Friday, 21 August 2009

INKUES TEOH : SIASAT SURAT HANYA PEMBAZIRAN !

( Gambar hiasan sahaja )

Malaysiakini


Inkues: Koroner arah siasat surat misteri
Ogos 19, 09 6:40pm


Mahkamah koroner hari ini mengarahkan polis melakukan siasatan lanjut terhadap kandungan sepucuk surat misteri yang mengandungi butiran berkaitan kematian Teoh Beng Hock.


Koroner Azmil Muntapha Abas yang meneliti kandungan surat itu berkata ia jelas terdapat beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan prosiding inkues tersebut."Oleh itu, saya perlu mengarahkan pegawai penyiasat kes ini Ahmad Nazri Zainal untuk menyiasat kandungan surat ini yang berkaitan dengan skop prosiding inkues bagi menentukan punca kematian (Teoh)," katanya, lapor Bernama. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Seperti mana PG telah tulis sebelum ini, inkues bagi menentukan sebab kematian Teoh samada kematiannya adalah bunuh diri, terjatuh atau dibunuh sudah tamat.

2. Tamat kerana 2 patologist telah mengesahkan bahawa kwmatian Teoh adalah disebabkan bunuh diri dan tiada unsur jenayah dalam kematiannya.

3. Surat misteri yang dkatakan ada kaitan dengan kematiannya dan mengandungi nama-nama pegawai SPRM dikemukakan oleh peguam Gobind Singh Deo kepada Koroner. Arahan Koroner agar pihak polis menyiasatnya.

4. Pada pandangan PG, ia hanya satu pembaziran masa dan hanya mainan peguam ini. Mungkin selepas polis selesai menyiasat surat ini akan ada lagi satu surat lain ( juga tanpa nama ) bagi mengaitkan kematian Teoh adalah satu pembunuhan. Biasalah: Ini taktik peguam bagi memanjangkan isu ini.

5. Apa pun , pada pandangan PG tindakan Koroner agar pihak polis menyiasat surat ini bagus juga bagi melenyapkan keraguan tentang isu kematian Teoh. Walau bagaimana pun, seperti PG cakapkan sebelum ini, inkues ini sebenarnya telah tamat pada hari 2 patologist mengesahkan kematian Teoh tiada unsur jenayah terlibat dan kematiannya hanyalah bunuh diri.

6. Surat tersebut tidak akan mengubah apa-apa dapatan dari inkues ini. Ia hanya bagi melengkapkan inkues tersebut kerana 2 pakar telah mengesahkan sebab kematiannya. Fullstop. Tiada kes.

3 comments:

  1. ooi mangkuk

    Ini kes bunuh....mangkuk...sebarang barang bukti perlu diselidiki...pembunuh perlu ditangkap...jika bebas dia akan orang lain...

    Patut mangkuk ni sokong sebarang untuk menangkap pembunuh...tapi kata pembaziran pulak...mangkuk hayun manusia ni.

    ReplyDelete
  2. tok mudim. kau belajar undang-undang ke. patologist dah sahkan teoh bunuh diri. keterangan pakar tidak akan dipertikai oleh mahakamh. belajar le lebih sikit. PERGI KE MAHKAMAH . DENGAR. JANGAN DENGAR LOYAR BURUK DIKEDAI KOPI. PERGI BELAJAR DULU BARU JADI BLOGGER. BUKAN APA YANG GOBIND SINGH DIA CAKAP ITU BUNUH INI BUNUH. MAHKAMAH TAK PAKAI CAKAP DIA. MAHAKAMH AKAN MERERIMA KETERANGAN PAKAR. BACA AKTA KETERANGAN DAN PERGI KE SEARCH DIBLOG SAYA DAN TULIS TAJUK KETERANGAN PAKAR BARU TAHU HUJUNG PANGKALNYA. JADI JANGAN MANGKUK KAN ORANG. SEBENARNYA KITA YANG MANGKUK AYUN. MAHKAMAH BUKAN KEDAI KOPI. HANYA FAKTA BUKAN SURAT LAYAN YANG TAK ADA ASAS KEHAKIMAN.

    ReplyDelete
  3. betul la kata tukmudim ,omar ni kalau bab org dia cpt nak cdg ditutup mmg mangkuk hayun belobang btl omarni.bila bukan org dia kesah lembu pun di korek2 bahlul punya mangkuk omarni

    ReplyDelete