Friday, 14 August 2009

H1N1 : PERANGAI BUROK DOKTOR DI KLINIK KESIHATAN PRESINT. PUTRA JAYA !


Penghuni Gua : Sedikit kisah perangai seorang doktor kerajaan yang bertugas di hospital Putra Jaya dalam menangani epidemik Selsema babi ini.

2. Pada 6 ogos 2009 jam 6 petang, seorang kawan PG telah membawa anak-anak beliau yang sakit demam. batuk dan selsema seramai 3 orang ke klinik kesihatan Presint 9., Putra Jaya.

3. Apa yang PG nak kisahkan ialah, semasa sahabat PG menuggu giliran untuk berjumpa Doktor di Klinik berkenaan, sahabat PG ini telah melihat bagaimana seorang Ibu ( berbangsa Cina ) yang membawa anaknya bagi pemeriksaan selsema babi telah dimarah dengan bahasa yang tinggi oleh doktor bertugas.

4. Puncanya apabila doktor ini bertanya perempuan cina ini sudah berapa lama anaknya deman, perempuan cina ini menjawab baru satu hari anaknya mengalami demam dan selsema serta batuk. Perempuan ini terus dimarahi dan doktor bertugas tersebut berkata ini bukan H1N1 tetapi demam biasa. Kalau selepas 5 hari barulah datang buat pemeriksaan. Selepas di marah perempuan ini beredar pulang dengan muka yang hampa dengan sikap biadap doktor bertugas tersebut.

5. Sahabat PG yang melihat dan mendengar kisah ini terus beredar pulang. Jika beliau menunggu dan berjumpa doktor ini, mungkin berlaku pertengkaran kerana kebiadapan doktor berkenaan. Sahabat PG ini orangnya garang juga.

6. Jadi inilah sikap sebahagian doktor yang ada di Malaysia , yang mana telah dan akan merosakkan nama dan profesion kedoktoran.

7. Kalau sudah demam 5 hari , barulah disuroh datang buat pmeriksaan, maka PG rasakan dari penerangan ketua pengarah kesihatan di TV tempoh hari, maka kanak-kanak berkenaan sudah menjadi mayat. Sukar sangatkah untuk membuat pemeriksaan dan saringan? Inilah mungkin mengapa wabak ini masih belum selesai dan makin merebak agaknya.

8. Seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan tempoh hari, ada doktor yang tidak faham , kerana mereka tiada komputer dan malas membaca arahan ( SOP ) bagi menangani wabak ini yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia. Mungkin doktor ini salah seorang kot.

9. Ambil tindakan kepada Dr yanag biadap dan tidak berbahasa ini. Tukar dan gantikan dengan Dr yang lebih cerdik daan berbahasa serta mahir dalam menangani H1N1.

12 comments:

  1. Dalam cerita, tempat kejadian ialah di Klinik Kesihatan, Presint 9 Putrajaya.

    Dalam tajuk cerita, Hospital Putrajaya.

    Yang mana satu benar sebab dua tempat tersebut berlainan sekali. Untuk makluman, ada 1 Hospital di Putrajaya yang terletak di Presint 7, I pejabat Kesihatan di Presint 11 dan 1 Klinik Kesihatan di Presint 9.

    Si tukang lapor kenalah hati hati, tempat kejadian kenalah tepat, sebab silap silap, orang yang tak bersalah menjadi mangsa!

    ReplyDelete
  2. Baru ini saya, yang mengidap Darah tinggi diserang Vertigo, pergi hospital, terdapat demam sikit. Tetapi Dr telah mengambil darah, cek jantung dan dapati semua OK, diberi ubatan dan minta pulang.

    Dua hari kemudian anak saya demam, lesu, dan sore throat. Bawa ka hospital, kali ini dia hanya di beri Paracetamol dan ubat batuk dan diminta pulang, tanpa apa2 ujian..

    Demam tiga hari, hilang selera, lemah dan batuk berterusan hingga 12hari..keadaan begini amat mencemaskan kerana kita tidak ada kepakaran untuk mengesahkan apakah flu biasa atau sebaliknya.

    Saya ingin cadangkan kiranya pihak Kesihatan dapat mengambil langkah sewajarnya membuka counter2 segera (mobile) khusus bagi tujuan untuk pemeriksaan kes kes flu sahaja agar tidak bercampur dengan pesakit lain sebagai satu langkah pencegahan merebaknya H1N1?

    Ibu

    ReplyDelete
  3. Kenal pasti doktor berkenaan. Siasat dan jika benar sokong pihak hospital mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  4. salam bro,

    Harap-harap Dr tu dijangkiti H1N1. Kacik-kecik tak nak mampus, dah jadi doktor menyusahkan orang. ....hehehe

    ReplyDelete
  5. TQ ANAK BUKIT GANTANG. KESILAPAN DIKESALI. TEMPAT SEBENAR PRESINT 9

    ReplyDelete
  6. kita pun kena baru2 ni... benci doktor perempuan kt kk presint 9 tu..
    kita sakit mata ada bengkak dlm mata..
    dia ckp xperlu mc sbb bukan sakit mata yg berjangkit.. bukan kita nk mc, tapi tgkla betul2 apa sebenarnya.. dia ckp ketumbil biasa..
    makin hari mata kita makin sakit..
    berdenyut2 jadinya..
    skrg mata kita dh naik bisul..
    bengkak semacam je.. geram!!

    ReplyDelete
  7. Elehh.ketumbit pun nak bising.. Apa daa.. Nk MC x dpt la tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon,

      suka hati diaoranglah nak MC ke apa, apehal kau sibuk. Kalau kena kat budak tak per, ni kat orang tua dan ada kerjaya macam khidmat pelanggan atau apa-apa berkaitan dengan jumpa orang tak ker malunya. Ada ketumbit bisa sampai tak boleh buka mata tau, takkan mata bengkak mata jin NAK PERGI JUMPA ORANG. Kalau saya Doktor saya beri aje nak MC ke, nak berapa hari, Apa cemburu ?

      Delete
    2. dulu ade seorg doc di klinik swasta p8 yg sangat pemurah dgn mc. walaupun selsema biasa die bg mc smpai 2 hari. sbb ape? sbb nk make sure org sakit tu bebetul sembuh sehat dan supaya tk menjangkiti org lain. bagus kan doc ni tp klinik tu dh tkde dh skrg..huhuhu

      Delete
  8. Kini dah Ada 4 KKPj & 1 PBBR 1M MAIWP HPj

    PBBR = pusat bersalin berisiko rendah BLOK F PRESINT 8 R 3 opposite PRESINT 8 FASA 4C

    ReplyDelete
  9. Kini dah Ada 4 KKPj & 1 PBBR 1M MAIWP HPj

    PBBR = pusat bersalin berisiko rendah BLOK F PRESINT 8 R 3 opposite PRESINT 8 FASA 4C

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum... tak sangka 2009 lagi dah ada kes macam ni...saya mula mengenal perangai doktor baru dan doktor kerajaan sejak 2014...mmg loser..pelik...kenapa jadi macamni..tp tak hairanlah private healthcare sangat mahal..sbb government healthcare menyediakan doktor2 junior yang tk competent

    ReplyDelete