Thursday, 27 August 2009

SEBAT KARTIKA : YANG LAIN MINTA DIAMLAH !

Utusan Malaysia

27 ogos 2009

Hormati hukuman sebat ke atas Kartika
Oleh NORILA DAUD


KARTIKA Sari Dewi Shukarnor, 32, model sambilan yang dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai telah menggemparkan banyak pihak termasuk media asing.


Hukuman itu dilihat oleh media asing seolah-olah undang-undang syariah yang diamalkan di Malaysia menindas kaum wanita.


Kartika menjadi 'srikandi' dalam kes ini kerana menerima apa sahaja hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya tanpa banyak bicara. Mungkin telah insaf dengan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita Muslim.


Bagaimanapun, keputusannya untuk reda melalui hukuman sebatan itu pada bulan Ramadan telah mendapat simpati daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meminta hukuman itu dikaji semula.


Sejurus kemudian Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus telah memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model sambilan itu.


Bagaimanapun, dalam perkara ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM) membuat pandangan tersendiri daripada sudut perundangan terhadap senario kekecohan itu.


Menurut persatuan itu, membuat komen terhadap hukuman sebat yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika kerana minum arak di tempat awam boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.


Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berkata, orang Islam sepatutnya mempertahankan martabat Mahkamah Syariah dan bukan memberi komen atau mempersoalkan hukuman yang diputuskan.


Menurutnya, memberi komen terhadap hukuman itu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti hakim di mahkamah berkenaan.


"Jika mahkamah sivil membuat perintah atau penghakiman seumpama itu tidak pula ada orang yang hendak memberi komen," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Beliau menjelaskan demikian berikutan penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika di atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, Isnin lalu. Abdul Rahman mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangguhkan hukuman bagi menghormati Ramadan.


Berhubung penangguhan hukuman itu Musa berpendapat, sepatutnya permohonan menangguhkan hukuman ke atas Kartika kerana menghormati Ramadan dilakukan menerusi mahkamah yang mendengar hujah pihak pendakwa dan Kartika sendiri. PPSM hanya berharap agar perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan keputusan mahkamah tidak boleh berubahubah kerana yang menjadi 'mangsa' dalam kes ini ialah Kartika.


Dalam pada itu Musa berkata, Mahkamah Syariah adalah di bawah kuasa Sultan serta kerajaan negeri dan 'orang luar' tidak boleh campur tangan dalam kes berkaitan perundangan tersebut.

Sementara itu, Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, Kartika rela disebat dan seterusnya bertaubat. Maka sangat wajar hukuman itu dilaksanakan selepas Ramadan.


Menurutnya, sebatan oleh Mahkamah Syariah ke atas pesalah tidak sama seperti yang dikenakan oleh mahkamah sivil.


"Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyebat Kartika telah disensasikan oleh beberapa pihak kerana ia dikenakan terhadap seorang wanita," katanya.


Menurutnya, hukuman itu dilaksanakan untuk memberi pengajaran ke atas Kartika supaya tidak melanggar undang-undang dan mengetahui bahawa minum arak itu adalah haram dalam Islam.


Harlina seterusnya mengajak semua pihak supaya memberi penjelasan dan pendedahan mengenai perkara ini secara jelas kepada masyarakat bagi mengelakkan hukuman sebat itu tidak dilihat sebagai penindasan terhadap wanita Islam.


Bagaimanapun, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula berpendapat, hukuman itu tidak wajar ditangguh atas alasan menghormati Ramadan kerana ia boleh dilakukan di sebelah malam.


Katanya, jika Ramadan menjadi alasan hukuman ke atas Kartika ditangguh, maka semua corak hukuman ke atas pesalah juga perlu ditangguhkan sepanjang bulan ini.


Masalahnya ujar Nakhaie, masih ramai orang Islam yang meragui keadilan agama itu dan bimbang syariat hukum Islam itu dilaksanakan di negara ini.

Penghuni Gua : Disini PG nak mengambil kesempatan sempena Ramadhan ini agar Dato Seri Sharizat berhentilah bercakap dan komen mengenai isu sebat kartika ini. Kalau pakai tudung tu hanya bulan puasa aje tak usah nak cakap lebih lah mengenai isu kartika.

2. Buat dosa aje dan naik menyampah kita semua melihat dan mendengarnya. Kalau dia tak tahu baik diam. Bila ada isu baru nak berkokok. Jika tidak kita pun semua tak tahu kememterian atau menteri ini ujud ke tidak pun tak tahu.

3. Menteri ini hanya cakap ikut musim. Jika ada isu bercakap tak berhenti seperti burong kakatua. Hukuman sebat dalam enakmen Syariah tu pun tak tahu telah dilulus dan di gubal oleh semua Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri. Jadi menteri apa kalau macam tu.

4. Perabih kan boreh ajo.
Menurutnya, anggapan itu masih menebal di kalangan sesetengah orang Islam akibat warisan pemikiran penjajah.

Ujarnya, jika Mahkamah Sivil yang menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pesalah di bulan Ramadan, golongan berkenaan hanya berdiam diri tanda menghormati keputusan itu.

No comments:

Post a Comment