Wednesday, 1 July 2009

PRESIDEN PMIUM UGUT KERAJAAN ! GERTAK BOLLYWOOD !


Malaysiakini

Siswa UM bertindak jika dipecat
author_photo("Abdul Rahim Sabri")
Abdul Rahim SabriJul 1, 0912:39pm

kemaskini 2.58pm Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Budak berhingus ini cuba nak ugut dan gertak kerajaan. Nak buat bantahan ( demo kot ) di segenap sudut kononnya.

2. Ini gertakkan dan ugutan macam dalam filem Tamil Bollywood dan Hindustan aje. Bukan takut. Nak gelak lihat budak ini ugut dan gertak kerajaan.

3. Kalau takat budak PMIUM ini tak payah kerajaan, PG dengan rela hati berani berdepan dengan mereka ini dalam apa bentuk pun. Makan pun masih orang tanggung ( bapak dan kerajaan ) Belajar dan keputusan exam pun cukup makan sahaja. Cakap bukan main lebih.

4. Kepada ketua pelajar PMIUM ( bukan pemimpin ) bertaraf ketua darjah masa sekolah dulu aje kalau otak macam ni: berdirilah depan cermin dulu. Lihat siapa kita. Baru boleh bercakap dan keluarkan ugutan dan gertakkan.

5. Fikirkan apa yang kita buat tu betul ke salah atau sekadar menjadi pengikut tolol dan pak turut yang tak tahu di mana hujung dan pangkalnya. Setakat berkopiah dan pakai baju gumbang dan hitam di dahi tu, tak usah cakap lebih lah. Buat orang gelak dan ketawa sinis aje.

6. Kawan anda yang dituduh tu pun, kesian mak bapak perhabiskan duit untuk jaminan. Dari muda sampai ketua, anak-anak tak habis-habis menyusahkan mak bapak.

7. Dalam kes ini senang sahaja isunya. Vandalisma dengan menconteng dinding bangunan awam adalah perbuatan kianat mengikut kanun keseksaan. Itu sahaja isunya. Kalau yang tiga pelajar ini nak atau menconteng rumah mak bapak dia orang lantak le. Tak ada pihak polis nak sibukkan. Tulis apa carut pun. Tak ada yang ambil kisah.

8. Dalam Blog, berbagai tulisan dan caci nista terhadap Rosmah. Tak ada pun polis tangkap anda. Ada internet dan kemudahan blog, facebook, myspace, Tagged dan berbagai lagi. Dah nak menconteng sangat perkara tersebut, buka blog atau semua di atas dan conteng lah habis-habisan. Jangan jadi pengecut dan dayus dengan membaling batu sembunyi tangan dalam kes di atas. Ini diajar oleh islam ke?

9. Berfikirlah cara dewasa sedikit. Budak-budak paria dan mat rempit yang tak mengira bangsa dan agama aje yang kerjanya menconteng ini. Jenis yang tak sekolah. Jadilah dewasa cara berfikir kita. Lihat piagam PMIUM. PG pun dahulu pada 1983-1984 pun di antara AJK PMIUM. Tapi tak adalah berperangai macam ini. Memalukan PMIUM sahaja.

3 comments:

  1. bro kalau setakat menconteng dinding xpe lagi bro.ni siram minyak petrol bwh karpet vip.ada cubaan khianat utk kenakan vvip yg dtg haritu.

    ReplyDelete
  2. JTL : pPG SETUJU KESEMUA LIMA PENJENAYAH INI SAMADA YANG SUDAH DITUDUH ATAU YANG BELUM DITANGKAP DI HUKUM SEBERAT MUNGKIN DAN DIBUANG TERUS DARI U WALAU PUN KES MASIH BERJALAN. AUKU MASIH BOLEH BERTINDAK MENGIKUT KAEDAH INI. ATAU GANTUNG PENGAJIAN PENJENAYAH INI SEHINGGA KES SELESAI.

    ReplyDelete
  3. my middle finger to them.my brother was one of the mpu exco before.masa zaman diorg xdela berlaku mcm ni.xde la tertalu eksteremis bodoh mcm ni.heran juga yer.masuk um ingat cerdik tp bodoh juga.saya rujuk msiakini tu,dikatakan bahawa dia minta isteri pm jwb tuduhan raja petra.bodoh betul percaya sgt tuduhan raja petra yg skang cabut lari takut.

    ReplyDelete