Wednesday, 19 August 2009

AKHBAR CINA PERKAUMAN : AWANG SELAMAT !


19 ogos 2009


AWANG tertarik dengan cadangan wartawan kanan, Datuk A. Kadir Jasin semalam supaya pemantauan dibuat ke atas akhbar-akhbar Cina di negara ini yang menurutnya semakin bebas mengeluarkan berita dan artikel bersifat cauvinis.

Beliau juga mencadangkan supaya Jabatan Penerangan menterjemah kandungan akhbar Cina supaya seluruh rakyat dapat mengetahuinya. Ia sudah tentu cadangan yang baik kerana majoriti rakyat negara ini tidak menguasai bahasa Cina.

Dengan cara itu, Awang pun akan dapat menyelami kandungan yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar Cina dan mungkin lebih maklum setakat mana perjuangan dan pembelaan mereka terhadap kaum pribumi.

Ketika akhbar Awang diasak oleh pihak-pihak tertentu kononnya kerana ia akhbar perkauman ekoran memperjuangkan agenda Melayu, akhbar Awang tidak pula melupai agenda nasional.

Bagi Awang, setiap akhbar bebas memperjuangkan apa yang dirasakan perlu baginya selagi perjuangannya itu tidak menafikan dan mengikis hak pihak lain.

Sudah tentu kita mengharapkan pengawasan kerajaan berdasarkan standard yang sama ke atas semua akhbar di negara ini tanpa mengira bahasa yang digunakan supaya setiap laporan turut mengambil kira kepentingan negara yang berbilang kaum dan agama ini.

Awang - Telus.

Penghuni Gua : PG amat setuju dengan pandangan Awang Selamat dan Datuk A. Kadir Jasin mengenai akhbar-akhbar cina.

2. Akhbar ini amat rasis dan melapurkan berita hanya bersifat sensasi. Beritanya lebih banyak bersifat menghukum dan biasanya di dalam kes yang melibatkan mahkamah, mereka lebih dahulu menghukum dari mahkamah.

3. Setuju dengan Awang Selamat agar semua akhbar cina di terjemahkan perkataan demi perkataan oleh mereka yang berkelayakkan ( kalau boleh oleh orang melayu yang fasih berbahasa Cina ).

4. Akhbar cina di Malaysia seperti gangster dan raja dalam segala hal. Hentikan semua ini. PG amat mahir dengan telatah akhbar ini dan kerap mendengar beritanya dari kawan-kawan bernagsa cina yang juga mempersoalkan apakah akhbar cina tiada dikawal oleh sesiapa?

8 comments:

  1. akhbar india sekali tuan..jgn di lupa.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya akhbar cina ini sering membangkitkan isu perkauman kepada pembacanya.
    Tidak disangkalkan lagi mereka ini sengaja membangkitkan kemarahan masyarakat cina untuk menentang kerajaan yang sedia ada ini.

    Perkara ini hendaklah di hentikan segera sebelum api marak yang tidak mudah untuk dipadamkan.

    ReplyDelete
  3. Akhbar cina selalunya menyerupai propaganda komunis seperti dizaman darurat dulu. Cuba tgk diarkib negara artikel2 propaganda komunis semasa darurat dan artikel2 akhbar cina skrg ni. Kita akan nampak banyak persamaan.

    ReplyDelete
  4. kita kena terangkan kembali ttg hak2 keistimewaan melayu yg terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
    Kita juga kna pertahankan bumi kita ne dari Cina & India (dulu bangsa asing).

    ReplyDelete
  5. salam bro,

    Pengamal perkauman melampau. Terlalu banyak provokasi , Satu lagi 13 Mei bakal berlaku. Sumbangan Surat khabar Cina/ surat khabar lama pada keselamatan negara.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan pandangan dan cadangan tersebut kerana ini penting bagi menjayakan Satu Malaysia yang mana ramai yang memikirkan yang negetif dari perkara positif yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  7. Ada dua perkara yang ditimbulkan oleh Dato' Kadir: (1) pemantauan ke atas akhbar-akhbar Cina; (2) terjemahan oleh Jabatan Penerangan ke atas kandungan akhbar Cina untuk maklumat seluruh rakyat.

    Tentang pemantauan, berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai kerajaan bermula dari tahun 1974 hingga 1992, pihak kerajaan, iaitu melalui Cawangan Khas Polis (Special Branch atau SB), telah pun melakukan pemantauan rapi ke atas akhbar-akhbar bukan Melayu, terutama Cina. Pemantauan ini dibuat atas sebab keselamatan negara dan ia banyak bertumpu kepada akhbar-akhbar Cina. Pihak SB, melalui para penterjemah yang mahir dalam bahasa Cina, mengkaji dengan teliti kandungan akhbar untuk mengesan elemen-elemen yang berbau perkauman, hasutan, dll. Namun, segala penemuan dikelaskan sebagai rahsia kerajaan dan tidak dihebahkan kepada orang awam.

    Saya percaya pemantauan SB ini masih berterusan walau pun saya tiada maklumat terkini selepas 1992. Jika masih dilakukan, tentu sekali timbul soalan mengapa pihak kerajaan, yang sudah tentu termaklum melalui terjemahan SB tentang berita-berita akhbar Cina yang berunsur rasis dan hasutan (walau pun dikelaskan sebagai rahsia), masih menampakkan sikap berdiam diri dan enggan mengambil tindakan?

    Tentang terjemahan untuk maklumat seluruh rakyat pula, ini adalah perkara baru yang belum dilakukan. Saya sokong sepenuhnya cadangan ini kerana tidak ramai orang-orang Melayu yang mahir dalam bahasa Cina (walhal orang Cina mahir berbahasa Melayu) dan mereka tidak tahu apa yang orang Cina cakap di dalam akhbar mereka. Usaha terjemahan ini boleh memberi kesan yang positif dan besar, lebih-lebih lagi di zaman teknologi komputer dan internet sekarang. Di harap kerajaan menerima cadangan ini. Sebagai permulaan, wujudkan satu akhbar on-line/website/blog untuk tujuan ini. Jika kerajaan enggan menerima cadangan ini, mungkin para blogger yang mahir berbahasa Cina boleh mengambil langkah mewujudkan blog berkenaan.

    ReplyDelete
  8. Pandangan Alizul memberikan kepercayaan kepada saya bahawa sememangnya kerajaan telah melakukan berbagai pendekatan bahawa Malaysia ini perlu dikekalkan dengan keamanan seperti mana yang semua rakyat dapat sebelum ini semenjak negara kita merdeka. Pihak yang hanya tahu menyalahkan kerajaan perlu ditolak demi kesejahteraan rakyat

    ReplyDelete