Tuesday, 11 August 2009

GERAKAN MAHU KERAJAAN DAPATKAN SEMULA WANG PKFZ ! HAH ?




Penghuni Gua : Parti Gerakan melalui Naib Presiden nya iaitu Datuk Mah Siew Keong menggesa kerajaan mendapatkan semula wang yang tidak sepatutnya dibayar kepada pihak terbabit ( Kuala Dimensi ).

2. Bagus juga otak Naib Presiden ini. Tetapi alangkah baiknya jika Naib Presiden ini dan juga Presiden Gerakan dan pemimpin Gerakan memikirkan gesaan sebahagian rakyat Malaysia agar Parti Gerakan menumpukan perhatian untuk mengambil semula negeri Pulau Pinang yang terlepas ke DAP.

3. Jangan nak sibok bab PKFZ lah. Fikirkan gesaan agar anda dan parti anda mendapatkan kembali Pulau Pinag yang terlepas kepada DAP atas kebodohan kepimpinan anda yang amat burok sekali. Ini perjuangan sebenar Gerakan. Dengan kata lain tajuk di atas sepatutnya ditukar kepada : " Kerajaan mahu Gerakan dapatkan semula negeri Pulau Pinang dari DAP ! ".

4. Betul tak ?..............

1 comment:

  1. ok la tu...gerakan dah muak dengan UMNO

    ReplyDelete