Saturday, 29 August 2009

PEGUAM TAK AMANAH DIPENJARA : APA PERANAN MAJLIS PEGUAM ?



Berita Harian

28 ogos 2009


Peguam tak amanah kena 5 tahun, sebat



AMPANG: Selepas 14 tahun dibicarakan, seorang peguam akhirnya dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM100,000.

Hakim Noradidah Ahmad membuat keputusan berkenaan ke atas R Chandrasekaran, 48, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melampaui keraguan munasabah. Bagaimanapun, Noradidah membenarkan hukuman penjara dan sebatan itu ditangguhkan sementara bagi memberi laluan Chandrasekar memfailkan rayuannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Banyak lagi kes begini berlaku dan terus berlaku dan dilakukan oleh peguam walaupun bukan semua.

2. Ia boleh dikatakan menjadi sinonim dengan masyarakat apabila membicarakan tentang peguam dan profesion mereka. Pecah amanah. salahguna kuasa dan berbagai penipuan lagi yang dilakukan oleh gulungan ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah kepada bidang ini.

3. Apa peranan Majlis Peguam dalam hal ini? Perkara ini sudah lama berlaku. Sejak dari negara ini merdeka lagi. Ramai juga yang terlepas atas kepintaran mereka membelitkan undang-undang yang ada.

4. Tidak nampak langsung peranan yang dimainkan oleh Majlis ini selain dari menyiasat dan mengantung lesen guaman ahli mereka . Itu sahaja. Langkah jangka panjang langsung tidak ada bagi membendung masalah ini.

5. Majlis peguam lebih sibuk dengan perkara-perkara lain seperti politik tetapi peranan utama mereka bagi menjadi kredibilti ahli dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat langsung tidaak dipedulikan.

6. Juga apa peranan Majlis ini dalam memberikan nasihat serta pendidikan kepada ahli mereka serta peranan majlis sendiri dalam mengatasi masalah kes tertangguh yang berjumlah berjuta-juta disetiap peringkat mahkamah. Juga apa peranan majlis ini terhadap ahli mereka yang sebahagian besarnya menyebabkan kes keerap kali ditangguhkan. Mengambil banyak kes mahkamah dalam satu masa dan kemudian menangguhkannya dengan alasan terikat dengan mahkamah lebih tinggi.

7. Inilah diantara putar belit para peguam dalam mengejar untung. Jadi apa peranan Majlis? Adakah Majlis ini hanya jadi bisu dan pekak di atas semua isu yang melibatkan peguam ini? Adakah majlis ini kelihatan sibuk dengan isu lain dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian dari masalah yang melanda Majlis peguam dan ahlinya yang tidak cekap?

8. Majlis Peguam mungkin boleh memperbodhkan sebahagian dari rakyat Malaysia. Tetapi bukan kami. Dalam isu calun PRK Permatang Pasir Majlis Peguam begitu sibuk campurtangan. Tetapi dalam kes yang lain hanya senyap membisu.

9. Sudahlah Majlis Peguam. Anda pun seperti sesumpah juga. Hipokrit. Sebagaian peguam pula hanya sibuk mensensasikan isu dan juga terlibat dengan demo haram bagi mempopulakan firma masing-masing. Kemudian bila sudah terkenal maka semuanya diam. Peguam baru pula sambung dengan cara dan kaedah yang sama.

10. Menyampah.

6 comments:

  1. Salam bro,

    Sebab itu orang kampung memang tak percaya sangat dengan 'lawyer'. Orang kampung yang selalu kena tipu. Kes kemalangan kadang2 sampai 12 tahun baru selesai. Tu pun dapat RM1.200 je. Tapi nak jumpa siapa lagi apabila nak bawa kes mahkamah. Lawyer jugak..... Bukan semua lawyer macam tu ada juga lawyer yang bagus. Ada juga lawyer yang peramah dan kelako....yang ni kita panggil 'lawyer buruk'....

    Majlis Peguam ni sibuk hal politik sebab busness. Promosi firma masing-masing. Tun M paling menyampah dengan peguam2 ni khususnya peguam keling......klentong dan pembohong...hehehehe

    ReplyDelete
  2. wadah majlis peguam bukan perjuangan politik, ianya untuk memantapkan kredibiliti dan jatidiri ahli-ahlinya dalam profesion mereka. Maka mana-mana ahlinya yang tidak berdisiplin dan cbt, mereka ini perlu diambil tindakan dan jika perlu dilucutkanhak untuk mengamal undang2. Apakah majlis peguam sudah bersungguh masaalah ahlinya yang tidak brtanggungjawab? Apakah mereka seperti mahkamah juga banyak Kes- kes aduan yang masih tertangguh dan berlarutan? Susash sangatkah nak hapuskan aduan2 yang tertangguh? Majlis peguam perlu fokus kepada memberikan khidmat terbaik dengan memberikan latihan dan disiplinkan ahlinya. Jika mana2 ahlinya cendrung pada politik, adalah lebih baik ditubuhkan suatu pertubuhan lain bawah society act untuk tujuan itu agar filosof majlis peguam kekal jelas dan utuh. Dr Abd Rani Kamarudin

    ReplyDelete
  3. Salam Sahabat,
    Dalam dunia ini memang ramai yang tidak amanah, namun bagi mereka yang memegang kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan, kesan dan dosa serta kesalahannya lebih berat. Cuma kadangkala kita hanya nampak kesalahan itu apabila ianya dilakukan oleh mereka yang tidak kita sukai atau bukan dari kalangan kita ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Kawan nak bertanya, macam mana pulak dengan peguam-peguam yang membela penjenayah macam Anwar, walau pun sudah tahu itu kerja dia, tetapi masih bertegas nak buang kes itu dari dibicarakan.

    Apakah kerana wang, peguam-peguam seperti ini sudah tidak ada maruah ?

    ReplyDelete
  5. Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

    ReplyDelete
  6. Salam, tak pepasal peguam kena jadi pengkhianat bangsa. Sebagaimana hakim, peguam juga tidak memilih klien, yang penting peluang untuk dibicara mesti diberikan.

    Menang kes atau kalah bukan bergantung kepada belit undang-undang tetapi fakta dan proses dalam memberikan hak pembicaraan yang setara dan adil.

    Majlis Peguam bertindak sebagai pentadbiran sahaja kepada pergerakan peguam-peguam Malaysia manakala masalah dan aduan mengenai tatatertib lawyer dibuat oleh badan peguam yang lain dan dipengerusikan oleh pihak2 yang tidak bekepentingan dalam Majlis Peguam Malaysia.

    Begitu juga dengan Penerimaan masuk sebagai peguam, tiada kaitan dengan majlis Peguam kerana dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Jangan terlalu agresif dalam pandangan hanya kerana perbezaan politik.

    Baik dimana-mana pun ada baik dan nakalnya. Badan kerajaan juga banyak korupsinya, tetapi perlukah semua pegawai kerajaan dituduh sebagai korup. Kalau begitu baik tutup sahaja fungsi kerajaan, terutama Kastam dan Imigresen yang kini banyak terlibat dalam rasuah. tak gitu gamaknya?

    ReplyDelete