Saturday, 22 August 2009

SENANGNYA DAPAT PINJAMAN BANK !


Berita Harian

22 ogos 2009

MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam


Oleh Norhashimah Mohd Radzalinorhashimah@bharian.com.my
Khalid Ibrahim




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, diperintah membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad bagi pinjaman pembelian saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf, dalam kamarnya di sini, semalam. Rohana bagaimanapun membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk menangguhkan pembayaran itu sementara menunggu permohonan rasmi penangguhan keputusan berkenaan didengar pada 16 September ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senangnya MB Selangor ini memperolehi pinjaman dari Bank Islam Malaysia. Peniaga kecil bumiputra nak dapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan akan diminta mengisi berbagai borang dan meminta cagaran serta akujanji dari beberapa pihak. 10 kali naik turun bank pun belum tentu pinjaman ini akan diluluskan.

2. Setengah tu akan mendapat penghinaan dari pihak bank dengan katakan projek tersebut tidak berdaya maju. Dalam kes Khalid ini apa cagarannya pun kita tidak tahu. Tapi itulah Bank terutama Bank Islam. Itu yang bank ini kerap mengalami kerugian dan ditipu oleh peiminjam VIP ini. Yang menghidupkan bank ialah peminjam dan penyimpan kecil. Yang menghabiskan duit bank ialah penyimpan dan peminjam besar bank.

3. Dulu Bank ini pernah ditipu iaitu cawangan bank islam Labuan sehingga hampir 2 billion. Itu bank ini masih belum mengambil ikhtibar dari apa yang terjadi. Sampai sekarang duit dan peminjam ini terus lesap dan bank ini terus berputih mata.

4. Fikirlah, fikirlah.................

1 comment:

  1. 1) Kami boleh uruskan pinjaman dengan faedah terendah untuk anda :

    Faedah dari 1.99 % se-tahun (untuk kakitangan kerajaan)
    Faedah dari 5 % se-tahun (untuk kakitangan swasta)
    Loan lulus dalam masa singkat 1 ~ 3 minggu
    Senarai hitam dibenarkan untuk buat pinjaman
    Penjamin tidak diperlukan
    Bukan ah Long dan sah dari sisi undang



    2) SMS info berikut ke ( Jumlah Loan pinjam, Nama, ,umur, majikan, dan Gaji pokok )

    012 – 286 1768
    info @ ayubarra .com

    ReplyDelete