Wednesday, 19 August 2009

2 KALI GAGAL HADIR SIDANG DUN KEDAH : KERUSI UMNO DUN KOTA SEPUTEH KOSONG ?



Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas."Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini. Berita Lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jika benar berita ini, kepada PG amat malang buat UMNO / BN. Jangan sesekali mencalunkan wakil ini di dalam PRK yang di adakah. Golongan pemalas jangan diberi tempat di dalam UMNO. Lupakan sahaja wakil sebegini.
2. Takkan perkara sebesar itu tidak diketahui oleh mereka yang bergelar YB selama 4 penggal? Kita lihat nanti.

/

3 comments:

  1. Alah kalo ADUN PR yg hilang 2 hari dah bising kata UMNO kidnap...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kalau Speaker DUN Kedah bertindak kerana tanggungjawab jawatannya, mengapa tidak melampirankan surat MC ADUN berkenaan ?

    Yang betulnya sengaja nak mengambil kesempatan untuk buat modal dalam akempen PRK Permatang Pasir...

    ReplyDelete
  3. rupanya main kotor. adun berkenaan boleh buat repot ada unsur-unsur memalsukan keterangan tu.

    ReplyDelete