Tuesday, 28 July 2009

TAMADDUN ISLAM 6

Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.

Kuliah6


Sumber Perundangan/Syariat Dalam Islam

Ringkasan.

Ijmak – Satu hukum yang mendapat kesepakatan ulamak selepas kemangkatan nabi Muhamad dengan sesuatu isu dalam sesuatu masa.

Qiyas – Menyamakan sesuatu perkara dengan sesuatu hukum berdasarkan dalil yang ada contohnya dalam Quran terdapat jauhi arak dan dari sini disamakan arak itu adalah haram.

Mutawatir – dipindah dari golongan ramai ke golongan ramai lain dan mustahil ianya adalah pendustaan. Ia dirujuk kepada quran.

Kuasa perundangan islam adalah dalil syarak yang menjadi sokongan kepada hukum dan dikatakan ilmu unsure fekah.

Contoh dalil adalah seperti jangan kamu mendekati zina dan hukumnya adalah haram.

Dalil terbahagi kepada dua iaitu dalil Naklil iaitu di nukil dari quran dan sunnah.
Dalil Aklil (akal ) iaitu dalil bersandarkan akal. Kedua dalil ini saling bergantungan.

Hukum fekah seperti mengenai wajib,haram, halal dan sunat.

Quran adalah wahyu yang diturun kepada Nabi Muhamad dan ianya mestilah dalam bahasa arab. Quran merupakan satu mukjizat. Pembacaannya satu ibadah walaupun tidak difahami. Ianya dipindah dari orang ramai keorang ramai lain dan tidak mungkin palsu dan dinamakan mutawatir.

Setiap nabi juga diberikan mukjizat pada zaman nya contonya nabi Isa diberi mukjizat perubatan iaitu dapat menghidupkan orang yang telah mati.Nabi Musa dapat membuat tongkatnya menjadi ular dan nabi Muhamad dalam bidang kesustraaan iaitu ayat dalam Quran .

Hadis lafaz dari Nabi dan maknanya dari Allah.Quran lafaznya dan maknanya dari Allah.

Quran sentiasa terjaga secara hafalan dan tulisan dari masa kesemasa dan kandungannya ditetapkan dengan yakin.

Quran adalah hujah kepada Islam dan setiap hukumnya hendaklah di patuhi oleh setiap umat islam.
Jika satu perkataan tidak boleh ditafsir dengan perkataan lain maka ia dikatakan yakin. Contohnya ayat quran perempuan berzina hendaklah disebat 100 kali.

Jika satu perkataan terdapat lebih satu makna maka ia tidak yakin atau dinamakan kuat tangapan. Contohnya haram makan bangkai. Perkataan bangkai membawa dua makna iaitu bangkai di laut dan bangkai di darat. Al Sunnah kemudiannya menerangkan hanya bangkai di darat.

Sunnah adalah apa-apa perbuatan,perkataan dan perakuan nabi. Perakuan adalah apa-apa yang tidak ditegur atau di persetujui oleh nabi. Jika sesuatu yang mungkar akan di tegur oleh Nabi dan jika diam maka ianya di persetujui.

Sesuatu yang mungkar hendaklah di cegah dengan tangan atau lidah atau dengan hati.

Tidak semua perbuatan nabi adalah sumber perundangan dalam islam. Contohnya tidur dan nabi berkahwin 4 dalam satu masa. Ianya merupakan perlakuan manusia biasa. Contohnya lain seperti pengalaman dalam pertanian,peperangan.

Hadis menguatkan apa yang terkandung dalam quran contohnya wajib zakat,sembahyang dan sebagainya. Contohnya quran hanya menyatakan dirikan sembanyang tetapi tidak menyatakan masa dan bilangan rekaat. Quran mentafsirkan/menerangkan apa yang ada didalam quran. Contoh lain quran menerangkan setiap anak berhak mendapat hak pesaka. Tetapi sunah menerangkan anak yang membunuh bapa tidak berhak mendapat hak pesaka.

Kedaulatan sesebuah Negara adalah pada tiga perkara :

Kuasa perundangan
Kuasa Eksekutif
Kuasa kehakiman

Namun bagitu ketiga-tiga ini tidak didapat dinyatakan berasingan semasa zaman Nabi Muhamad kerana beliau memegang ketiga-tiganya – pengubal undang-undang, pelaksana dan kuasa menghukum.

Sumber utama perundangan islam adalah quran. Ianya memperkatakan masalah besar dan keedah umum. Ayat perundangan didalamnya terhad dan oleh itu ianya mestilah bersandarkan kepada yang lain. Daripada 6000 ayatnya hanyalah 200 ayat berkait mengenai perundangan.
Sunnah –perbuatan,perkataan dan perakuan nabi. Rasululah ditugaskan untuk mentafsir ayat-ayat dan kaedah umum yang terdapat dalam quran. Hadis untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam quran.

Pada masa nabi Muhamad apabila beliau dirujuk untuk membuat keputusan beliau membuat keputusan berdasarkan wahyu,quran dan hadis. Tetapi setelah beliau wafat timbul masalah rujukan undang-undang kerana perkara baru tidak disentuh didalam quran,hadis.

Pada masa khalifah Abu Bakar rujukan dibuat pertamanya kepada quran,jika tidak ada kepada sunnah dan jika tidak juga beliau akan bertanya kepada para sahabat. Sekiranya tidak ada juga maka mesyuarat akan dibuat untuk mencari kata sepakat. Cara yang sama dibuat oleh Omar dan Ali dengan bertanya adakah Abu Bakar pernah membuat sebarang keputusan tentang masalah yang dihadapi.

Selepas zaman khalifah islam telah berkembang dengan luas dan ulamak bertaburan diseluruh tempat yang mentafsirkan hukum. Dari sini ujudlah pula ilmu usul fekah yang membicarakan tentang kaedah daripada hukum daripada nas/dalil.

Orang pertama mengasaskannya adalah Imam Shafie pada 204 Hijrah. Iman lain yang terkemuka adalah Ghazali, Maliki, Hambali. Ilmu usul fekah berdasarkan sumber perundangan Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.

Quran.

Kalam Allah yang diturunkan dalam bahasa arab kepada Nabi Muhamad melalui Jibril. Pembacaan adalah ibadah walaupun tidak difahami. Dipindah secara orang ramai keorang ramai lain dan tidak mungkin palsu (mutawatir). Ianya mencabar dengan surah yang paling pendek dan tidak ada siapa yang boleh menandinginya. Ianya terjaga secara hafalan dan tulisan dari satu generasi ke generasi lain. Setiap hukumnya wajib di patuhi oleh setiap umat islam.

Sunnah

Segala perkataan,perbuatan dan perakuan nabi. Perakuan nabi seperti nabi tidak menegur atau memujinya. Tidak semua perbuatan nabi sebagai seorang manusia biasa adalah sumber perundangan seper makan,minum. Bagitu juga perkara khusus yang dilakukan oleh Nabi seperti berpuasa berterusan tanpa berbuka selama 2-3 hari dan berkahwin 4 orang dalam satu masa.

Hukum perundangan sunah.

i. Ianya memperkuat hukum yang terdapat dalam quran contohnya wajib sembahyang,zakat,berpuasa,haji dan sebagainya.
ii. Menerangkan nas quran yang umum. Contohnya quran menyatakan setiap anak berhak mendapat harta pesaka tetapi sunah menerangkan anak yang membunuh bapa tidak berhak mendapat harta pesaka.
iii. Mentafsir apa yang tidak jelas dalam quran. Contohnya quran hanyalah menyatakan dirilah sembahyang tetapi tidak menjelaskan bilangan masa dan bilangan rekaat.
iv. Mengikat nas quran secara mutlak. Contohnya quran menyatakan orang mencuri hendaklah dipotong tangan tetapi tidak menjelaskan tangan kiri atau kanan dan takatnya. Hadis menerangkan tangan kanan bermula dari pegelangan tangan.
v. Memansuhkan hukum yang terdapat dalam quran. Contohnya quran menyatakan orang yang hampir maut hendaklah mewasiatkan hartanya. Hadis menetapkan cara yang lain.

Ijmak.

Lahir dari kata sepakat para mustahid selepas nabi Muhamad wafat. Mustahid adalah orang yang pakar dalam bidang ugama dan wajibkan di ikuti oleh umat islam. Ijmak terbahagi kepada dua :

i. Ijmak secara jelas – para mustahid secara sebulat suara bersetuju dan mengeluarkan pendapat yang sama dan tidak dipertikai. Hukum ini tidak boleh dibahas dan hendaklah di ikuti.
ii. Ijmak diam – ada para mustahid yang tidak mengeluarkan sebarang reaksi atau berkata setuju/tidak setuju (diam tanpa memberi pendapat). Ijmak ini boleh di pertikai dan hukumnya tidak wajib diikuti.

Qiyas.

Menyamakan sesuatu perkara dengan sesuatu hukum berdasarkan dalil yang ada.

4 elemen Qiyas :

i. Perkara asal yang di Qiyas.
ii. Perkara baru di Qiyas dan tidak ada dalam nas.
iii. Hendaklah ujud hukum pada perkara asal yang hendak di Qiyas.
iv. Hendaklah ada sebab dan sifat yang dibina.

Contohnya quran menyatakan minum arak hukumnya adalah haram. Tetapi ada perkara lain seperti tuak, brandi juga kerana sifatnya memabukkan di Qiyas sebagai haram. Orang yang minum arak adalah haram walaupun tidak mabuk.

Masiahah.

Adalah juga sumber perundangan islam yang tidak mendapat kata sepakat ulamak. Perkara ini dinamakan Masiahah atau perkara yang membawa menfaat atau mudarat.Masiahah terbahagi kepada berikut :

i. Diperakui oleh syarak dan terdapat dalil.
ii. Tidak diperakui/dibatalkan oleh syarak atau ada dalil yang membatalnya.
iii. Tidak tahu diperakui atau tidak dan tidak ada dalil.

Masiahah yang diperakui adalah seperti berikut :

1. Masiahah asas contohnya 5 perkara yang ditetapkan oleh syarak tidak boleh di ceroboh kerana ia akan membawa kepincangan iaitu agama,nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.
2. Masiahah keperluan – bertujuan mengelak kepayahan seperti diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir.
3. Masiahah terbatal – seperti mencegah poligami. Mempersamakan pembahagian harta pesaka lelaki dan perempuan.
Sumber-sumber perundangan yang tidak mendapat kata sepakat dinamakan seperti berikut :

1. Al- Istihsan - mengubah hukum dengan hukum lain yang mempunyai persamaan dan ini berdasarkan dalil yang lebih kuat.
2. Al-Masalih al-Mursalah – setiap maslahat yang tidak ada nas yang memperakui atau membatalnya dan penggunaannya dapat membawa menefaat atau menolak mudarat.
3. Al – Urf - adat yang baik diterima pakai oleh sesebuah masyarakat.
4. Al – Istishab – mengekalkan kewujudan sesuatu perkara yang telah yakin wujud sehinggalah terdapat dalil yang menidaknya.
5. Syariat Samawi – iaitu yang dulunya tidak dinaskan oleh syariat islam.
6. Pendapat para sahabat Nabi. Mereka banyak mengeluarkan fatwa.

No comments:

Post a Comment