Thursday, 16 July 2009

PENCEMARAN SUNGAI : JAS DAN JPS TIDOR KOT !





Penghuni Gua : Sudah naik muak dan menyampah PG membaca kenyataan di atas. Semakin hari semakin teruk semua sungai-sungai di Malaysia. Yang sering kedengaran dari pihak bertanggung jawab seperti JAS ialah:

. Kita akan mengambil tindakan tegas kepada pihak bertanggungjawab.
. Kita akan mendakwa pihak yang bertanggungjawab.
. KIta memberi amaran keras kepada yang bertanggungjawab.
. Kita memberi amaran terakhir kepada pihak bertanggungjawab.

2. Itu ajelah yang sering kita dengar. Dah berbuih mulut Karam Singh Walia mendedahkan tentang pencemaran sungai di Malysia ini. Sekali keluar TV , berbondong lah pengarah JAS negeri dan kakitangan JAS negeri melawat tempat kejadian. Kemudian senyap. Selepas itu terjadi lagi pencemaran.

3. Dalam hal pencemaran sungai ini, PG lihat dan tidak merasakan dan tidak nampak peranan yang dimainkan oleh JAS. Kalau ada pun , kita tak daopat merasakan peranan mereka. Peranan mereka hanya menonjol jika pencemaran yang berlaku didedahkan. Jika tidak semuanya tidor.

4. Ke mana JAS dan Jabatan Parit dan Saliran. Masih tidorkah anda atau alasan yang biasa dikemukan oleh ketua dan pengarah jabatan ini ialah kekurangan kakitangan. Berapa banyak dan berapa ramai kakitangan yang diperlukan baru boleh selesaikan isu pencemaran sungai?

5. Inilah alasan bodoh yang kerap kedengaran. Adakah kakitangan yang ada telah diekloitasi sepenuhnya tenaga mereka untuk mengatasi masalah ini?

6. Karam Singh Walia dengan 2-3 orang kakitangan TV3 boleh mendedahkan isu berkaitan pencemaran ini setiap hari dan minggu. Mengapa JAS dan jabatan parit dan Saliran yang mempunyai pejabat disetiap negeri dan daerah tidak boleh mengatasi masaalah ini atau nampak pencemaran sungai berlaku di depan mata?

7. Mungkin mereka ini dah nampak benda lain kot. Mungkin mereka ini nampak seperti yang dinampak oleh kakitangan Jabatan Hutan Pahang. Akhirnya SPRM menangkap mereka ini. Mungkin Kakitangan JAS dan JPS perlu dipantau oleh SPRM baru nak kerja? Mungkin kot.

No comments:

Post a Comment