Wednesday, 8 July 2009

PPSMI : HAPUS 2012






Penghuni Gua : Alhamdulilah. Tahniah kepada Pak Samad dan semua pejuang bahasa tulen. Tahniah ini bukan kepada hipokrit yang mengambil kesempatan.

2. Tahniah kepada Kerajaan / UMNO yang prihatin dan masih mendengar suara hati rakyat terbanyak.

3. Semuga kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi di masa-masa hadapan terutama dalam hal yang menyentuh jati diri dan maruah bangsa dan negara ini dan asas pembentukan negara ini.

4. Semuga anak-anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan kita sebagai ibubapa mengalakkan anak-anak memperlajari bahasa kedua secara lebih gigih di luar. Hendak dengan tak hendak sahaja.
5. Tegaknya pokok kerana akarnya, tegaknya negara kerana rakyatnya, tegaknya rakyat sebahagiannya kerana bahasanya.

1 comment:

  1. salam bro,

    Gembira kerana kerajaan sudah ada keputusan. Kalau tidak ianya seperti gantung tak bertali.

    ReplyDelete