Thursday, 6 August 2009

AL MAHFUD BERI CADANGAN & CARA DISIPLINKAN PEMIMPIN PR !



Displinkan pemimpin Pakatan Rakyat, elak imej tercalar
Azamin Amin Thu Aug 06, 09 9:20:48 am MYT



KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Parti-parti komponen Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP mestilah mendisplin pemimpin masing-masing, supaya sebarang tindakan dan kenyataan tidak melampaui batas sehingga menjejaskan imej baik yang ada di mata rakyat, sekaligus mencalarkan dan memberi kesempatan kepada musuh untuk merosakkan hubungan baik yang sedia ada

Ini termasuk juga Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang mesti berperanan dalam hal yang sama supaya exco dan pegawai masing-masing dalam mengurus tadbir akan memberi gambaran postif kerajaan negeri masing-masing.

Demikian pandangan Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar dalam mengulas tindakan dan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan Exco Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu mutakhir ini.

"Pengajaran di sini ialah, pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepentingan sebelah pihak sahaja dengan mengabaikan yang lain kerana kita hidup berbilang bangsa dan undi kita juga datangnya daripada orang Islam dan bukan Islam.

"Justeru, sebarang ketidakpuasan hati, berbincang dengan baik dan bukannya bercakap di luar, sehingga memberi gambaran yang buruk dan salah kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau merujuk kepada insiden yang berlaku di Kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi yang akhirnya dapat diselesaikan dengan baik di meja rundingan.

"Jangan emosi dan terburu-buru dalam bertindak hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak lain. Berhati-hati keluar kenyataan. Ada saluran perbincangan baik di dalam parti mahupun kerajaan negeri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata terpulang kepada DAP untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada melalui jawatankuasa displin atau kaedah yang lain dalam menangani dua anggotanya yang telah mencetuskan isu hangat baru-baru ini.

"PAS juga ada jawatankuasa displin, jika pemimpinnya tersasar. Itu terpulanglah kepada DAP nak buat macam mana, itu urusan dialah," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu akan dibangkitkan dan dibincangkan dalam pertemuan para pemimpin Majlis Pakatan Rakyat, namun yakin kebijaksanaan kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Kita kena tengok sejauh mana peringkat negeri selesaikan. Saya percaya kerajaan negeri lebih arif hal masing-masing dan boleh diselesaikan seperti isu di Kedah tempoh hari.

"Dan bukan isu ini sahaja, setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat bertemu, masing-masing sering mengingat antara satu sama lain batas-batas dan sensitiviti rakyat yang perlu dijaga," katanya yang kini berada di Kedah. - azm_

Penghuni Gua : Pandai pulak pembelit Mahfuz ini bercakap dan menasihatkan pemimpin PR ini. Beliau pandai pulak mengingatkan agar pemimpin PR kena kawal dan berfikir bila bercakap dan mengeluarkan pendapat.

2. Katanya perlu ambil kira negara ini berbilang kaum dan agama.

3. Mengapa dengan UMNO / BN anda mengecam berbagai perkara tanpa menagmbil kira perbezaan kaum, budaya dan agama. Mengapa dengan DAP jahanam dan PKR jahanam anda boleh berkata dan nasihatkan demikian.

4. Jika islam kata tak betul , anda kena tegur dalam apa cara pun. Ini yang anda selalu kritik UMNO/ BN. Dengan alasan tidak islam dan sebagainya. Mengapa anda tidak berani mennegur dan cakap mula berapik serta boleh menasihati agar pemimpin PAS yang lantang mengkritik Ronnie Liu dan Jeff Oi : agar mereka berfikir tentang perbezaan agama, budaya dan kaum.

5. Mengapa bila bercakap dan mengkritik UMNO dan BN anda tidak berfikir sedemikian? Kerana anda terpaksa menjaga kepentingan politik maka anda perlu berpura-pura dan mula takut bersuara agar menang pilihanraya? Mengapa takut untuk pertahan kan islam jika anda betul perjuangkan islam dan hudud?

6. Bila terlibatkan kepentingan politik ,maka agama anda belakangkan. Ia demi menjaga persahabatan dan survival politik.

7. Jadi kalau beginilah caranya PAS atau mahfuz berpolitik : cukup-cukuplah bercakap bahawa anda pejuang islam. Anda hanya pejuang politik dan hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik anda sahaja. Tidak lebih dari itu. Cakap aje berdegar: Nak sebut hududd pun tak berani sekarang.

8. Puihhhh....
Sudah-sudah lah Mahfuz. Menyampah kami menyampah mendengarnya.

No comments:

Post a Comment