Friday, 11 September 2009

CUBIT PAGI : MENGAPA PULA MEMBANTAH DEMO KEPALA LEMBU ?


Isu berkaitan perarakan kepala lembu oleh sekumpulan penduduk islam di seksyen 23 Shah Alam masih hangat.

2. Berbagai pendapat pro dan kontra diluahkan. Banyak dipolitikkan. Yang hendak ditonjolkan disini ialah hipokrasi beberapa pemimpin, parti politik, pemimpin NGOs, Majlis peguam, Pejuang hak asasi dan SUHAKAM. Mengapa mereka ini setengahnya diam dan sebahagiannya mengecam demontrasi kepala lembu ini?

3. Dahulu merekalah yang memperjuangkan hak asasi rakyat untuk berdemo dan sebagainya. Mengapa dalam kes ini mereka pula bising. Mana Majlis Peguam dan juga SUHAKAM terutama Sivasubramaniam. Mengapa membisu. Mengapa tidak katakan ini hak asasi membuta tuli yang anda perjuangkan sebelum ini? Mengapa bila berkaitan dengan islam dan orang melayu dan berkaitan dengan bangsa dan agama anda ia tidak dibolehkan ? Mengapa anda semua meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap pendemo ini dibawah akta Hasutan dan sebagainya?

4. Wal hal sebelum ini andalah semuanya yang begitu mendesak dan mengecam kezaliman akta ini dan meminta akta ini di hapuskan? Mengapa dalam kes ini anda pula mengesa supaya mereka ini dikenakan tindakan di bawah akta hasutan dan ISA juga yang selama ini anda kecam dan minta di hapuskan?

5. Anda sebenarnya rasis? BUkan memperjuangkan hak asasi sebenar rakyat Malaysia. Anda memperjuangkan hak asasi berpihak dan berkempentingan. Jika ia melibatkan perkara yang hal agama dan bangsa anda semua juga jika mempunyai kepentingan anda maka perkataan hak asasi tidak pula ditimbulkan.

6. Mana PKR, PAS , DAP dan sebagainya. Mana Mahfuz, TGNA, TGHH, DSAI, dan lain-lain semua yang sebelum ini begitu ke depan dalam memperjuangkan kebebasan berhimpun tanpa had ini? Mengapa dalam isu demo kepala lembu ini anda semua menentangnya? Jika inilah yang anda perjuangkan, bermakna tidak salah dan tidak jadi isu , mereka yang berdemo kepala lembu itu. Hak asasi katakan. Itu yang anda mahu dan perjuangkan oleh semua mereka ini. Biarkanlah. Mengapa membantah.

7. Sebenarnya , inilah hipokrasi dan munafiknya mereka yang disebutkan di atas. Mereka akan berwajah berlainan dan bertindak seperti sesumpah dalam isu yang sama.

8. Mujur dan bernasib baik Negara ini mempunyai berbagai akta seperti akta hasutan, ISA dan Akta polis, akta mesin cetak dan sebagainya yang mana golongan di atas sebelum ini begitu berusaha agar ianya di hapuskan dengan alasan ia melanggar hak asasi manusia. Mereka ini mengatakkan adalah menjadi hak rakyat dan dijamin oleh perlembagaan bahawa mereka boleh berhimpun.

9. Jika mengikutkan kepala mereka di atas, maka apa akan jadi jika sekatan-sekatan bagi perhimpunan dan memerlukan kebenaran pihak polis melalui akta di atas di mansuhkan? Tentunya negara akan terus huru hara.

10. Jadi kepada kerajaan: Selepas ini jangan melayan lagi desakan untuk memansuhkan semua akta -akta ini dan jangan sesekali membenarkan sebarang perhimpunan haram dengan ./ atas apa alasan sekali pun. Kebenaran polis adalah perlu. Mereka yang memperjuangakan kebebasan berhimpun tanpa had ini pun bukan ikhlas sebenarnya. Kebebasan berhimpun / hak asasi hanya dalam hal terpilih.

11. Jika kena bukan atas kepentingan mereka maka mereka menentang kebebasan berhimpun dan berucap. Jika menguntungkan mereka mereka halalkan dan mengecam kerajaan kerana menyekat mereka untuk berhimpun atau berucap.

12. Ini lah wajah sesumpah ini. Persetankan mereka ini. Mereka mempunyai agenda tertentu. Jangan layan desakan mereka ini untuk menghapuskan akta ini dan juga permintaan dan desakan mereka untuk berhimpun dan berucap tanpa had dan batas. Mereka sebenarnya hipokrit.

13. Mengapa perlu mengecam perhimpunan kepala lembu kalau sebelum ini sesumpah inilah yang memperjuangkan kebebasan mutlak berhimpun dan berucap? Pandangan AIM hari ini ada kebenarannya dan ada kaitan dengan tulisan ini:

Amnesty International Malaysia (AIM), bantah keputusan dakwa peserta demonstrasi.

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Sebuah pertubuhan hak asasi manusia hari ini membantah keputusan pihak berkuasa untuk mendakwa peserta demonstrasi bagi membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam, dekat sini di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 27 Akta Polis.

Penyelaras Kempen Amnesty International Malaysia (AIM), K. Shan berkata, pihaknya berpendapat Akta Hasutan dan Seksyen 27 Akta Polis adalah undang-undang sembarangan yang menghakis kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun di negara ini.

‘‘Semua pihak harus diberi kebenaran untuk menganjurkan perhimpunan awam. Ini adalah hak asasi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

14. Kesimpulannya: kepada kerajaan ; selepas ini teruskan mengambil tindakan tegas atas semua perhimpunan haram ini tanpa sebarang keraguan. Jangan sesekali melayan desakan sesumpah ini. Mulut mereka dan wajah mereka akan berubah mengikut isu. Kadang kala mereka lupa apa yang mereka cakap dan perjuangkan sebelum ini.

15. Kadangkala kita pun gelak memikirkannya. Pejuang-pejuang hak asasi ini sebenarnya lebih perkauman dari kami semua diluar ini. Cuma kelebihan mereka mereka pandai memperdayai rakyat dengan mengubah warna mereka. Hanya AIM tu aje yang firm dengan pendirian: NGOs dan pemimpin serta parti politik lain hanyalah pelacur-pelacur hak asasi manusia.

6 comments:

  1. Salam sejahtera,
    Janganlah salah pemimpin kaum bukan Melayu dan bukan Islam dlm hal ini. Dah memang mereka mahukan negara ini diserahkan kpd mereka dan orang Melayu merempat sebagaimana Melayu di Singapura.
    Oleh itu jangan haraplah mereka berlaku adil atau benar-benar memegang janji. Mereka ini adalah komunis dan zionis yg bermerajalela kerana tidak ada apa yg mereka takutkan.
    Yang salah ialah pemimpin Melayu/Islam sendiri. Yg berkuasa takut gunakan undang-undang yg ada ditangan, sementara yg membangkang sanggup jual negara, agama dan bangsanya kerana sekelumit kuasa yg belum tentu membolehkan mereka benar-benar berkuasa.
    Melayu bunuh Melayu, Cina dan India yg akan dapat menguasai negara. Mungkin ISA dah jandi KHUNSA.

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    Sebab itu kawan turun juga berdemontrasi semasa gerakan sokong ISA Ogos dulu walaupun ianya HARAM.
    huhuhu.......

    ReplyDelete
  3. http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/isu-kecoh-kuil-tak-timbul-jika-pbt-dan.html

    salam dijemput baca ulasan hamba di sini

    ReplyDelete
  4. salam,

    Pada hemat saya yg bukan dr kacamata pengamal undang2 kuat mengatakan bahawa pertuduhan yg dikenakan kepada 'wira2'seksyen 23
    adalah lemah dan boleh dicabar lagipun tiada tangkapan dibuat pada hari tersebut dan segala arahan polis dipatuhi oleh mereka!

    Tahniah kpd peguam dato Salahudin dan rakan2 yg lain kerana bersetuju ambil kes tersebut.Cadangan saya agar ada individu atau pertubuhan2 yg ambil inisiatif utk tubuhkan 'tabung membantu wira sek 23' ini kerana ada ramai lagi umat Melayu diluar yg bersedia berkorban wang ringgit utk membantu!!

    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  5. kepada anak jati: jangan bimbang. semua wira ini akan terlepas di bawah akta hasutan. pijak dan bawa kepala lemu tidak membawa erti apa-apa jauh sekali menghasut. itu cuma persepsi. mereka akan terlpas dari tuduhan hasutan. tuduhan dibawah akta polis mungkin lah kena / demo haram. tapi tak berapa ringgit pun. mungkin dalam rm 500 denda. itu sahaja. jadi jangan bimbang . kadangkala kerajaan nak redakan isu ini sahaja. berbagai kaedah dibuat. insyaallah mereka semua itu akan terlepas. jangan bimbang.

    ReplyDelete
  6. heheh.memangla..bila kene bab PR,korang kata tak bertamadun la ape la..bila kene kat batang idung sendiri korang kata membela melayu kononnye.adik aku darjah 6 pun tau lembu binatang suci kaum Hindu..kalau diorang bawak kepala tu waktu demo hal lain aku bole terima..tapi diorang buat bantahan kuil..budak bodoh pun bole faham diorang nak hina kaum hindu..
    hal ISA tu korang takyah la nak besa2 kan..naik muak aku baca..ni pun tak tau publish ke idak..PR,NGO dll yang tentang akta zalim tu bukan nak surh sangt pendemo kepala lembu tu masuk ISA..diorang nak cakap yang akta ISA ni takkan digunakan pada puak2 UMNO je..tak paham2 bahasa lg ke?diorang cakap kalau akta ISA tu adil,kenapa tak digunapakai kat puak UMNO?kenapa???takyahla nak temberang kalau nak kata pendemo tu pijak kepala lembu tu untuk buktikan yang kerajaan negeri bodoh..takyahla nak tipu melayu..
    sungguh memalukan bila ada melayu yng bodoh masih percayakan UMNO sebagai pjuang agama Islam..dah terang2 tolak Islam..selagi Rosmah tak pakai tudung, takyah cakap la UMNO pejuang Islam..takyah cerita bab rasuah,babkapal selam,bab altantuya..tengok yang asas dulu.korang tengok sendiri pemimpin korang (Najib) tu mampu tak jalankan kewajipan sebagai ketua keluarga..nak suruh isteri sendiri pakai tudung pun tak mampu..apatah lagi nak pejuangkan Islam..salam ramadhan..
    SyahKgSbg

    ReplyDelete