Wednesday, 5 August 2009

MR. RONNIE ! INI BUKAN DI BOMBAY !


PG berehat-rehat di muka pintu gua dan memandang ke langit. Entah macam mana asyik terfikir pasal YB Ronnie Exco Selangor tu aje. Nak gelak pun , kesian pun ada. Bukan apa: arahanya kepada MBSA agar memulangkan semula arak yang dirampas kepada 7-Eleven.

2. Puas fikir. Ada juga manusia sebodoh ini sebagai pemimpin kerajaan negeri. Apa barangkali yang ada dalam kepala hotak si Ronnie ini. Dia ingat besar sangat jadi exco ini kot. Boleh arah-arah pulangkan semula barang kes. Dia tak dapat bezakan peranan nya sebagai pembuat dasar dengan penguatkuasa yang melaksanakan dasar kerajaan.

3. Mungkin si Ronnie ini banyak sangat menonton filem hindustan di saluran 108 Astro kot. Dimana Gabenor boleh perintahkan pesuruhjaya buat berbagai perkara termasuk memukul orang, melindungi penjenayah dan Gabenor sebagai penjenayah pun ada dan hidup bebas. Wakil rakyat di India kalau lihat dalam filem hindustan amat berkuasa/. Itu barangkali yang mempengaruhi si Ronnie bodoh ini.

4. Ada manusia / pemimpin sebodoh ini rupanya. Dulu dituduhnya kerajaan BN mengarahkan polis buat itu ini, arahkan polis batalkan ceramah dan sebagainya. Tapi satu tak dapat dibuktikan. Alih-alih , dia sendiri yang buat rupanya.

5. Tapi fikir semula : nak salahkan dia pun tak boleh. Mungkin salahnya dan bodohnya mereka yang mencalunkan dan memilihnya jadi YB dan Exco. Manusia sehina ini boleh jadi Exco. Maknanya bodoh dan bebalnya pemimpin mereka ini dengan memilih si Ronnie ini.

6. Bayangkan jika parti ini memerintah negara. Pendek kata : dunia ini ana yang punya lah.

7. Nampak gayanya jika rakyat Selangor terus mengundi parti dan manusia sebegini , maka tidak mustahil Selangor akan jadi seperti negeri Chicago di mana Gangster bernama Al Copone mengawal semua kegiatan arak dan gangster di sana pada tahun-tahun 1960an.

8. Bila lihat secara keseluruhan YB-YB di Selangor dari PR ini pun, memang bebal sangat kalau dilihat dari segi pentadbirannya. Langsung tak ada idea. Apalah agaknya yang mereka ini menyuaratkan hari-hari bersama MB. Dah setahun, tak ada pun satu perancangan strategik untuk 10 tahun ke depan. Yang ada hanyalah menuding jari kepada kesalahan pemerintahan yang lepas.

9. Itu jelah. Nasib kau le orang Selangor. Terutama pengundi yang memangkah PR. Kesian.

10. Kepada DR Hassan! Marah sangat nampak kepada Ronnie tu bila PG tonton dalam TV3 jam 8 malam tadi. Jangan buat-buat marah udah le. Juga jangan kerana Permatang Pasir. Tak ikhlas maknanya dan haram ikut islam kerana bersuara kerana sesuatu tujuan bukan kerana Allah.

11. Ronnie, Ronnie: mengapalah kau ni bebal sangat. Nak gelak jugalah. Dah tak tahan ni ... Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.....hhhhhhhh.

No comments:

Post a Comment