Tuesday, 14 July 2009

SUHAKAM : ADAKAH HAK ASASI UNTUK AWAM SAHAJA ?






Penghuni Gua : Begitu aktif SUHAKAM dalam mengadakan siasatan awam. Terutama bila melibatkan peguam-peguam yang mengambil kesempatan dan memutarbelitkan fakta dalam isu di balai polis briekfield tempoh hari.

2. Mereka ( peguam ini ) katakan pergi ke balai untuk memberikan khidmat guaman. Ye ke. Putar belit fakta bolehlah. Hal sebenarnya nak buat perhimpunan menyokong rakan mereka ( peguam juga ) yang ditahan sbelum itu. Tak apalah. Lantak dia orang. Dah mereka pandai bab berbelit-belit dan menyalahgunakan undang-undang.

3. Nak sentuh d sini ialah, Perjuangan SUHAKAM ni yang PG tahu adalah untuk semua orang, rakyat Malaysia, semua pertubuhan, semua jabatan. Bukan hak asasi segelintir puak atau kaum atau pertubuhan. PG lihat kalau bab komplen kepada polis ini, cepat sangat SUHAKAM respon dan membuat siasatan awam. Bila pihak polis pula yang dicederakan ( setengahnya hampir mati ) tidak pula mereka ini respon dan membuat siasatan awam. Mengapa?

4. Lihat dalam rusuhan hindraf di ibunegara tahun 2007 dahulu yang hendak berarak ke Kedutaan Britain . 5 pegawai dan anggota polis cedera parah kerana dipukul oleh kumpulan penjenayah Hindraf ini. Berpuluh ditangkap . Kemudian semua kes terhadap penjenayah Hindraf ini digugurkan. Mereka ini menyebabkan 5 pegawai dan anggota polis hampir maut ( pegawai berkenaan pecah kepala ) tetapi semua tuduhan jenayah ke atas mereka ditarik balik oleh peguam negara.

5. Dalam hal ini , di mana sSUHAKAM. Sepatah pun tak berbunyi mengenai isu ini. Mengapa satu siasatan awam tidak dibuat. Adakah polis ini binanatang yang patut dinafikan hak asasi mereka. Hak asasi hanya untuk Hindraf dan para peguam sahaja?

6. Nak dengar juga apa jawapan SUHAKAM. Itu satu sahaja contoh bagaimana SUHAKAM yang gah menjaga hak asasi, bertindak double standard dalam perjalanannya. Wajarkah?

No comments:

Post a Comment