehari orang dok fitnah dan mencaci cerca. Macam presiden Bush juga. Kalau Bush nak saman fitnah satu dunia ni berapa juga . Tak ada kerja lain le. Asyik terbang satu dunia dan turun naik mahkamahlah.


Jadi ini kebebasan. Perkaranya hanya kes sivil. Jadi iukut suka dialah. Nak saman pun buat apa, bukannya ada harta pun RPK tu, rumah dah kena lelong dan harta semua kena beku kerana kalah saman fitnah. Jadi buat letih aje saman dia.

Hal difitnah Rosmah terbabit dalam pembunuhan Atlantuya : senang aje jawapannya. Orang yang menuduh lah yang wajib membuktikannya. Dalam hukum hudud juga serupa. Baca Akta keterangan tentang beban pembuktian. Ia terletak kepada yang menuduh atau pendakwa jika Rosmah telah didakwa dimahkamah.

Senang nya begini, Jika PG tuduh bapak dan mak anda juga terlibat dalam pembunuhan ini atau pernah mencuri masa muda misalnya. Adakah mak bapak anda yang kena buktikan.? Jawapannya yang menuduh kena buktikan atau sekurang-kurangnya memberikan bukti awalan bagi tujuan untuk menjadi petunjuk kepada PDRM menyiasatnya.

Bukan tuduh tanpa bukti, kemudian polis siasat. senang banyak lah. PG pun boleh tuduh macam-macam kepada anda dan emak bapak anda. Kemudian suruh polis siasat. Tak ada kerja lain le polis. Hanya siasat tuduhan liar.

Buktikan atau sekurangnya beri bukti prima facie. Ini cakap aje. Islam ajar ke cara ini. Neraka kita kalau fitnah orang ini. Mana saksinya, mana buktinya.

Bab ini nampak kebodohan anda. Mana boleh anda sebagai seorang yang membawa imej islam boleh menyokong jenayah yang dua spesis ini lakukan? Ini jenayah kianat harta awam dan cubaan kianat dengan api terhadap harta awam. Mana boleh anda menyokong perkara jenayah ini. Islam ajar begitu ke? Ini bukan soal berani tetapi bodoh dan tindakan seorang penjenayah.

Nak conteng ke, nak maki hamun ke, nak tulis apa sahaja dan curah minyak boleh. Buatlah. Tak salah. Tak salah jika contengan dan curahan petrol itu di rumah mak bapak kita sendiri. Tak ada apa. Polis tak akan cari penjenayah kawan anda tersebut jika ia melakukan ke atas harta mak bapak dia. Itupun jika mak bapak mereka atau anda buat repot atas perbuatan tersebut , pihak polis akan menangkap atas kesalahan kianat. Polis tangkap 2 penjenayah ini bukan kerana kaitan dengan Rosmah tetapi atas jenayah kianat. Lihatlah secara holistik. Jangan nampak bodoh sangat kita ni . Budak U lagi. Kalau inilah pemikirannya , amat sedih sekali kami semua melihatnya.
Hal nak bantah membantah: Ini biasalah. Buatlah bantahan. Tak ada orang marah pun. Tak ada orang di luar ni nak dengar pun. Kami pun tak kenal anda sebelum ini. Dan sehingga sekarang pun kami tak kenal pun. Bantahlah megikut undang-undang. Jangan cakap sahaja. Tak ada orang nak larang pun.

Sebab apa kerajaan mencari anda kerana anda disyakki dan boleh membantu siasatan polis atas kejadian kianat ( menconteng harta awam ) dan cubaan kianat dengan api kepada harta awam. Itu sahaja. Jika tiada bukti, mereka akan lepaskan dan tiada sebarang dakwaan. Jika anda dicari, maknanya telah ada keterangan awal bahawa anda boleh membantu atau mungkin menjadi saksi pendakwa bagi 2 penjenayah tersebut yang ditangkap sebelum ini.

Bukan kerana anda presiden PMIUM. Apa besar sangat ke jadi presiden PMIUM? PG juga AJK PMIUM bersama Husam Musa, Takiyuddin Hassan, Dato Dr Fuad zarkashi, Suhaimi Ibrahim, Roslan Kasim, Saifuddin Abdullah. Dalam PUMUM dan Persatuan bahasa Melayu dan Persatuan Pahang. Semua ini kawan baik PG. Tak ada pun polis cari kami semua. Baik Husam musa ke, Takiyuddin ke. Tak ada pun polis cari kami. Lagi hebat dan lebih lantang Dato Husam Musa dan Takiyuddin berbanding anda. Mereka kecam juga kerajaan. Husam pun, bertanding presiden Kolej kelima pada 1983 dan kalah dengan Dato Ismail ( sekarang exco NS ) dengan majoriti 1 undi. Tak bising pun dia. 3 hari 3 malam kira undi. Berhemah aje Husam terima kekalahan.

Tak seperti anda. Terlalu kebudakan. Mereka diatas terutama Husam dan Takiyuddin amat tegar , lebih tegar dari anda dari segi penentangannya terhadap kerajaan. Tak ada pun pihak HEP mencari dan pihak polis membontotnya. Apa lagi nak menangkapnya. Malah pihak Universiti amat menghormati mereka ini.


Jawapannya : Atas kesalahan apa Rosmah nak dibawa ke pengadilan? Apa dosanya. Apakah dosanya lebih besar dari dosa anda memfitnah dan mengkhianat harta awam ( disyakki ).

Jawapannya : Cubaan kianat dengan api ini juga membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan tidak kurang dari 6 sebatan kalau tak silap PG. Kesalahan Rosmah seperti anda sebut sek 304 (a). Apa seksyen ini. Membunuh tanpa niat ke. Baca lah undang-undang sampai habis. Jenis yang baca separuh-separuh tiap perkara tulah yang menyebabkan semua kekalutan ini. Kemudian selebihnya mendengar radio buruk. Jadi seorang realis lah. Gantung sampai mati ini jika sabit kesalahan membunuh dengan niat seksyen 302 kanun keseksaan.

Penghuni Gua; Banyak PG buang masa untuk menulis ini. Tak lain bagi memberi kesedaran tentang hakikat sebenar dengan guna pendekatan dan bahasa paling mudah. Semuga anda sedar. Nota undang-undang terutama akta keterangan dari segi beban bukti, keterangan mengikut keadaan, alibi dan lain-lain dibawah akta keterangan ada PG letakkan diblog ini. Bacalah untuk kefahaman. Taklah jadi pakar bila membacanya.

Tapi boleh lah faham hujung pangkal ceritanya jika ada isu. Taip di SEARCH , kemudian tulis tajuknya. Keluarlah perkara yang diminta. Semuga anda fahami dan menjadi insan yang berguna kepada agama , bangsa dan negara. Bergaul dan berbincanglah dengan semua gulungan: membaca dan carilah berbagai ilmu bukan hanya satu ilmu. Jadi jika semua ini diikuti, maka cepatlah kematangan akan kita perolehi. AMIN

1 comment:

  1. salam bro,

    Bukan salah ibu mengandung, salah bapak tak pakai sarung......hehehe

    Masuk U, belajor dulu. Dah penuh ilmu di dada, lantak lah nak berjuang apa pun. Barulah perjuangan bersama ilmu

    Kalau belajor pun tak habis, Ini namanya perjuangan tin kosong.

    ReplyDelete