Monday, 10 August 2009

H1N1 : SURAT TERBUKA KEPADA PM ! INI SUDAH KRISIS !


Kehadapan
YBhg Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak
Perdana Menteri
Malaysia



SELSEMA BABI / H1N1 : AKTIFKAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Askum Dato Seri,

Pada hari ini sudah 32 kematian akibat selsema babi / H1N1. Setiap hari berlaku kematian demi kematian. Pada hari ini sahaja 10 ogos 2009 sahaja berlaku 6 lagi kematian yang sia-sia kerana wabak penyakit ini.

2. Pada pandangan PG, pihak kerajaan bermula dari hari ini wajib mengaktifkan Majlis Keselamatan Negara . Ini kerana pada pandangan PG negara ini sudah mengalami krisis. Krisis penyakit. Keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia kini berada pada tahap ancaman yang serius.

3. Kematian akibat wabak ini bukan perkara kecil dan main-main. Ia sudah mencapai ke angka 32 orang. Jumlah ini bukan kecil. Mengapa apabila banjir berlaku pihak MKN di aktifkan. Tetapi di dalam hal ini MKN masih belum digerakkan. Di dalam kes banjir setiap tahun, kematian pun tidak sampai ke tahap ini. Hanya 4 ke 5 orang. Itupun pihak kerajaan sudah mengaktif MKN.

4. Epidemik ini sudah melibatkan seluruh negara dan nampaknya ia masih tidak nampak tanda-tanda akan berkurang.

5. Sepatutnya MKN digerakkan dari sekarang agar segala jentera kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan dapat bertindak dengan efektif bagi membendung dan menghentikan terus epidemik ini dari terus merebak.

6. Sekali lagi , pihak saya mencadangkan agar MKN negara di gerakkan agar segala sumber dapat disepadukan bagi membendung wabak ini. Ia bukan lagi sekadar menteri dan ketua pengarah kesihatan hanya membaca statistik kematian setiap hari. Ini dalam jangka panjang akan membahayakan keselamatan negara dan juga memburukkan nama baik kerajaan di mata rakyat disebabkan rakyat berpendapat kerajaan lambat bertindak.

7. Akhir kata : semuga YBhg Dato Seri PM menyegerakan pengaktifan Majlis Keselamatan negara bagi menyelaraskan segala tindakan menangani wabak ini. Kita sedang hadapi krisis kesihatan . Ia bukan hanya wabak penyakit tetapi sudah pada tahap KRISIS. 32 nyawa bukan satu angka yan g kecil. Tanda-tanda nya banyak ( vulnerable ) nya banyak iaitu jumlah kematian meningkat, mereka yang dijangkiti dan dirawat dihospital juga meningkat, mereka yang dikuarantin dirumah juga semakin meningkat dan kadar jangkitan baru juga meningkat. Selain itu seluruh dunia juga wabak ini tidak menunjukkan pengurangannya.

8.Ini bukan lagi tanggungajawab Kementerian kesihatan bersaorangan tetapi adalah tugas semua jentera kerajaan kerana ia sudah berada pada tahap krisis. Semua jentera kerajaan sepatutnya dikerah secara bersepadu bagi mengambil langkah-langkah pencegahan membendungnya.


9. Terima kasih Dato Seri. Semuga Dato Seri memandang serius cadangan ini. Semuga negara kita Malaysia terus selamat dari segala bencana.


Sekali lagi DS Najib : Negara sudah alami KRISIS KESIHATAN. IA ADALAH MASALAH KESELAMATAN NEGARA.
PENGHUNI GUA

5 comments:

  1. Salam...

    Takbir !! Allahu Akbar !!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kawan setuju sangat dengan pandangan PG.

    Terima kasih memberi panduan dalam blog kawan, kawan dah cuba tapi tidak berhasil, mungkin masih kurang paham. InsyaAllah akan kawan cuba lagi....

    ReplyDelete
  3. kawan aku sendiri terkena penyakit ni. nasiblah sekarang dia dah sihat dgn melalui pelbagai dugaan rawatan.

    ReplyDelete
  4. Signature : Tanda setuju dgn PG .
    Lepas sattle selsema babi ni boleh kita pi mancing ikan puyu kat Sanglang atau kat Kg Lana Bulu pulak. Hee hee

    ReplyDelete
  5. dunia terbalik datanglah bencana,
    anak bongsu dipanggilkan abang,
    orang cina selalu dihina,
    satu malaysia mana ada seimbang.

    ReplyDelete