Sunday, 9 August 2009

JEFF OII TETAP MAHU RAZALI ( JIM ) DIGUGUR SEBAGAI ANGGOTA MAJLIS







Penghuni Gua : Lihatlah apa kata Jeff Oii di atas. Insaflah semua orang melayu yang menyokong PKR dan PAS. Anda hanya melukut ditepi gantang dibuat dan dikerjakan oleh DAP ini.

2. Sebelum terlambat fikirkanlah terutama genarasi muda. Nak berpolitik boleh. Tetapi biar bijak dengan memikirkan masa depan. Jangan perjudikan masa depan negara dengan berpolitik secara bodoh dengan meletakkan agama dan bangsa di belakang sekali. Lihat mereka ini, mereka meletakkan bangsa mereka di atas dalam keadaan apa pun.

3. UMNO dan BN dan melakukan yang terbaik. Memang ada cacat celanya. Tetapi pertimbangan bagi semua bangsa diambil kira. Ia terbukti dan PM sekarang pun , walaupun bukan terbaik tetapi boleh menuju kearah tersebut.

4. Mengapa hendak perjudikan kepada parti yang belum tentu hujung pangkalnya tentang kemampuan mereka dan betapa rasisi nya mereka.

5. Jika DAP ini memerintah negara atau dapat sebahagiannya : anda fikirlah sendiri. Ini ada kerusi tak sampai 12 % dari keseluriuhan kerusi seluruh negara tetapi lagak dan perangan pemimpin dan parti DAP ini mengalahkan hantu syaitan dan penuh dengan dendam kesumat dan rasis.

6. Fikirkanlah di mana kedudukan kita nanti. Politik, politik juga : masa depan negara dan bangsa serta agama jangan dipertaruhkan kepada parti yang belum teruji . Jelasnya 2 ke 3 negeri yang mereka kuasai begitu berkecamuk dengan berbagai skandal dan krisis.

7. Fikirkanlah : Terutama generasi muda. Tenaga yang kuat yang anda miliki, gunakanlah untuk memperkasakan negara dengan dasar yang ada. Perkabaikinya dari masa kesemasa. Perubahan bukan boleh dibuat seperti aladian yang hanya boleh bangunkan sebuah kota dalam satu malam hanya dengan menggosok teko ajaib. Negara dibangunkan melalui masa. Bukan dengan berdemo dan memaki hamun tetapi bantulah dengan berhemah.

8. Fikirkanlah semua generasi muda. Jangan anda menyesal. Kami yang hidup ini sudah sedikit sahaja lagi baki masa yang tinggal. Andalah penyambung dan mungkin pelengkapnya.

1 comment:

  1. salam ziarah,
    saya sokong penuh pandangan saudara.teruskan perjuangan menyatukan bangsa demi negara tercinta.

    ReplyDelete