Monday, 6 July 2009

LIBERALISASI : TUN MAHATHIR BERSUARA !





Penghuni Gua : Kepada DS Najib, PG memohon, cukuplah sekadar dasar liberalisasi yang telah diumumkan.

2. Jangan lagi sesekali diumumkan lagi dasar liberalisasi yang baru di masa depan. Bezakan di antara keadilan dan kesamarataan. Sama tidak semistinya adil. Adil itu meletakkan sesuatu ditempatnya.

3. Islam juga tidak pernah menganjurkan kesamarataan. Yang islam anjurkan ialah keadilan. Jadi yang perlu dibantu , kita perlu dibantu. Dasar terdahulu tiada yang silapnya. Kesamrataan tidak akan selesaikan masalah. Bahkan lebih banyak membawa masalah. Lihat di negara Eropah dan juga sistem kominis yang mementingkan kesamarataan dan meritokrasi. Semuanya telah membawa ketidakadilan dalam masyarakat.

4. BN perlu ingat. Lebih-lebih lagi UMNO yang perlu lebih beringat. Undi orang Melayu / bumiputra dan pribumi Sabah dan Serawak adalah besar dan mendokong penuh UMNO di dalam PRU12 dan sebelumnya. Adakah ini balasan dan hadiah dari UMNO kepada mereka.

5. Dasar liberalisasi yang telah diumumkan sukar ditarik balik dalam masa terdekat. Jadi biarkan ia begitu. Walau bagaimana pun, ia cukuplah setakat itu dan jangan lagi meminggirkan hak rakyat terbanyak yang masih perlu dibantu. Jangan lagi diuik hak-hak bumiputra dan pribumi yang telah diluluskan dasarnya. Perbaiki dasar yang sedia ada dan perlaksanaannya agar pencapaian nya dapat ditingkatkan.

6. Ingat! 67 % undi orang Melayu di Semenanjung adalah kepada UMNO. Iktiraf sokongan kami dan mereka ini. Jika berterusan mengganggu hak mereka PG bimbang mereka akan beralih arah.

7. Lihat kejadian yang Allah jadikan. Allah tidak pernah jadikan setiap perkara dalam dunia ini sama dan sama rata. Jika sama tidak ada keindahanya. Masyarakat pun berbeza dijadikan Allah dengan beragai kaum. Contoh lain , jari kita pun tidak dijadikan sama. Apa jadi sekiranya Allah ciptakan kelima-lima jari tangan kita semua sama? Adakah kelihatan cantik.? Jawapanya amat buruk kelihatannya. Jadi jangan sesekali berpegang kepada dasar kesamrataan. Keadilan itu yang lebih utama.
8. Keadilan itu bermaksud meletakkan sesuatu ditempatnya. Jika seseorang tidak suka atau tidak perlu memakai seluar tetapi kita memberi seluar untuknya pakai: maka ini zalim kepadanya. Begitu juga dalam membangunkan masyarakat. Bantu kepada mereka yang perlu dibantu.

9. PRU13 tidak lama lagi. Berhati-hati lah dalam merombak dasar yang telah berjalan. Kesannya amat buruk jika kita menyentuh kepada perkara teras dan asas kepada keujudan negara ini.

4 comments:

  1. betol..

    kalau nak laksana liberalisasi perkasakan lagi bumiputra dan melayu

    tolonglah PM.....

    ReplyDelete
  2. Tun Mahathir tak sokong liberalisasi. Pak Lah pulak sokong. Agak-agak Najib nak ikut cakap sape? hehehe

    ReplyDelete
  3. PG BERPENDAPAT DS NAJIB AKAN IKUT TUNM DAN KITA SEMUA . INSYALLAH.

    ReplyDelete