Tuesday, 1 September 2009

GARIS PANDUAN PEMBINAAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM : JABATAN PERDANA MENTERI !



SULIT


Dipetik dari laman : Jabatan Perdana Menteri


1.Latar Belakang

1.1 Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada berbagai bangsa dan agama. Mengikut Perlembagaan Negara dalam Perkara 3 Agama Islam ialah Agama bagi negara tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian di Malaysia. Peruntukan ini adalah hasil persetujuan yang dicapai dikalangan rakyat Islam dan bukan Islam di negara ini bagi menjamin negara mendapat kemerdekaan dari British. Persetujuan ini juga dibuat secara sedar oleh rakyat dan pemimpin negara ini di masa itu memandangkan salah satu syarat yang dikenakan oleh British untuk mendapat kemerdekaan ialah keharmonian beragama di negara ini. Agama Islam telah dijadikan agama negara di dalam Perlembagaan Negara ini dan diterima oleh semua rakyat menunjukkan kedudukan Islam pada masa itu dipersetujui sebagai suatu penganut yang dominan.

1.2 Sejak merdeka semangat inilah yang telah menjadi faktor utama di dalam mengekalkan stabiliti perhubungan antara kaum di negara ini. Setelah tiga puluh tahun mencapai kemerdekaan, negara telah berkembang dengan begitu pesat. Di antara kemajuan yang dicapai oleh negara ialah berkembangnya industri perumahan. Terdapat banyak kawasan-kawasan perumahan telah dibuka oleh pemaju-pemaju swasta dan separuh kerajaan. Berkembangnya industri perumahan ini telah menimbulkan masalah pembinaan rumah ibadat bukan Islam sehingga menjadi satu isu yang serius. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah banyak menerima aduan tentang rumah-rumah ibadat bukan Islam yang didirikan di tempat-tempat yang tidak sesuai sehingga boleh ditafsirkan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam tersebut mencemar dan mencabar kedudukan Islam dan umatnya di negara ini.

1.3 Sebenarnya masalah pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini telahpun dibincangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke 12 pada 21 – 22 Januari 1985. Bagi mengatasi masalah di atas berikut ini diperturunkan cadangan garis panduan membina rumah-rumah ibadat bukan Islam berdasarkan keputusan muzakarah tersebut.

2.Cadangan Garis Panduan

2.1 Dengan mengambil ingatan agama Islam adalah agama negara dan agama lain boleh diamalkan dengan aman damai berdasarkan Perkara 3 di dalam Perlembagaan Negara, maka adalah disyorkan garis panduan seperti berikut:

2.1.1 Sekiranya mereka (orang-orang bukan Islam) hendak mendirikan rumah ibadat mereka di atas tanah yang mereka miliki boleh dibenarkan dengan syarat tapak tersebut terletak di dalam kawasan majoriti penduduk bukan Islam mengikuti keperluan penganut agama mereka.

2.1.2Semua permohonan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam hendaklah dirujukkan kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi mendapatkan pandangan serta apa-apa keputusan mengenainya.

2.1.3Pihak Berkuasa Tempatan yang hendak meluluskan pembinaan rumah ibadat bukan Islam hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan/pandangan jawatankuasa kemajuan kampong di mana rumah ibadat tersebut hendak didirikan.

2.1.4 Permohonan orang-orang bukan Islam untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan majoriti orang-orang Islam tidak boleh dibenarkan walaupun di atas tapak kepunyaan mereka.

2.1.5 Pihak berkuasa tempatan hendaklah benar-benar mempastikan jumlah bilangan penduduk bukan Islam di kawasan berkenaan sebelum meluluskan sebarang permohonan rumah ibadat bukan Islam. Ini adalah untuk mempastikan pembinaan rumah ibadat tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk berkenaan.

2.1.6Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah bertindak tegas terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang didirikan tanpa kebenaran ataupun yang didirikan di atas tapak yang tidak diluluskan oleh Kerajaan.

2.1.7Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mempastikan jarak di antara sebuah rumah ibadat dengan sebuah rumah ibadat yang lain tidak kurang daripada 1 kilometer. Jarak minima ini hendaklah dikenakan kepada semua rumah ibadat sama ada rumah ibadat Islam ataupun sebaliknya.

3.Penutup

Masalah pembinaan rumah-rumah ibadat ini adalah masalah sensitif dan pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas berdasarkan kepada panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Kegagalan melaksanakan prinsip ini adalah ditakuti akan mencetuskan perkara-perkara yang akan mengugat kestabilan perpaduan kaum di negara ini.


Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri
Kuala Lumpur
17 Julai 1987

Penghuni Gua : Peraturan sudah ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Jadi ikut sahajalah agar keharmonian terjalin. Yang jadi kecoh ini kerana masing-masing pakai otak sendiri dan ingin menjadi juara agama dan kaum masing-masing. Inilah jadinya.

5 comments:

  1. Peraturan dah jelas, tp depa tu dungu sengaja nak 'usik' toleransi yg dah kita bagi. Asal mimpi jer depa dok bangun buat tmpt sembhyang..udahnya tepi jln, tepi parit,tepi longkang,atas bukit,tak kira mana tmpt tanah org semua depa singgah.

    ReplyDelete
  2. salam bro...
    dorang tu..x tau peraturan ke..atau bodoh sombong
    atau saje.. ada ajenda nak halau orang melayu/muslim

    ReplyDelete
  3. Dah jelas dah. Isu2 ini semua ini bukan terjadi. Tetapi memang sengaja dirancang dalam Master Plan pengkhianat negara Annuar Ibrahim pakar rusuhan yang bijak membaling najis sendiri kepada orang lain. Semua cara untuk mencapai kuasa dah gagal. Beliau cuma ada satu cara je dah lagi. REVOLUSI. Dan sahabat2 dia diluar sana sedang menunggu peluang untuk membantu. Kerja mereka cuma nak cetuskan rusuhan yang agak besar sikit je.

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..LEPAS NI BLEY KE PAS TERIMA? KWN MUSYKIL LA SBB PAK AJIS NI ULALAMAK SPIN

    ReplyDelete
  5. salam bro.. so cemane pula kalau gereja2 yang sewa kat block kedai taman2 perumahan? adakah tertakluk pada peraturan diatas?

    Shafinas - Sg.Kantan, Kajang

    ReplyDelete