Friday, 17 July 2009

KG. BUAH PALA : PERJUMPAAN TERPILEH KM !


Berita TV3 jam 7 pagi ini melapurkan perjumpaam Lim Guan Eng ( Ketua Menteri P Pinang ) telah di adakan di pejabat KM malam semalam dengan hanya 5 keluarga penduduk Kg Buah Pala.

2. Lima penduduk ini juga diminta tutup mulut mereka kepada semua pemberita dari menerangkan apakah perbicangan yang dibuat dan hasilnya dan dibawa keluar melalui jalan lain bagi menghalang pemberita meneramah penduduk ini.

3. Wow. Mana prinsip CAT. Katanya bersih dan ketelusan. Ada jua yang tidak telus kerajaan PP ini. Hanya slogan sahaja.

4. Sekarang barulah anda tahu , bahawa memerintah ini tak semudah bercakap dan mengkritik orang. Juga lain kali,bila berjalan tu, jangan asyik muka memandang dan mendongak ke langit: sesekali tu , muka kita perlu tunduk ke bumi dan sesekali toleh kiri, kanan dan belakang.

5. Apa pun, isu kg Buah Pala masih misteri. Mungkin kah kg ini tidak akan aman seperti High Chapparal. PG cadangkan Lim Guan Eng memanggi Monolito Lim Kit Siang untuk selesaikannya.

No comments:

Post a Comment