Wednesday, 12 August 2009

PENGKHIANAT BANGSA : DSAI KATA NYAWA TERANCAM !


Berita Harian

12 ogos 2009


Tuduhan pengkhianat bangsa berbaur perkauman: Anwar



PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan pemimpin Umno atas sebarang insiden buruk yang mungkin berlaku akibat kenyataan yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan beliau sebagai pengkhianat adalah berbaur perkauman yang boleh mencetuskan reaksi negatif di kalangan orang Melayu terutama yang berfikiran ekstrim. Anwar mendakwa Muhyiddin sengaja memainkan isu ada pihak yang anti-Islam dan anti-Melayu bagi mewujudkan kesangsian terhadap perjuangan beliau selama ini, sekali gus membangkitkan kemarahan segelintir pihak yang ekstrim.

"Oleh itu saya perlu prihatin terhadap keselamatan diri dan pemimpin Umno perlu bertanggungjawab jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini akibat daripada kenyataan itu.

"Apa niat sebenar Umno membangkitkan isu derhaka dan khianat terhadap bangsa Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Penghuni Gua : Kenyataan TPM yang mengatakan DSAI pengkhianat bangsa telah mengejutkan DSAI. DSAI katakan dengan kenyataan TPM tersebut kemungkinan keselamatan serta nyawanya terancam.

2. Ye ke ni. Terancam apanya. PG lihat macam ada yang tersirat disebalik kenyataan DSAI bahawa keselamatan dan nyawanya terancam akibat kenyataan tersebut. PG berpendapat ini muslihat baru DSAI. Macam nak lari keluar negara sahaja : nak lari dari kes liwat Saiful aje.

3. Atau mungkin nak lari dan berlindung sekali lagi di kedutaan Turki atau kedutaan US atau Australia kot. Jadi sekarang adalah alasan DSAI nak larikan diri dari tuduhan kes liwatnya.

4. Mungkin juga DSAI sudah dapat merasakan ia akan kalah dalam kes ini. Peguam harapannya pun sudah melarikan diri dari membelanya dan juga semalam DSAI sekali lagi bertindak untuk melengahkan kes dengan memohon mahkamah agar menggugurkan barisan pendakwa yang menjadi pendakwaraya di dalam kes liwatnya. Berita lanjut : KLIK

5. DSAI dah panas pungggong kot.

No comments:

Post a Comment