Thursday, 27 August 2009

EGM BAGI UNDI TAK PERCAYA UNTUK ONG : SETUJU !




Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG amat, amat setuju. Segerakanlah kalau boleh.

2. Ada dia pun bukan boleh membawa kebaikan. Buat letih PM dan TPM aje. MCA dah dijahanamkannya . Jika lambat singkirkannya boleh jahanamkan BN pula. Segerakan.

6 comments:

  1. Salam, kawan amat setuju dengan tindakan MCA mengadakan EGM, untuk membersihkan segala sampah-sampah yang ada.... sampah yang menyakitkan mata.

    ReplyDelete
  2. Dua-dua kawan tak berkenan..... Soi Lek pertikai DEB. Lantak le....Dua-dua kasi bungkus. Bagi orang baru ketuai MCA.

    ReplyDelete
  3. Payah..makin kalut jadinya. Adakah masing2 hanya kpd kaum puak mereka saja dalam MCA tu..Yg mana menentang mesti patah?
    Persoalan selingan : Pasai apa la ni baru nak pecat sedangkan kes tu dah basi pun?

    PG, sebagai seorang blogger yg berpandangan luas teman sangat menantikan komen PG (kebenaran/kesamaran) kat sini : http://mmyazan.blogspot.com/2009/08/dimanakah-kesilapan-ku.html
    TQ

    ReplyDelete
  4. Kawas setuju ke dua pemimpin dilucutkan dan diganti dengan yang lebih berkualiti jangan ia menjejaskan BN keseluruhannya.
    Hentikan permusuhan di antara mereka.
    Adakan EGM segera bagi memulihkan MCA.

    ReplyDelete
  5. Kesian.... MCA tidak ada kualiti selain dari Ong Tee Keat.

    Tanya suratkhabar cina. Mereka ada buat kajiselidik si Ong ini memang dipandang baik oleh orang cina kerna dia dikatakan berani kerana benar.

    Tak taulah mengapa Chua Soi Lek dipilih. Mungkin Negara Islam sekarang boleh menerima gaya hidup baru ini.

    ReplyDelete