Wednesday, 22 July 2009

KEMATIAN SETPOL : SURUHANJAYA DAN INKUES DITUBUHKAN !!!!



Penghuni Gua : Dari pemahaman PG tentang langkah kerajaan ini ialah dalam 2 perkara. Pertama ditubuhkan satu Suruhanjaya Bebas bagi "sebuah suruhanjaya diraja akan diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu dan langkah ini diambil untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya.

2. Keduanya kerajaan akan menubuhkan satu inkues ( membuat sebenarnya ) berkaitan kematian SETPOL berkenaan bagi menentukan sebab kematiannya dengan dilantik seorang magistrate sebagai coroner.


3. Kalau betul pemahaman PG begini maka PG setuju. Ini kerana Suruhanjaya itu hanya untuk siasat prosedur SPRM agar tidak mencabuli hak asasi manusia. Inkues adalah bagi menentukan sebab kematian.

4. Ini kerana penentuan sebab kematian bukan tugas badan / suruhanjaya tetapi adalah tugas Koroner selepas satu inkues di adakan. Jika inkues ini mendapati tiada " False play " maka kertas siasatan kematian mengejut ini akan ditutup. Jika sebaliknya koroner mendapati ada / terdapat unsur jenayah, maka koroner akan mengarahkan satu siasatan dibuka dibawah sek 302 ( bunuh ) atau lain-lain yang berkaitan.

5. Jadi , kalau kerajaan atau kabinet pun pada hari ini tidak mengarahkan satu inkues pun , inkues adalah wajib di dalam kanun acara jenayah bagi kes-kes kematian mengejut termasuk dalam kes bunuh diri dan kemalangan jalanaraya. tanpa kabinet mengarahkan pun, inkues adalah wajib dibuat mengikut undang-undang sebelum siasatan ditutup atau diteruskan.

6. Jadi tiada apa yang baru dalam arahan kabinet tersebut.

7. Kepada kerajaan, pastikan tugas suruhanjaya tersebut idak tersasar dari arahan kabinet iaitu mereka bertugas hanya " meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu dan langkah ini diambil untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang".

8. Tiada apa yang baru. Jadi jangan sesekali Suruhanjaya ini melampaui kuasanya atau kuasa seorang koroner di dalam undang-undang.

Nota : tahniah kerajaan. Padan muka dia orang semua. Kerajaan bertindak mengikut undang-undang dalam hal ini. PG faham apa yang tersirat. TQ

No comments:

Post a Comment