Thursday, 30 July 2009

TAMADDUN ISLAM 8



Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah-kuliah lama Subjek Tamaddun Islam yang dihasilkan oleh rakan Che Zaimani semasa kami semua belajar pada 1990an. Mungkin berguna kepada kita semua dan pelajar yang masih menuntut. Ini hanya ringkasan dari kuliah. Pembacaan tambahan perlu.

Kuliah8
Tamadun Islam


Sumber Perundangan Islam.



Sumber perundangan lain yang tidak mendapat kata sepakat ulama adalah :

1. Al- Istihsan - mengubah hukum dengan hukum lain yang mempunyai persamaan dan ini berdasarkan dalil yang lebih kuat.
2. Al-Maslahah – setiap maslahat yang tidak ada nas yang memperakui atau membatalnya dan penggunaannya dapat membawa manfaat atau menolak mudarat.
3. Al – Urf - adat yang baik diterima pakai oleh sesebuah masyarakat.
4. Al – Istishab – mengekalkan kewujudan sesuatu perkara yang telah yakin wujud sehinggalah terdapat dalil yang menidakkannya.
5. Syariat Samawi – iaitu yang dulunya tidak dinaskan oleh syariat Islam.
6. Pendapat para sahabat Nabi. Mereka banyak mengeluarkan fatwa.

Al –Urf (adat).

Sumber perundangan dari adat yang menjadi kebiasaan manusia sama ada perbuatan atau perkataan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak, Quran dan Sunah.

Adat adalah berbeza mengikut tempat dan masa dan terbahagi kepada :

i. Adat Khas.
Digunakan oleh masyarakat tertentu saja. Contohnya masyarakat Brunei maskawin dibayar sebelum akad nikah.
ii. Adat Umum.
Adat yang diterima oleh semua manusia dalam masa tertentu.

Adat- adat di atas pula boleh bahagi kepada :
i. Adat melalui perbuatan
Iaitu sebarang perbuatan, tingkah laku contohnya terdapat akad/lafaz dalam proses jual beli iaitu reda meredai.
ii. Adat melalui perkataan.
Contohnya adalah adat perkataan daging tidak digunakan pada ikan walaupun dalam Quran menyatakan daging ikan.

Kedua-dua adat perbuatan dan adat perkataan terdapat adat yang baik dan ada adat yang buruk. Semua adat ini yang diterima pakai mestilah sesuai dengan syariat islam.

Syarat adat adalah :

i. Jika berlawanan dengan hukum syarak seperti menghidangkan minuman keras semasa hariraya. Riba dalam pinjaman dan berjudi masa hari tertentu.
ii. Adat tersebut tidak membatalkan apa yang halal, menghalalkan apa yang haram iaitu berlawanan dengan hukum syarak.

Semasa Islam sampai di Masir terdapat banyak adat masyarakat Jahiliah yang diterima dan tidak diterima oleh Islam.

Contoh adat Jahiliah yang diterima oleh Islam adalah ;

i. Kesamaan taraf dalam perkahwinan iaitu berkahwin dengan orang yang mempunyai taraf yang sama.
ii. Memberi pilihan kepada keluarga yang dibunuh dengan pilihan berikut :

i. Kisaf ( hukuman bunuh balas terhadap orang yang membunuh).
ii. Diyat (membayar ganti rugi).
iii. Memberi kemaafan.

Walaupun orang yang membunuh di beri kemaafan seseorang itu belum lagi terlepas dari hukuman hak Allah dan hak Awam.

Contoh adat Jahiliah yang tidak diterima :

i. Mengambil anak angkat sebagai anak kandung iaitu di binkan kepadanya.
ii. Jualan secara sentuh – iaitu apabila disentuh maka dijadikan adat sudah membelinya.
iii. Perkahwinan tanpa maskahwin (Syira). Contohnya si bapa berkata aku kahwinkan anak aku dengan kamu dengan syarat kamu hendaklah kahwin X dengan aku.
iv. Kahwin Istidak – isteri disuruh meniduri lelaki yang menjadi contoh atau tokoh dengan harapan untuk mendapat anak yang sama.
v. Memperhambakan diri setelah gagal membayar hutang.


* Dalam keadaan terdesak sesuatu yang haram adalah menjadi halal.

* Adat diguna secara berbeza mengikut Mazhab Maliki, Safie dan Hanafi.

Adat berbeza mengikut tempat dan keadaan.

Contohnya Iman Safie lama berada di Iraq dan banyak adat digunakan mengikut keadaan di Iraq dan adat ini dinamakan adat pendapat lama. Setelah beliau berpindah ke Masir adat di Masir diguna pakai dan adat ini dinamakan adat pendapat baru. Jika adat tersebut hanya digunakan di sesuatu tempat maka ianya tidak semestinya perlu digunakan di tempat lain. Contohnya mengikut Abu Hanfiah sesuatu paksaan yang datang dari pemerintah saja yang perlu di ikuti. Tetapi mengikut Abu Yusof dan Mohamad Bin Hassan paksaan perlu di ikuti tidak kira sama ada dari pemerintah atau tidak. Perbezaan ini berlaku adalah mengikut adat pada zaman mereka.

Pendapat Mazhab Maliki – Lelaki yang berjalan di khalayak ramai tanpa kepalanya ditutup adalah di anggap fasiq begitu makan sambil berjalan adalah keaiban. Tetapi adat ini sekarang makin tidak di pedulikan dan bukan lagi adat.

Dari sudut hukum Fikah sesuatu yang di peroleh dari adat adalah dijadikan syarat.

Adat hanya diterima dalam keadaan berikut :

i. Tidak berlawanan dengan Quran, Sunnah,Ijmak dan Qiyas.
ii. Adat itu mestilah diguna pakai
iii. Adat itu mestilah sedang diguna pakai dan bukan yang akan diguna pakai.

Al – Istishab

Merupakan dalil syarak mengekalkan sesuatu perkara yang telah lama berkekalan sehingga ada bukti menyatakan hukum itu telah berubah atau sesuatu yang tidak ada tetapi ada hukum yang mengadakannya.

Contoh 1 – kita masih menghantar surat kepada orang telah lama berpisah dengan anggapan dia masih hidup. Tetapi perbuatan ini akan dihentikan sekiranya diketahui ia telah meninggal.

Contoh 2 - arak adalah haram sehinggalah ia bertukar menjadi cuka.

Contoh 3 – Perlakuan suami isteri adalah halal sehingga bercerai.

Contoh 4 – orang yang hilang di laut dianggap hidup sehingga ada bukti yang menyatakan dia telah mati.

* pada hukum asal semua perkara adalah harus dan ini berdasarkan Quran surat Al baqarah ayat 29 yang bermaksud ` Dialah Allah menjadikan bagi kamu apa yang ada di permukaan bumi`. Oleh itu apa yang adalah harus bagi manusia kecuali ada dalil. Perkara haram adalah apa yang diharamkan oleh kitabnya dan begitu juga yang halal. Jika tidak disebut haram atau halal maka hendak balik kepada asal iaitu semuanya harus atau halal.
Pada asalnya tidak ada hukum bebanan syarak sehinggalah ada dalil dari syarak yang mewajibkannya.

Syak dan Yakin.

Sesuatu perkara yang ujudnya dengan yakin tidak boleh hilang dengan syak. Syak tidak boleh digunakan kepada sesuatu yang yakin. Yakin hanya boleh dihilangkan dengan yakin sahaja.

Contoh 1 – Pada bulan puasa seseorang syak bahawa fajar telah naik dengan syak ini dia makan. Puasa itu adalah sah. Ini disebabkan pada asalnya dia yakin boleh makan (waktu malam) dan selepas itu hanya syak tidak boleh makan.

Contoh 2 – Pada bulan puasa seseorang itu syak telah terbenam matahari maka dia pun makan. Hukumnya batal puasa. Ini disebabkan pada asalnya dia yakin tidak boleh makan tetapi syak boleh makan (Syak tidak boleh mengatasi apa yang yakin).

Ringkasnya yakin hendaklah dipakai terlebih dulu apabila syak terlibat.

Contohnya seseorang itu tidak pasti berapa talak yang dibuat ke atas isterinya iaitu 1 atau 3. Dalam kes ini apabila diceraikan yang pasti/yakin adalah talak 1,maka yang boleh diambil kira apabila syak adalah talak 1.

No comments:

Post a Comment