Tuesday, 15 September 2009

BEBAS ISA : SEMUA SALAH !





PUTRAJAYA: Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Jika sudah otak masing-masing kelabu asap maka semua yang kerajaan lakukan semuanya salah dan tidak betul.

2. Jika diperhatikan harakahdaily, blog-blog pengikut PR semuanya mengutuk pembebasan ini dan menganggap pembebasan ini ada kaitan dengan PRK Bagan Pinang Negeri Sembilan.

3. Tak bebas , mereka akan tunjuk perasaan berguling di atas jalan lintang pukang macam kena penyakit kuku dan mulut. Di bebas di katanya kerana ada tujuan-tujuan tertentu.

4. Bebas salah , tahan salah. Jadi inilah sifat hipokrit mereka ini. Hanya melihat semua perkara dari sudut politik. Itulah yang menjadi masalah dan pertikaian dalam banyak perkara walaupun dalam perkara yang begitu kecil.

5. Kepada kerajaan, jangan terlalu liberal sangat dalam beberapa perkara. Dalam hal-hal yang menyentuh kedaulatan dan keselamatan dan maruah negara , tindakan setegas mungkin wajar diambil dan dikekalkan.

3 comments:

  1. Salam bro,

    Kalau memang kerana PRK Bagan Pinang pun apa masalahnya? Suka hati la. huhuhu.....

    ReplyDelete
  2. sbb tu aku skrg meluat tgk org pakai kupiah atas pala. rasa nak ludah aje muka diaorg sbb bodo sangat. aku pon posa solat tahajjud tapi tak la biol mcm diaorg. pelik betul aku...

    kurang membaca agaknya. baca headline dah buat kesimpulan. lepas tu taksub buta.

    ucup
    klang

    ReplyDelete
  3. Kalau lah Nordin Mat Top di tahan ISA dulu dulu lagi, tentu ramai orang yang tak berdosa tak mati di Indonesia. Ingat setengah orang yang jadi mangsa bom di Indonesia tu adalah orang Islam.

    Jay
    PG

    ReplyDelete