Sunday, 2 August 2009

DEMO HARAM ISA : DR ABDUL RANI KAMARUDDIN UIAM MENGULAS !



8/1/09


Seperti apa yang saya pernah utarakan, pertubuhan2... Seperti apa yang saya pernah utarakan, pertubuhan2 yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan bukannya lesen besar ataupun landasan bebas untuk bertindak sewenang-wenangnya.

Hak berpersatuan/ berpertubuhan tertakluk kepada mana-mana undang2 yang sedia ada dan Presiden2 mana-mana parti-parti pertubuhan politik atau bukan perlu peka kepada undng -undang negara. Maka jika ada parti2 politik selaku pertubuhan dibawah Akta Pertubuhan yang bertindak ala "mafia", bukankah perlu diharamkan sepertimana Hindraf dan al-Arqam.

Dengan demikian, saya setuju benar dengan ketegasan dan pandangan Raiibol Banjaran Titiwangsa kerana mereka-mereka ini telah menyalahgunakan kebebasa yang Tuanku telah berikan. jangan bertindak seperti kaduk naik junjung walhal mereka-mereka ini takde apapun, sekadar ahli Pertubuhan dibawah undang-undang Tuanku.

Pendaftar Pertubuhan perlu peka hal ini dan bertindak sewajarnya. ISA pula disalahkan dan hendak dikaji - takde apa nak dikajipun, sebaliknya kajilah dulu diri sendiri. Dah jadi YB pun tak cukup lagi nak melebih dan nak corner baring. Kajilah Akta Pertubuhan supaya tidak ada pertubuhan2 yang bertindak melebih-lebih dan menimbulkan huru-hara dinegara Malaysia yang berdaulat ini.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Pensyarah undang-undang

UIAM

1 comment:

  1. SOKONG BRO..PENYANGAK2 NI MELAMPAUI UNDANG2 SBB MERASAKAN DIRI MEREKA TERANCAM WALHAL KALAU X BERSLH KENAPA HARUS TAKUT PD UNDANG2?

    ReplyDelete