Thursday, 6 August 2009

KEMISKINAN TEGAR DI PASIR PUTEH : MASIH HIDUP LAGI KE PEMIMPIN UMNO KELANTAN ?




Penghuni Gua menonton TV1 jam 630 petang tadi 6 ogos 2009 dalam rancangan Sayang Di Sayang. Amat sedih sekali melihat rumah satu keluarga di Pasir Puteh Kelantan, yang begitu daif dan dalam keadaan merempat. Rupanya masih ada lagi manusia di Malaysia yang hidup sedaif itu. Keluarga ini mempunyai 11 anak. Sibapa tak dapat bekerja kerana sakit.

2. Rumah mereka kalau tak indah khabar pun , boleh lah dikatakan kalau PG batuk pun ditepi rumah tersebut , boleh roboh rumah berkenaan.

3. Persoalannya, kemana pemimpin kerajaan, pemimpin BN, UMNO yang sepatutnya prihatin dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memperbaiki keadaan keluarga ini. Kalau harap jabatan kebajikan Masyarakat, biasalah. Menteri dia pun, PG tak pasti masih bertugas atau tidak. Entah-entah tak ujud kot kementerian ini.

4. Adalah dilihat bantuan dari jabatab kebajikan masyarakat yang ditunjuk dalam rancangan tersebut. Itu pun kerana TV1 ada memaklumkan keadaan ini. Jika tidak , dah mati kebulur mereka ini. Yang amat prihatin ialah seorang jiran yang sentiasa membantu dan menganggap keluarga ini sebagai keluarga mereka.

5. Mana pemimpin politik BN/ UMNO ini. Mereka boleh uruskan hal perumahan melalaui projek perumahan keluaarga miskin. Bab peruntukkan tak pernah kering kerajaan hulurkan. Cakap aje. Tak sampai seminggu terdiri lah sebuah rumah untuk manusia boleh tinggal dengan selesa.

6. Mungkin pemimpin UMNO/ BN semuanya dah buta mata terutama mata hati mereka dan juga mungkin sudah padam dari dunia ini.

7. Kepada pemimpin UMNO Kelantan, tak perlulah bercakap berdegar-degar, tumpukan perkara-perkara sebegini jika fikir untuk menawan Kelantan kembali. Juga fikir juga kita sebagai muslim. Kita pun mati juga dan akan ditanya di akhirat nanti apa tanggungjawab kita di bunia. Sudah dilaksanakan atau belum. Diberi tanggung jawab tetapi tak laksanakan , ke nerakalah kita nantinya.

8. Kepada UMNO juga, anda semua jangan mengharapkan pemimpin-pemimpin PAS. Mereka ini sibuk. Terlalu sibuk. Mereka sibuk berceramah, mengumpat dan memfitnah sana-sini. Berdemo haram itulah kerja mereka. Jadi kalau harapkan mereka, mampus dululah keluarga ini.

9. Sekali lagi , PG berseru kepada semua blog-blog UMNO dan kerajaan yang membaca tulisan ini agar memaklumkan kepada pemimpin UMNO Kelantan agar dapat memberi bantuan dan pertolongan segera kepada keluarga ini. PG dengar juga tadi semua anak-anak kecil mereka tak bersekolah kerana kemiskinan.

10. Bantulah segera.
11. Cukup-cukuplah cara bekerja lama. Bila isu sudah keluar di kaca TV barulah masing-masing tak cukup kaki datang membantu. Itu kerja gulungan munafik namanya.

3 comments:

  1. salam bro,
    Dia orang ni, UMNO dan PAS asyik berpolitik sampai ke sudah......

    ReplyDelete
  2. JANGAN MENGATA ORANG SESUKA HATI KITA PUN KENA TUNAIKAN TANGGUNJAWAB FARDU KIFFAYAH KITA...KALU KITA ADA KEMANPUAN KENAPA KITA TAK TOLONG...JANGAN MENGHARAP ORANG LAIN...KITA BUAT DULU...CONTOHNYA BUAT TABUNG UNTUK DEPA NIE...APA MACAM BRO?

    ReplyDelete
  3. huhuhu kerajaan kelantan kan serambi mekah, mana ada orang susah..bantuan dunia mintak dengan umno..akhirat minta dengan pas..yang merana akhirnya...melayu berpecah belah...

    ReplyDelete