Wednesday, 26 August 2009

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : BILANGAN SAKSI !


Akta Keterangan


Seksen 134 – Bilangan saksi.



Peraturan umum.

Tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan dengan satu cebisan keterangan terus. Dalam hal itu sokongan tidak diperlukan jika keterangannya cukup kuat untuk membuktikan keterangan terhadap tertuduh di luar keraguan munasabah. Lagi pun bukan bilangan saksi yang penting tetapi nilai keterangan yang diberikan. Oleh yang demikian sekiranya keterangan seorang saksi mempunyai kesan bukti yang kuat ( strong probative value) maka ia boleh mensabitkan tertuduh tanpa sebarang keterangan bebas sokongan lain, kecuali dalam kes-kes sokongan diperlukan ( e.g rakan jenayah,kanak-kanak dan sebagainya).

Seksen 134 – bilangan saksi.

Seksen ini menyatakan tidak ada jumlah saksi tertentu diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta. Ini bermakna keterangan dari saksi tunggal, jika dipercayai cukup untuk membuktikan sesuatu fakta (Khaw Cheng Bok V Khaw Cheng Poon (1998) 3 MLJ 457), kecuali dalam kes-kes yang memerlukan sokongan. Kepentingan adalah kuanliti keterangan bukanya kuantiti keterangan. Seksen ini adalah mengikut Maxim : Testes Ponderantur non Numberantur –keterangan untuk dinilai bukan di kira (Evidence has to be weight not caunted).

Selagi saksi boleh di percayai mahkamah boleh mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan saksi ini.

Badri V State of Rajasthan [1976] 1 SCC 447 Hakim Goswami meneliti :

` Oleh kerana di bawah Akta keterangan bilangan saksi tidak diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta, sebagai peraturan undang-undang , adalah waras dan ketetapan diterima baik (well established) bahawa kualiti keterangan dan bukan bilangan yang diambil kira. Dalam setiap kes, mahkamah hendaklah menimbang sama ada berpuas hati dengan munasabah untuk bertindak di atas keterangan seorang saksi saja untuk tujuan mensabitkan kesalahan seseorang`.

Keterangan hendaklah dinilai bukan dikira.

MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun [1995] 2 MLJ 493.

Hakim Gopal Sri Ram `......Responden adalah satu-satu saksi yang dipanggil untuk membuktikan kesnya. Hakim nampaknya telah menerima keterangan tersebut. Diputuskan berdasarkan autoriti yang dirujuk adalah tidak perlu responden untuk memanggil saksi lain bagi membuktikan tuntutan umumnya.`.

Vadivelu Thevar V State of Madras AIR 1957 SC 617, Hakim Sinha.

`Undang-undang India ( dan juga Parlimen Malaysia) adalah mengikut pengecualian yang ada di bawah seksen 134. Seksen tersebut menggunakan maxim yang diterima baik ` keterangan hendaklah dinilai bukan dikira`. Undang-undang kita telah memberi pengiktirafan bahawa pentadbiran keadilan akan terganggu (hamper) jika bilangan saksi memberi keterangan dimestikan`.

Ram August Tewari & Ors V Bindeshwari Tewari & Ors AIR 1972.

`Keterangan setiap saksi hendaklah dinilai pada meritnya sendiri dan sekiranya tidak ada keterangannya atau keterangan dari saksi lain yang mencabar kebolehpercayaannya (discredit) ,maka keterangan tersebut tidak boleh dikira tidak boleh dipercayai atas alasan hanya seorang saksi sahaja dan tidak ada saksi lain yang menyokongnya keterangannya`.

Aziz Bin Muhamad Din V PP [1996] 5 MLJ 473.

Hakim Augustine Paul. `Seksen 134 Akta Keterangan ,1950 tidak perlu bilangan saksi tertentu untuk membukti sesuatu fakta. Seksen ini menyerlahkan maxim yang diterima baik ` keterangan hendaklah dinilai bukan dikira`.

Vadivelu Thevar V State of Madras AIR 1957 SC 614.

Hakim Sinha mengenai pembuktian keterangan yang perlu disokong :

1. Sebagai peraturan umum, mahkamah boleh bertindak di atas keterangan seorang saksi saja, walaupun tidak disokong. Keterangan seorang saksi yang boleh dipercayai mengatasi keterangan beberapa orang saksi lain.

2. Kecuali sokongan diperlukan di bawah undang-undang, mahkamah tidak seharusnya meminta keterangan sokongan, kecuali dalam kes yang di mana keadaan keterangan saksi itu sendiri memerlukan sokongan sebagai amalan baik dan praktik (prudence and practice). Keterangan tersebut seperti keterangan dari saksi kanak-kanak atau keterangan dari rakan sejenayah.

3. Sama ada sokongan diperlukan bagi keterangan seorang saksi sahaja, ianya mestilah bergantung kepada fakta dan keadaan setiap kes dan tidak ada peraturan umum boleh dinyatakan dalam perkara ini dan ianya banyak bergantung kepada budi bicara kehakiman seseorang hakim yang mengendalikan kes di hadapannya. ( sila lihat juga kes PP V Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (no.3), 1999 2 MLJ 1 ( HC).

Pendakwa tidak terikat untuk memanggil semua saksi-saksi yang dirakam kenyataannya.

PP V Teh Cheng Poh (1980) 1 MLJ 251.

Peguam menyatakan saksi PW2 adalah tidak boleh dipercayai dan berkepentingan dan keterangan tidak harus diterima oleh Mahkamah. Dia juga menyatakan pemandu kereta polis, Subramaniam dan Quek Kwang Hun tidak dipanggil oleh pendakwa. Hakim dalam kes ini telah merujuk kepada kes PP V Mohamed Ali (1962) MLJ 257 `


Apabila seorang saksi polis menyatakan sesuatu yang tidak mungkin, ianya terlebih dulu hendaklah diterima. Jika dia menyatakan seekor kambing melompat ke bulan, tentunya keterangan tersebut tidak boleh diterima, tetapi jika ia menyatakan seekor kambing merayau-rayau di sepanjang jalan utama di Kuala Lumpur, maka bukanlah justifikasi dengan ujian ringkas bagi tidak mempercayai keterangannya.


Memang sekiranya keterangan beliau bercanggah dengan keterangan lain atau tergugat semasa pemeriksaan balas, maka adalah tugas magistrate untuk memutuskan sama ada menerima atau menolak keterangan tersebut. Tetapi jika tidak ada percanggahan atau sebarang elemen yang tidak mungkin dari keterangan diberi secara bersumpah , sama ada keterangan dari saksi polis atau tidak, hendaklah pada biasanya diterima.

Khoon Chye Hin V PP [1961] MLJ 105.

Mahkamah rayuan telah menyemak semua autoriti dan membuat kesimpulan memanggil saksi adalah pada budi bicara pendakwa.

Samsudin V PP [1962] MLJ 45.

`Adalah jelas dari autoriti ini bahawa pendakwa mempunyai budi bicara untuk memanggil saksi dan juga jika tidak memanggil saksi material yang ada , maka mengalami bahaya anggapan seksen 114(g)`.

Sabitan hanya bergantung kepada keterangan seorang saksi.

Long Bin Samat & Ors V PP [1974] 2 MLJ 152 (FC).

Che Mat Bin Hj. Awang ( PW2) dalam perjalanan untuk memancing ikan di sawah padi di waktu malam. Apabila dinyalakan lampu suluh dia melihat 3 orang perayu yang dikenali sebelum itu. Pada masa itu hujan dan kadang-kadang petir. 3 Perayu yang bersenjata telah menyerangnya. Dia telah ditetak beberapa kali oleh perayu pertama dan selepas itu tidak sedar diri. PW3 datang dan melihat PW2 terbaring dan memberitahu seseorang telah bertanggungjawab atas kecederaannya, tetapi tidak memberitahu nama.


Kemudiannya ada orang lain sampai di tempat kejadian dan membawa PW2 ke hospital. Ketiga-tiga perayu telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksen 324 KK. Apabila dirayu telah dipertikaikan di antaranya keterangan PW2 tidak disokong. Hakim Ibrahim menjawab ` Magistrate yang terpelajar telah menjelaskan sebab-sebab penemuan keputusan dan terdapat keterangan yang mencukupi bagi menyokong penemuan/kedapatannya.


Di bawah seksen 134 Akta Keterangan ,1950 , tidak perlu bilangan saksi tertentu untuk membukti sesuatu fakta dan di dalam kes ini tidak ada saksi semasa PW2 diserang dan hanya keterangan PW2.Oleh kerana Magistrate telah menerima keterangan tersebut maka ia adalah mencukupi`.

Penghuni Gua : Semuga semua pelawat dan juga pelajar-pelajar dapat menafaat dari ini. Ia adalah sebahagian kuliah undang-undang semasa PG belajar masa muda-muda. Bacaan tambahan adalah wajib dan perlu.

1 comment:

  1. Saya minta Datuk Seri Najib kuatkuasakan ISA..Ini untuk menyelamatkan negara Malaysia.. Bertindaklah seperti Tun Mahathir dan bukan cara Pak Lah.

    Kumpulkan kekuatan Datuk Seri..Kita mahukan demokrasi terpimpin bukan demokrasi yang akan membawa bencana kepada negara yang tercinta ni..

    Langkah pendekar harus dibuka segera Datuk Seri sebelum keadaan tidak dapat dikawal lagi...

    Tangkap mereka yang boleh menimbulkan kekacauan di dalam nagara ini.

    ReplyDelete