Wednesday, 5 August 2009

Dr. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH : BILA KACANG LUPAKAN KULIT !


Utusan Malaysia

2 ogos 2009

Bila kacang lupakan kulit
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee


SAYA dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk Nasib Melayu di Bumi Melayu. Saya dituduh penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas yang respons. Saya tidak berhasrat memberikan respons, kerana malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan mereka ini profesional. Orang sebegini tidak layak dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya. Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung.

Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina. Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata benar. Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?


Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian. Kedua-dua ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah. Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita? Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita? Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang Cina.

Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias. Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.

Penghuni Gua : Kepada Dr Mohd Ridhuan, persetankan manusia yang menghina anda. Apa yang Dr tuliskan itu adalah yang sbenar dan dituntut oleh Allah untuk berkata yang benar. Jangan sesekali meminta maaf atas apa yang telah Dr tulis. Tiada apa yang salah mengenainya.

2. Lagi ramai orang marah kepada tulisan dan percakapan kita maknanya tulisan itu adalah benar. sebab itu mereka marah. Marah kerana mendedahkan kebodohan dan keburukan mereka.

3. Jangan minta maaf. Dr teruskan hidup dengan aman damai. Amin

10 comments:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    mufti perak pun orang kata pelacur sebab tak sokong Pakatan. kecil hal lah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada Dr. Mohd Ridhuan yang berani dan tegas didalam meluahkan isi hati dengan penuh kejujuran dan rasa keinsafan sebagai warga malaysia..terus kan usaha saudara untuk menyedarkan rakyat malaysia yang kian jauh terpesong disebabkan ada dikalangan rakyat yang hanya mempergunakan agama..dan rakyat malaysia hanya untuk kepentingan diri sendiri.

    Ini lah yang dinamakan cabaran bagi saorang yang cuba membetulkan keadaan..teruskan kan usaha murni saudara sebab masih banyak lagi rakyat malaysia yang berdiri dibelakang saudara

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu..barang sesuatu yg terkena batang hidung dan tak mahu terima hakikat kesilapan sendiri. Melentinglah !!! Sebenarnya lagi tinggi kita melenting lagi ramai orang akan nampak kelemahan tu..So..? Terima je teguran sekali pun pahit. Bukannya mati pun kalau terima. Alahaaii..

    ReplyDelete
  4. dari sini kita lihat siapa yang racist sebenarnya...

    ReplyDelete
  5. Orang melayu dalam Pakatan Rasuah ni dah disuntik oleh Brader BABI dengan Virus Hadi Want N.Ajis Want (H1N1). Tu pasal bila tokoh agama yang menegur tidak menyebelahi Pakatan Rasuah pasti si bahalol2 dari Pakatan Rasuah ni kena sawan BABI, terlolong2 macam anjing. Nak buat camne, dah tabiatnya macam tu. Biarkan....

    ReplyDelete
  6. Dr, you are honest man. Tapi malu rasnya menjadi ahli PAS sekiranya tidak menyokong Dr dalam hal ehwal Islam. PAS untuk semua sudah merosak akidah umat Islam tentang isu Islam semasa sehingga Islam di pijak, di hina, di permainkan semasa Bkt Gantang. Ayat Alquran di fatwa dengan sebutan tak jelas pun di terima PAS sebagai perjuangan menegakan Islam.

    ReplyDelete
  7. UST AIR JAMPI PUN TAK BERCAKAP SEPATAH HARAM. KISMIS JAMPI. SEMUANYA MAIN JAMPI AJE. TAK BERJAMPI PULAK BILA KENA DI RONNIE TU. ITU YANG PG HAIRAN TU

    ReplyDelete
  8. As-Salam Bro PG,..heheh,..apo nak dikato,..kebenaran menyakitkan tetapi kebenaran tetap terserlah,..heheh,..truth prevail even tho truth hurts,..kudos to Dr Redzuan Tee fer being firm & fair in his writing tho we can agree to disagree,..facts will remain facts,..wat else can I say,..heheh,..(,")

    ReplyDelete
  9. Tahniah Dr Ridhuan Tee... Teruskan perjuangan anda menegakkan Islam dalam acuan yang sebenar, bukan Islam acuan ikut DAP dan PKR...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  10. Tahniah Dr Ridhuan Tee,tibalah masanya ulamak-ulamak dari golongan bangsa cina dan india berperanan untuk menasihati orang-orang melayu.Sebelum ini ulamak dari golongan ini dipandang sepi kerana status bangsa,sedarkanlah kembali orang-orang melayu yang semakin hanyut dibuai arus politik yang tidak berpenghujung ini.Ulangani kembali sejarah sebelum kesultanan Melaka di mana gujerat-gujerat dari India dan china datang ke Melaka dan mengenalkan Islam kepada bangsa Melayu.
    Orang Melayu memang mudah lupa sebab itu dicipta pepatah "sudah terhantuk baru nak ternadah"

    ReplyDelete