Monday, 3 August 2009

TAMADDUN ISLAM 10

Nota : Ini adalah ringkasan nota-nota kuliah lama PG yang dicatit oleh Che Zaimani semasa PG belajar dulu-dulu kala. Mungkin berguna kepada kita semua. Kepada pelajar, sila buat bacaan tambahan. Tq.

Kuliah10
Tamadun Islam.



Kaedah Asas dalam perundangan (hukum Fikah).

Kaedah 1 – segala perkara dipandang kepada tujuannya. Kenapa ia di adakan.

Misalnya seorang bergerak dan bercakap mestilah diambil tahu kenapa seseorang itu bergerak dan bercakap. Perkara ini penting kerana jika seseorang itu hanya ingin menunjuk-nunjuk atau di panggil `riak ` maka perkara itu tidak boleh diambil kira.

Di dalam Quran terdapat ayat menyatakan terdapat lorong neraka bagi mereka yang sembahyang untuk menunjuk-nunjuk (riak) sembahyang.

Segala amalan adalah dikira dengan niat. Ini bermakna tuhan akan memberi pahala kepada sesiapa yang berniat melakukan perkara baik walaupun perbuatan tersebut belum dilakukan lagi. Contohnya seseorang itu ingin menunaikan sembahyang subuh, tetapi telah tertidur. Oleh itu walaupun sembahyang tidak dapat dikerjakan Allah telah memberi pahala atas niat baik tersebut.

Berbeza dengan niat jahat. Jika niat jahat sudah ada ianya belum mendapat dosa kecuali perbuatan jahat itu dilakukan.

Kaedah ini adalah berdasarkan sunnah Nabi yang bersabda ` segala perbuatan dimulai dengan niat`.


Kaedah 2 – Segala kesusahan atau kesempitan adalah untuk memberi atau menarik kemudahan.

Maksudnya segala kesusahan itu adalah untuk memberi kemudahan selepas itu.

Kesusahan atau kesempitan mengatasi kemampuan akan memberi kemudahan untuk manusia melakukan susah itu menjadi senang.

Kesusahan yang diberikan kepada syarak adalah mengikut kemampuan. Jika terdapat kesusahan melakukan ibadat syarak maka dia diberikan kelonggaran untuk melakukannya seperti berbuka puasa bagi musafir.

Suruhan syarak adalah tertakluk kepada kemampuan, tetapi larangan pula tidak tertakluk kepada kemampuan.

Suruhan adalah wajib kecuali terdapat Thorinah (tanda) yang ianya tidak diwajibkan.
Apabila terdapat haram dan halal dalam satu perkara maka dibenarkan yang haram. Maksudnya haram mengatasi halal.


Kaedah 3 – Kemudaratan hendaklah di hindarkan/elak/basmi/hilangkan.

Manusia di haruskan menghilangkan kemudaratan. Dengan bermakna sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan kesusahan/darurat maka diharuskan bagi dia menghilangkan darurat itu

Contohnya adalah dilarang menceroboh hak orang lain dan orang yang di ceroboh boleh menuntut balas dengan menceroboh balik.

Satu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan menimbul kemudaratan yang sama besarnya.

Contohnya A diugut untuk membunuh B dan sekiranya perkara ini tidak dilakukan maka A akan dibunuh. Perkara ini tidak wajib dilakukan kerana bunuh diganti dengan bunuh.


Kaedah 4 – adat adalah menjadi hakim/pemutus.

Bermaksud adat bagi sesuatu tempat akan menjadi dasar sesuatu keputusan.


Kaedah 5 – yakin tidak boleh di hilang dengan syak.

Ilmu usul Fikah.

Ilmu ini bermula sejak kurun ke 2. Peranannya adalah :

1. Membicarakan hukum-hukum berkaitan dengan perbuatan manusia. Tuntutan melakukannya, meninggalkannya atau membuat pilihan sewajarnya.
2. Kaedah-kaedah untuk menerbitkan hukum fikah. Ini termasuklah perkara baru berdasarkan nas Quran dan Sunnah. Iman Shafiee adalah pelopor.
3. Membicarakan setiap suruhan adalah wajibkan dilakukan kecuali ada Thorinah (tanda/dalil) yang tidak mewajibkannya.
4. Membicarakan wajib bagi setiap orang melakukan apa yang dinyatakan dalam Quran dan Hadis.


Masalah Thorinah (tanda/dalil).

Terdapat perbezaan dalam menterjemah perkataan khususnya nahu bahasa Arab. Contohnya Sollah (sembahyang) bermaksud doa dalam bahasa Arab. Tetapi syarak telah mentafsirkan sebagai dimulai dengan takbir, di iringi dengan doa dan disudahi dengan salam

Falsafah dakwah Islam.

Falsafah mutlak adalah menggesa/mentauhid Allah iaitu tuhan satu dan tiada siapa menyerupainya.

Perkataan dan perbuatan rasul adalah terpelihara dari kesilapan atau di panggil maksum.

Melakukan ibadah iaitu Zakat, Haji, Puasa, Sembahyang.

Ianya termasuklah sistem politik, ekonomi dan demokrasi.

Cara mengembangkan Islam adalah melalui Kemukjizat Quran dan Ketinggian Dasar Islam.

Quran diturun 1/3 di Madinah dan 2/3 lagi di Mekah. Ayat yang diturunkan di Mekah dinama ayat Makki dan banyak kepada kemuliaan akhlak.

Quran adalah mukjizat berterusan.(kerana ianya untuk semua umat selepas nabi wafat)

Mukjizat juga diberikan kepada para nabi dan mukjizat ini dinamakan mencarik adat.

Bagi mukjizat yang diberikan kepada wali dinamakan keramat, sementara orang jahil dinamakan sihir.

Dasar Islam sepintas lalu.

Penyelesaian dari segi agama dan dunia. Dari segi agama Islam mentauhid secara mutlak Tuhan hanya satu dan tiada yang lain menyerupai. Memperakui Nabi Muhamad adalah rasulnya. Rasul terpelihara dari kesilapan. Mengerjakan rukun islam seperti sembahyang, zakat, puasa, haji. Islam juga menggariskan sistem politik,ekonomi dan demokrasi.

Cara penyebaran islam.

i. Melalui Mukjizat Quran.
ii. Melalui keunggulan dasar-dasar Islam.

Dua dimensi berbeza diikuti iaitu kepada mereka yang mengetahui dan memahami bahasa Arab dan kepada golongan yang tidak memahami bahasa Arab.

Quran dalam penyebaran Islam.

2/3 Quran diturunkan di Mekah dan dinamakan ayat Makki dan banyak mengenai kemuliaan akhlak. 1/3 ayat Quran diturunkan di Madinah dan ayat madini ini telah menjelaskan perundangan islam dengan terperinci iaitu mengenai sistem hutang, pusaka ,nikah kahwin dan sebagainya. Quran adalah mukjizat utama nabi dan berkekalan. Orang Arab terbahagi 3 golongan mengenai Quran.

i. Memperakui mukjizat Quran dan beriman kepadanya.
ii. Memperakui mukjizat Quran tetapi atas beberapa sebab tidak beriman kepadanya.
iii. Golongan kecil angkuh dan dengki serta mencabar Quran.

Golongan pertama

Ddiketuai oleh Umar Al Khattab. Ibn Hisham menceritakan suatu hari Umar keluar dari rumah dengan pedang terhunus untuk mencari dan membunuh nabi Muhamad. Apabila disapa oleh Naim di tengah jalan beliau menjawab Nabi Muhamad telah memecah belah kesatuan orang-orang Qurish serta mempersetankan cendekiawannya dan menghina tuhan-tuhanya. Naim menyuruhnya balik memperbetulkan saudara perempuannya Fatimah dan suami kepada Fatimah bernama Zaid kerana telah memeluk agama islam. Umar lalu kerumah iparnya dan telah terdengar Quran dibaca oleh Khabab kepada Zaid dan isterinya. Umar telah menampar Zaid dan Fatimah. Selepas itu dia telah membaca Quran surah Thaha ayat 20. Umar adalah orang yang memahami bahasa dan kesusasteraan dan mendapati keindahan ayat tersebut dan selepas itu terus memeluk agama islam.

Golongan kedua.

Mereka tidak mengikut dakwah islam , tetapi menerima keagungan Quran. Antara mereka dalah Walid Bin Mughirah telah mendengar nabi Muhamad membaca surah Sajadah dan telah berkata kepada kaum Qurish ` Sesungguhnya aku baru sahaja mendengar kalam bukan daripada kalam manusia atau jin, ia sungguh indah dan menusuk ke lubuk hati, mempunyai maksud bahasa yang sangat tinggi, tidak dapat menandanginya. Kenyataan ini menjadi kejutan kepada kaum Qurish kerana telah menunjukkan kecenderungan kepada Islam. Mereka telah mengatakan Walid telah dirasuk oleh nabi dan menyuruhnya diam.

Golongan ketiga.

Menafikan Quran dan mendakwa boleh menciptanya. Tetapi ciptaan mereka menjadi bahan ketawa. Contohnya ayat ciptaan mereka di nama surah kodok. Mereka telah dicabar untuk mengadakan satu surah saja. Sejarah menunjukkan apabila mereka hilang dengki, mereka kembali memperakui Quran menjadi penganut Islam yang baik . Antaranya adalah Sujah yang pernah mengaku menjadi nabi dan diwahyu Quran kepadanya. Beliau telah gagal mendapat kepercayaan orang ramai.

Penyebaran Islam kepada yang tidak mengetahui bahasa Arab.

Adalah melalui dasar Islam iaitu pemerintahan mengikut Persamaan, Keadilan dan Pemerintah yang tidak kaya raya.

Islam menyeru pemerintah bekerja untuk rakyat dan bukan diri sendiri.

Contoh persamaan dan keadilan.

Sebelum kedatangan Islam raja-raja Parsi mendakwa mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan mulia. Islam kemudian datang mempraktiskan Muhamad dan Khalifahnya adalah sama dengan rakyat jelata. Contoh lain, Umar telah kehilangan pedangnya dan mendakwa telah dimiliki oleh seorang Yahudi. Yahudi itu tidak mengaku dan telah dibawa ke Mahkamah dan Umar diminta mengemukakan bukti. Oleh kerana Umar gagal mengemukakan bukti hakim telah memutuskan pedang itu kepunyaan Yahudi. Yahudi tersebut menjadi hairan bagaimana Islam mempraktikkan persamaan antara seorang khalifah dengan orang biasa dan penganut agama lain dan bagaimana kedudukan hakim tidak membezakan antara rakyat dan pemerintah dan kemudian bagaimana keputusan hakim berpihak kepadanya. Yahudi berkenaan tidak dapat menahan perasaan lalu menyatakan ianya adalah kepunyaan Umar dan memeluk Islam.

Kisah lain, Raja Ghasasinah bernama Jabalah dipihak jubah semasa mengerjakan tawaf. Beliau lalu menumbuk hidung lelaki itu. Umar telah memanggilnya dan mengaku menumbuk lelaki tersebut. Umar telah menjatuhkan hukuman Qisas walaupun dia seorang raja. Jabalah tidak memahami falsafah islam dan lalu keluar dari Islam.

Mengenai orang Fakir pemerintah Islam menghabiskan harta untuk orang fakir. Abu Bakar membelanjakan hartanya pada jalan Allah apabila dilantik menjadi khalifah. Beliau memikul barangannya sendiri untuk jualan. Umar Al Khattab tinggal dalam rumh kecil dan pakaian sama dengan orang fakir. Othaman Bin Affan menghabiskan hartanya pada jalan Allah.

Penyebaran Islam adalah berkait rapat dengan dengan jaminan dan penyempurnaan keadilan dan persamaan, bukan dengan sebab kekuatan dan kekerasan.

Kesan Islam kepada bangsa Arab.

i. Mengubah dari berpegang kepada senjata kepada perdamaian.
ii. Dari kekuatan fizikal kepada undang-undang.
iii. Dari sifat dendam membunuh orang melakukan pembunuhan kepada hukuman Qiyas.
iv. Dari menyamun, merompak kepada amanah.
v. Dari menyembah berhala kepada tauhid.
vi. Dari menghina wanita kepada meninggikan martabatnya.
vii. Dari sistem kasta kepada sistem keserataan.


Jenayah/Jarimah.

i. Kisaf – hukuman yang setimpal dengan perbuatan.
ii. Hudud – satu hukuman keseksaan telah ditentukan/ditetapkan kadar hukuman dan wajib dilakukan oleh sebab hak Allah.
iii. Takzim.


Hukuman yang ditetapkan di bawah hudud bermaksud tidak ada minimum dan tidak ada maksimum. Ianya juga tidak boleh digugur atau dikurangkan oleh manusia – kerana ia hak Allah.

Hak Allah bermaksud mudaratnya adalah kepada masyarakat umum. Hukumannya hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa dan tiada pilihan boleh dibuat tentang hukumannya.

Ciri-ciri jenayah hudud:

i. Hudud adalah hak Allah iaitu jenayah kepada orang awam.
ii. Hukuman hudud telah ditetapkan oleh syariat dan tidak boleh di ditambah,tukar ganti atau dihapuskan.
iii. Perlaksanaan hukum hudud dijalankan oleh pemerintah.
iv. Hukumannya hendaklah dijalankan serentak contohnya jika A melakukan 4 kes rogol maka hukuman hendaklah serentak kepada keempat-empatnya.
v. Hukuman adalah separuh kepada hamba.
vi. Tidak boleh diberi kemaafan .
vii. Tidak boleh dilaksanakan di tempat tertentu seperti di Masjid dan negara harb.
viii. Cara pembuktiannya adalah terkeluar dari kaedah umum.
ix. Kerugian akibat menjalani hukuman hudud tidak boleh dituntut. Contohnya seorang dihukum sebat, tetapi dengan sebatan dia telah mati.

No comments:

Post a Comment