Sunday, 5 July 2009

KG BUAH PALA : DAP KAN PANDAI, APA MINTA TOLONG BN !




Penghuni Gua : Hairan juga Lim Guan Eng nak minta tolong kerajaan Pusat ( BN ) untuk selesaikan masalah kg Buah Pala, Pulau Pinang. Kerajaan BN kan tak pandai, rasuah, tak pandai rancang projek, ada tangan ghaib, buat projek tak ada masa depan, untuk adik beradik , kepentingan diri, nepotisme, kroni.

2. Apa pulak nak minta tolong BN, Minta tolong le dengan Mahfuz pakar dalam segala bidang. Minta tolong dengan PAS, biar dia selesaikan ikut cara islam. Minta tolong dengan bapak anda kerana dia nampak pandai sangat dalam isu PKFZ tu. Biar dia selesai ikut cara meritokrasi dan Malaysia Malaysian.

3. Minta tolong juga dengan DSAI. Kan dia pakar ekonomi dan pakar dalam segala bidang. Dari pakar dalam perundangn islam, sehingga ekonomi. Margeret Thatcher pernah memberitahu rakyat Malaysia bahawa jika DSAI ini boleh dibeli seperti pemain Liverpol , Britain akan beli beliau kerana pakarnya DSAI ini.

4. Kepada DAP: buat apalah minta tolong BN. DS Najib bukan pandai. Najib tak utamakan rakyat. One Malaysia hanya slogan dan untuk halua telinga.

5. Minta tolonglah pakar dari universiti tu, Pakar Tamil eelam Prof Dr P Ramasamy Tim. Ketua Menteri 2 tu. Diakan Prof dan pakar kaum india dan pejuang Tamil sedunia ( lihat le bolg nya : KLIK )

6. Pulau Pinang juga kan banyak duit. Banyak kerajaan DAP bawa masuk pelaburan asing. Mana boleh tak ada duit. DAP kan pandai serba serbi . Apa lagi nak cari duit. UMNO dan BN ini semua tidor. DAP dan PR aje yang kerja kuat tolong rakyat di Malaysia.

7. Padan muka. Nak tunjuk pandai sangat. Baru tahu susah memerintah ini. Jika tidak dok asyik menyalahkan orang aje.

5 comments:

  1. you deserve it..betul tak pg..?puas hati baca ayat-ayat perli nie..memang kaww habis..

    ReplyDelete
  2. Maka berkatalah BN yg serba tak pandai ni ....

    1) "Kita akan bincangkan berkenaan Kg Buah Pala ni dalam kerangka Unity Talk And Unity Govt antara Umno dan Pas dan selepas Pas Join Umno/BN."

    2) "Sementara itu biarlah pemaju itu majukan tanah dia. Kalau kita ganggu kerja pembanguan dan kemajuan nanti DSAI dan LKS marah dan demonstrasi."

    3) "Lagipun kalau kita tolong begitu sahaja anak buah hindraf ini, pembangkang dan semua orang akan tuduh kita berkeroni dengan hindraf pula."

    ReplyDelete
  3. he he he he he he...............

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...Ni apa cerita ni, apahal pulak Kerajaan Pusat pulak nak kena selesai masalah Kg. Buah Pala. Sapa yg pandai2 janji masa pilihanraya 12 dulu? Pandai2 janji, pandai2 selesai sendiri la...puak2 pembangkang memang perangai dari dulu sampai sekarang macam ni, pusing2 kerajaan BN jugak yang kena..jangan dok alih kat kerajaan pusat pulak...hang selesaikan la sendiri, hang yg janji dulu nak selesai...dah tercirit mcm ni hang mintak BN pulak selesai...perangai memang hodoh, nak urus masalah mcm ni pun tak boleh, macam mana nak tadbir negara...rakyat harus berfikir...ALLAH MAHA BESAR

    ReplyDelete
  5. PEMUDA TAMAN PERUDA.: PADAN MUKA DIA ORANG TERMASUK HINDRAF TAK TAHU MALU TU. TERHEGEH MINTA TOLONG SEKARANG. BARU TERCIRIT. DAH NAMPAK LANGIT RENDAH

    ReplyDelete