Thursday, 20 August 2009

TGNA NAFI SEBUT PELESTIN DAN BAB SYURGA : RAKAMAN CERAMAH SEBALIKNYA !



Penghuni Gua mendengar Berita Perdana TV3 sebentar tadi tentang rakaman ceramah TGNA yang mengatakan "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga".

2. TGNA menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan menafikan berkali-kali bahawa ia ada menyebut perkataan palestin. Jangan nak burukkan palestin nak sebut pun beliau tidak pernah , katanya.

3. Dari rakaman tersebut memang jelas PG dengar bahawa TGNA ada menyebut perkataan palestin dan menyebut bahawa ahli UMNO tidak akan masuk syurga. TGNA juga seperti berita di bawah juga menafikan menyentuh mengenai ahli UMNO tetapi mengaku menyentuh tentang penyokong UMNO.

4. Apa bezanya. kalau sudah penyokong UMNO tak masuk syurga maka ahlinya dan pemimpnnya apa lagi. Nak berbau syurga pun tak layak le.

5. TGNA mungkin dah jadi seorang pelupa kot. Mungkin sudah berumur. Semalam Salehuddin cabar akhbar Utusan dan Berita Harian menyiarkan rakaman ceramah tersebut. Sekarang TV3 sudah siarkan jam 8 malam tadi. Sekarang bagaimana?

6. Kita tunggu komen TGNA dan Salehuddin. PG juga sedang cuba untuk mendapatkan rakaman tersebut jika boleh. sama-sama kita tunggu.

Harakahdaily

20 ogos 2009

Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau


.........................................."Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.................................................Berita lanjut : KLIK

8 comments:

  1. NIK AZIZ TU DAH NYANYOK,SEBAB TU KENYATAAN DIA SEMAKIN LALOK..

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

    Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kawan dah cakap TGNA memang dah banyak kali lupa, lebih kurang nyanyuklah juga....

    ReplyDelete
  4. Nik aziz sebut plastik bukan palestin,lidah kelantan biasalah.

    Tapi tak payahlah asyik menghukum orang tu tak betul orang ni tak betul.Ini dakwah ikut siapa?Siapa berani kata dakwah ikut nabi angkat tangan

    ReplyDelete
  5. nik aziz dakwah ikut setan. - salim

    ReplyDelete
  6. jauh beza pelestin ngan plastik..
    saape tgk news tu memang ad ayat palestin..
    x payah nak nafikan lg la...
    kalu lidar bercabang..tetap juga bercabag..
    putar belit ayat..pastu x nak ngaku...
    merosakkan pemikiran org laen ngan fatwa tah hape2 tah

    ReplyDelete
  7. Janganla sebab politik ulama' dihina..ni la akhir zaman, artis2 dan manusia berpangkat diagungkan, ulama' dikutuk dan dicerca..sama2 lah kita muhasabah diri masing2..Di akhirat nnt para ulama' ni lah yg akan mbantu kita utk masuk syurga..Sekadar pandangn, wallahu a'lam..moga Allah mengampunkan dosa2 kita, insyaALLAH..

    ReplyDelete