Saturday, 15 August 2009

SPRM KELUAR ARAHAN TIDAK AKAN SIASAT LAGI RASUAH MELIBATKAN TOKOH POLITIK : KENYATAAN BEBAL SPRM !




Berita TV3 jam 130 petang tadi melapurkan seorang Tim. Pesuroh jaya SPRM ( Siasatan kalau tidak silap PG ) telah mengeluarkan arahan kepada semua pegawa SPRM bahawa bermula pada hari ini, SPRM tidak akan lagi menyiasat mana-mana kes rasuah, penyelewengan atau salahguna kuasa terhadap mana-mana tokoh politik atau yang berkaitan politik.

Alasannya mudah : Setiap kali tangkapan dan siasatan SPRM dalam kes rasuah yang melibatkan politik atau tokoh politik maka SPRM akan dikecam dan maki hamun. Beliau seterusnya berkata beliau rela hilang jawatan kerana memberi arahan sedemikian. Ini kata Tim Pesuruhjaya SPRM Malaysia.

Penghuni Gua : Sejak PG hidup inilah kali pertama PG mendengar seorang pegawai yang amat kanan dalam sebuah organisasi mengeluarkan kenyataan yang paling bodoh dan amat bebal sekali.

2. Apa kuasanya tidak akan siasat lagi kes-kes rasuah yang melibatkan politik? Hanya kerana dikecam boleh keluarkan arahan kepada pegawai SPRM supaya jangan siasat. Siapa dia nak keluarkan arahan ini. Undang-undang mewajibkan anda siasat. Jika enggan maka beliau PG cadangkan agar kerajaan mengambil tindakan tatatertib atas kesalahan engkar perintah dan bertindak mengingkari undang-undang dan dasar kerajaan.

3. Dicadangkan kerajaan juga membuat parakuan agar orang no 3 di dalam SPRM ini dipecat dari jawatan berkenaan atau dibuang terus kerjanya dengan menghantar perakuan kepada DYMM Agung. Pegawai terkanan ini tidak layak berada di kerusi berkenaan. Ia bertindak seperti pondan yang takut segala cabaran yang mendatang.

4. Kerajaan telah mengistiharkan perang terhadap rasuah. Maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pegawai SPRM melaksanakan tugas tersebut tanpa menoleh kebelakang lagi. Kecaman, hinaan adalah asam garam terhadap mana-mana pegawai penguatkuasa. Adakah kita hendak jadikan amalan mana-mana ketua jabatan, setelah di kecam, maka keluarkan arahan dan ugutan tidak akan melaksanakan tangkapan dan penguatkuasaan dan siasatan terhadap sesuatu kes? Jika beginilah keadaannya , maka jahanamlah sesebuah negara ini.

5. Pegawai SPRM ini telah menegaskan beliau sanggup kehilangan jawatan ini kerana mengeluarkan kenyataan pondan ini. Maka kepada kerajaan : nyah sahaja pegawai yang bebal dan pengecut ini dari SPRM dan dari kerajaan pun. Beliau tidak layak berada di kerusi berkenaan. Inikah komitmen dan kerja keras yang akan kita harapkan dari seorang pemimpin kanan kerajaan? Layakkah kerajaan menyimpan pegawai sebegini?

6. Pecat segera pegawai kanan bebal ini dari SPRM. Beliau tidak tahan tekanan. Nyahkan segera.

21 comments:

  1. SALAM CIKGU

    ELOK SURUH TIMBALAN TUBERHENTI LAGI BAGUS... KALAU DAH TAHU TAKUT DENGAN KUTUKAN DAN PENGHINAAN MAKA JANGAN KERJA DISITULAH ELOK KERJA DI JABATAN YANG TIDAK DIKUTUK ORANG...

    KALAU KITA BUAT KERJA DENGAN BAIK DAN MENGIKUT PERATURAN YANG SEDIA ADA MAKA APA PERLU KITA TAKUT KEPADA DESAKAN DAN PENGHINAAN ORANG...

    SURUH DIA BERHENTI AJELAH CIKGU


    SALAM

    ReplyDelete
  2. Salam Bro PG....

    Bukan malas nak siasat tapi dah mati kutu. Makin disiasat Pakatan Rakyat tetapi makin terbongkar UMNO/BN.

    Yang disiasat hanyalah bawah RM5000 tetapi yang muncul adalah yang RM10 juta.

    Saper sangka Ong Tee Keat tetiber perang dengan Tiong King Sing?

    Semuanya urusan Allah swt. Akal manusia tidak akan mampu "memahami" dan "mengulas" tentang urusan Allah swt itu.

    ReplyDelete
  3. bukan bebal, tapi dah tahap mangkuk tandas dah ni.. Kalau dah tak mampu letak jawatan jer lah...

    ReplyDelete
  4. Kenapa nak pecat pegawai ni pulat tuan PG, sepatutnya kita tangkap dan sumbatkan pakatan haram ke dalam, janganlah tuan salahkan sprm dalam hal ini, bukan pa tuan, sebabnya setiaop kali mereka nak jalankan tugas semuanya dipoltikkkan, macamana nak buat kerja tuan PG?

    AKU SETUJU DENGAN TINDAKAN SPRM INI, AKU NAK TGK DATO HISHAM BUAT APA LEPAS NI...

    ReplyDelete
  5. maksud beliau..
    adakah rakyat biasa saja yg perlu disiasat..
    orang politik bebas melakukan ape2...termasuk rasuah ???
    jahanam malaysia kalau ini lah amalannya

    ReplyDelete
  6. Silap orang yang interbiu India tu dulu. Patutnya depa kena suruh dia buka seluar, tenguk dulu adakah India ni ada telor atau tidak.

    Boleh jadi juga orang yang interbiu dulu, depa dah periksa tapi pasai hitam pekat kot, depa tak ketahuan India tu ada telor atau tak dak.

    Apa pun memang India tu tak dak telor!

    ReplyDelete
  7. saya sokong tindakan sprm.

    elok jgn siasat semua sekali

    ReplyDelete
  8. Saya ingat ni cuma sarcastism sahaja... bukan betul2... dia nak ejek balik pembangkang la tu.. sikit2 semua SPRM salah... mau tak tension kawan...

    ReplyDelete
  9. SLM BRO..APE PUNNYE BANGANG PUNYE STETMEN DIA BUAT NI BRO?. KLU X NAK KEJE BLAH LAAA!!..KASI ORG LAIN HANDEL PLAK ADOIYAIIII!!!..STETMEN MCM PUAK PAKATAN PUNYE STAIL JEK..HARKK PTUIHH!!!

    ReplyDelete
  10. House PK said...

    "Kenapa nak pecat pegawai ni pulat tuan PG, sepatutnya kita tangkap dan sumbatkan pakatan haram ke dalam, janganlah tuan salahkan sprm dalam hal ini, bukan pa tuan, sebabnya setiaop kali mereka nak jalankan tugas semuanya dipoltikkkan, macamana nak buat kerja tuan PG?

    AKU SETUJU DENGAN TINDAKAN SPRM INI, AKU NAK TGK DATO HISHAM BUAT APA LEPAS NI..."

    ................................................

    Aku rasa lojik juga komen House PK ni. Mungkin Pengarah SPRM tu tidak bermaksud begitu. Yang diluahkan mungkin rasa kekesalan dan tidak puashati beliau kerana Kementerian Keselamatan Dalam Negeri hanya membisu seribu bhasa.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    SPRM, perlu benar-benar bebas membuat mengambil tindakan, tidak perlu tunduk dengan caci hina. Yang penting penyiasatan perlu dibuat dengan cara berhemah agar tidak menimbulkan keraguan masyarakat kepada SPRM....

    ReplyDelete
  12. bagi akau kalau serangan kepada SPRM bersifat politik, kena la dijawab dgn bahasa politik juga .....mereka bermain dgn persepsi ..... sepatutnya pak2 menteri kena la kreatif menjawab dan kalau boleh menyerang mereka kembali.

    penjawat awam hanya menjalankan tugas, mereka bukan org politik. dakwaan mereka dikudakan k'jaan hanya dakwaan politik.

    itu mmg keje anwar brahim.....org bukan kenal anwar ni sari dua.....dah lama kenal dahhhh.....

    mohsin

    ReplyDelete
  13. Saya setuju dengan House PK dan keris panjang. Semua ini (dan segala kekecohan yang dilakukan oleh pihak pembangkang sebelum ini) terjadi kerana pemimpin-pemimpin kita semakin lama semakin kelihatan seperti "bacul". Selagi tiada tindakan tegas dari pemimpin, selagi itulah pembangkang semakin berani melakukan apa saja sesuka hati mereka. Jika ini berterusan, negara kita berhadapan dengan bahaya yang mungkin tidak akan dapat ditangani.

    Marilah kita semua menyeru kepada pemimpim-pemimpin kita supaya mengambil tindakan yang tegas dan pantas sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  14. Saya tabik kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Semoga Tan Sri dipanjangkan umur dan sentiasa sihat sejahtera. Kalau difikirkan Ketua Polis Negara ni lebih perit, bukan sahaja PDRM yang dihentam malah beliau sendiri dihentam secara peribadi. Tapi semangat beliau kental. Lihatlah bagaimana anggota PDRM TETAP mengawal ketenteraman awam walau pun diheret kejalanraya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi kenapa perlu patah semangat? KAlau ada masalah pengurusan bawalah kepada pihak kerajaan. Kenapa tak cukup kakitangan?

    ReplyDelete
  15. kongsi gelap cina16 August 2009 at 02:03

    Saya pun hairan kenapa SPRM mudah2 tunduk kepada tekanan dan rentak parti kongsigelap cina ni?Apa maknanya semua ni?Adakah selepas ini rasuah bukan lagi kesalahan jenayah?Adakah ini cuba menunjukkan bahawa SPRM memang lembik atau pihak penguatkuasa undang2 memang lemah?Wah lepas ni makin naik lemaklah penjenayah dan perasuah!

    ReplyDelete
  16. sprm pun bosan juga asyik2 org2 PR siasat ORG BN ltaksiasat,padahal jumlah jka nak dikira BN mmain juta dan PR ribu2je,jadi malu sprm ni ,kalau bolih dia nak ketelusan,

    ReplyDelete
  17. Apapun kerja kita, akan tetap dikutuk. Nabi Nuh as pun dicaci dan dicerca. Nabi Muhamad saw pun juga. Apa pun, kerja sapu jalanpun akan dikutuk juga. Bekas MB Selangorpun pernah juga suatu ketika menghadiahkan penyapu kepada seoarang kakitangan nya.

    Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab dan membelakangkan undang2 yang sepatutunya dikuatkuasakan terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah Akta Rasuah 1997. Saya setuju dengan PG supaya SPRM mengambil tindakan disiplin agar tiada lagi pegawai SPRM membuat kenyataan sebegitu.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  18. Tim xde pungkok sbb tu ckp mcm tu. Pungkok dia dah kena makan dek babi...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  19. NUAR BEKAS BANDUAN16 August 2009 at 14:00

    Kalau tak silap saya pihak polis pun berkuasa untuk melakukan siasatan dan mendakwa keatas kes rasuah.Orang ramai hanya perlu membuat lapuran polis dan kuasa polis lebih menyeluruh

    ReplyDelete
  20. jika SPRM sukar melaksanakan dan mendapat tentangan semasa nak menangkap wong ini atau sesiapa sahaja, mereka / SPRM boleh meminta pihak polis atau menalipon mana-mana bilik gerakan polis untuk emminta bantuan seperti kereta peronda polis untuk membantu menyempurnakan tangkapan tersebut. ini balik tangan kosong dan amat pengecut sekali.

    ReplyDelete