MENGIKUT Kanun Acara Jenayah, inkues diadakan untuk menyiasat bila, di mana, bagaimana dan punca kematian si mati serta sama ada terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematiannya. Perkara ini diperjelaskan dalam keputusan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah dalam kes Loh Kah Kheng (1990) yang dipetik sebagai berkata:
"Mesti diingat bahawa fungsi seorang majistret mengendalikan satu siasatan mengikut Bab XXXII KAJ ialah untuk menyiasat, bila, di mana, bagaimana dan selepas dalam cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada mana-mana orang secara jenayah terbabit dalam menyebabkan kematian itu (seksyen 337).
Definisi 'Punca kematian' di bawah seksyen 328 ialah untuk memasukkan dengan jelas bukan saja punca kematian seperti ditentukan oleh pemeriksaan atau pemeriksaan bedah siasat tubuh si mati, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan pendapat dibentuk mengenai cara si mati menemui kematiannya dan juga sama ada kematiannya berpunca akibat daripada mana-mana cara, atau telah dipercepatkan oleh sebarang tindakan tidak mengikut undang-undang atau berlaku akibat perbuatan orang lain.
Oleh yang demikian, majistret akan mengadakan siasatan dengan memeriksa saksi-saksi yang telah bersumpah dan pada masa yang sama lazimnya mematuhi peraturan biasa mengenai keterangan, beliau mungkin menerima mana-mana keterangan yang beliau fikir sesuai, terutama keterangan dengar cakap.
Tugasnya ialah untuk menentukan punca kematian dan beliau tidak terikat untuk mematuhi prosedur undang-undang mahkamah yang biasa." Mengikut Seksyen 333 KAJ, inkues tidak perlu diadakan jika Majistret berpuas hati dengan sebab kematian, tetapi dalam semua kes lain adalah mandatori untuk majistret mengadakan inkues, lebih-lebih lagi dalam kes kematian mengejut.
Jika Suruhanjaya Diraja juga melakukan siasatan sama, ia akan menyebabkan berlaku pertindihan. Dalam kes Teoh, saya menggunakan peruntukkan Seksyen 339(1) KAJ untuk mengarahkan Majistret mengadakan siasatan terhadap punca dan keadaan yang menyebabkan kematian Teoh dan Majistret terikat untuk mengadakan siasatan itu.
Maka, adalah jelas bahawa saluran yang betul dan sesuai telah diperuntukkan oleh undang-undang untuk kes sedemikian. Tambahan, kerajaan juga sudah memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Fungsi suruhanjaya itu tidak sepatutnya disalahertikan dengan siasatan yang dibuat mengikut KAJ. Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 secara jelas menyatakan rujukan kepada penyiasatan berhubung perilaku dan pengurusan pegawai serta jabatan kerajaan atau untuk kebajikan orang awam. Kebajikan dalam The New Shorter Oxford English Dictionary didefinisikan sebagai
"kegembiraan, kesejahteraan, kesihatan baik atau kekayaan seseorang, masyarakat dan lain-lain; kejayaan kemajuan, kemakmuran." Oleh itu, peranan Suruhanjaya Diraja Siasatan tidak boleh diperluaskan untuk meliputi siasatan bagi kematian sebegini, di mana siasatan oleh Majistret di bawah KAJ adalah lebih sesuai dan didukung oleh undang-undang.
Sebelum ini, apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ketika tragedi Terminal Feri Pulau Pinang dan kilang mercun Bright Sparklers, rekod menunjukkan terma rujukan bagi kedua-dua tragedi itu meliputi hal pentadbiran, pengurusan dan kepatuhan terhadap prosedur serta piawaian keselamatan.
Tragedi dan bencana itu yang menyebabkan kehilangan banyak nyawa adalah disebabkan kecuaian dan ketidakpatuhan prosedur operasi oleh pihak berkuasa berkaitan. Kedua-dua suruhanjaya itu tidak menyentuh punca kematian mangsa. Oleh itu, KAJ sebagai undang-undang khusus yang mempunyai peruntukan untuk siasatan kematian, maka sewajarnya bagi mahkamah menentukan punca kematian dan perkara yang berkaitan dengannya.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja pula adalah tepat dan berdasarkan undang-undang bagi tujuan menyiasat aspek prosedur yang diguna pakai SPRM dalam menjalankan siasatan mereka. Apa yang penting kita mesti mematuhi undang-undang negara untuk memelihara kepentingan kerajaan dan masyarakat.
Siasatan mengikut KAJ diperuntukkan oleh undang-undang, manakala siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 adalah cara untuk memperoleh kebenaran secara adil dan saksama. Ia juga akan menangani sepenuhnya semua kebimbangan yang ditimbulkan kerajaan dan masyarakat pada keseluruhannya.
Penghuni Gua : Kerajaan misti dan telah mematuhi undang-undang. Layar-loyar buruk pun menyibuk meminta Suruhanjaya Bebas nebyiasat kematian. Mereka menghina megistrate dengan mengatakan koroner / megistrate yang akan dilantik dalam inkues tidak akan dapat merungkai sebab kematian SETPOL.
2. Inkues belum berjalan, koroner telah dibicarakan dan telah dihukum oleh mereka. Telah berjuta inkues yang telah diadakan sejak mendeka. Tak ada satu pun timbul dan dipertikaikan sebelum ini bahawa koroner gagal dalam tugas mereka.
3. Jadi apa masalanya. Ada komen-komen yang dihantar ke blog ini yang menulis bahawa Takkan Zaid Ibrahim dan Majlis Peguam yang mengkritik dan meminta suruhanjaya dan bukan inkues. Bukankanh mereka tidak tahu keadaan ini. tetapi mengapa mereka meminta suruhanjaya dan bukan inkues? Tanya mereka.
4. Jawapan kepada soalan tersebut ialah: mereka dan peguam-peguam ini tidak mahu bercakap benar. Mereka ini mempunyai kepentingan politik. Itu sahaja.
5. Jika sebelum ini mereka menuntut kerajaan menyiasat mengikutn undang-undang, maka dalam hal ini undang-undang telah dipatuhi. Suruhanjaya tidak boleh mengatasi inkues yang diperuntukkan undang-undang. Zaid tak mahu bercakap benar seperti juga majlis peguam. Tunjukkan satu inkues yang gagal dan dicurigai.Tiada satu pun.
6. Sebenarnya bukan inkues atau suruhanjaya yang jadi isunya. Isunya, masing-masing yang tidak setuju ini mempunyai kepentingan politik dan mempolitikkan isu ini. Mereka agungkan sangat dengan Zaid Ibrahim. Tunjukkan kepada PG, berapa kes pernah Zaid bawa di mahkamah dan memenanginya. Kosong. Kecuali masuk mahkamah semasa buat Chambering sahaja. Lepas tu tidor. Cakap aje banyak.
7. Akhirnya, siapakah SETPOL tersebut hingga nak dilayan terlalu istimewa dari yang lain? Ahli syurga ke dia. Apa jasanya? Jasanya yang pasti hanyalah berjaya menghasil dan meninggalkan seorang anak dari perhubungan yang tidak sah dengan seorang wanita! Itu sahaja. Jadi inikah mengapa Suruhanjaya nak ditubuhkan. Nak muntah aku membacanya. Penjilat-penjilat ini kadangkala cuba nak menutup isu ini dan juga isu -isu lain yang berkaitan dengan mereka di Selangor dan juga ditempat lain.
No comments:
Post a Comment