Friday, 4 September 2009

BAIK DIAM AJELAH KJ ! MENYAMPAH !


Malaysiakini


Pemuda Umno mencadangkan agar perintah penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dibuat oleh menteri dalam negeri seperti sekarang.Sebaliknya, ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perintah tahanan tersebut hendaklah dikaji oleh mahkamah atau satu badan berkecuali."Ini juga supaya menteri dalam negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Baik anda diam aje KJ. Tugas anda memperkasakan pemuda dan menarik generasi muda mendekati UMNO. Juga cantumkan semula perpecahan yang ujud dalam pemuda. Itu tugas anda. Dah buat ke ?

2. Bab ISA ini biarlah mereka yang pakar sahaja memikirkan untuk mengubah sedikit sebanyak bagi menambahbaikkan bukan melonggarkannya.

3. Perinsip asasnya ialah ini adalah tindakan eksekutif. Semua sudaah lengkap dalam Akta ini. Perkara-perkara asas tujuan ISA ini adalah kejutan, kepantasan, dan keselamatan. Jadi jika mengubah dan ingin meminda ISA ini, perkara tersebut jangan dihilangkan.

4. Cadangan KJ tersebut yang hendak menghadkan kuasa menteri PG tak setuju. Juga dengan cadangannya untuk ujud satu majlis bagi membuat keputusan penahanan saspek. Jika kedua ini diujudkan melalui pendaan ISA ini maka tiada lagi 3 elemen di atas yang mana 3 elemen inilah yang menggerunkan dan menjadikan ISA berkesan sejak dulu. Mungkin perubahan dari segi perlanjutan tempoh tahanan di Pusat Tahanan atau kaedah kajian semula boleh dibuat kajian untuk pindaan.

5. Lain-lain perkara PG tidak setuju dipinda. Inilah satu akta yang telah , sedang dan akan menjaga ketuanan dan kelangsungan hidup bangsa dan Malaysia pada masa depan.

6. Fikirkanlah.

4 comments:

  1. Menang (tak kira lagu mana cara dia menang) tapi tak dilantik menjadi menteri atau sebagainya seperti kebiasaan sudah jelas satu pukulan buat KJ. So dia buat apa je yg dirasakan patut untuk sedikit publisiti dari tenggelam langsong!

    ReplyDelete
  2. HMMM.STUJU PENDAPAT BRO. BIARLAH MEREKA2 YG BERPENGALAMAN SELESAIKAN PERSOALAN NI

    ReplyDelete
  3. Menang tu menang la. Tapi orang dok perhati tengok. Kalau tak dilantik untuk pikul t/jawab tu faham2lah. Orang dah nampak tak bijak la tu. Janganlah jelas2kan lagi tak bijak tu.

    ReplyDelete
  4. ayat apa yang keluor dari mulut 'anak omak' ni macam tak berkenan je kawan dengor

    ReplyDelete