Thursday, 3 September 2009

KUIL SEKSYEN 23 DAN KEPALA LEMBU : SIAPA LEBIH CERDIK !


HARAKAHDALY

1. Khamis 3 September 2009 13 Ramadhan 1430 Hijrah
Kepala Lermbu: Laporan Polis terhadap Hishamuddin
Nazri Abdullah Thu Sep 03, 09 11:35:34 am MYT



[KEMASKINI] PETALING JAYA, 3 Sept: Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor hari ini membuat satu laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya dengan 'memberi perlindungan' kepada kumpulan yang memprotes pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.Laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Petaling Jaya tengahari tadi diketuai Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago Berita lanjut : KLIK

2. Khamis 3 September 2009 13 Ramadhan 1430 Hijrah
Khalid cabar Hishammuddin bersemuka

Abdul Aziz Mustafa Thu Sep 03, 09 9:54:52 am MYT



KUALA LUMPUR, 3 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

"Kalau betul Hishammuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir berjumpa dengannya supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata beliau.


Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lihat dua berita dari akhbar Harakahdaily di atas. Dua berita berkaitan pembinaan kuil hindu di seksyen 23 Shah Alam dan perarakan kepala lembu berkaitan dengannya.

2. Pertama pemimpin Pakatan Rakyat termasuk exconya Xavier ( yang meluluskan pembinaan kuil ini ) membuat lapuran polis berkaitan pertemuan dato Hishamuddin dengan penduduk Shah Alam yang berdemo berkaitan pembinaan kuil tersebut. Katanya Hishamuddin memberi perlindungan kepada penduduk yang membuat bantahan tersebut. Berita keduanya YB Khalid Samad ( juga yang bertanggungjawab meluluskan pembinaan kuil tersebut ) pula mencabar Hishamuddin untuk bersemuka kerana dikatakan Hishamuddin memihak.

3. Cerdikkah mereka ini? Mana lebih cerdik Dato Hishamuddin atau 2 ekor pemimpin PR ini. Sekurang-kurangnya Hishamuddin cuba mencari damai dan jalan agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan keadaan menang, menang.

4. Harapkan mereka berdua? Haram tak jadi apa pun. Yang mereka tahun mencabar, berdebat, menuduh orang lain , membuat lapuran polis, tunjuk perasaan : itu memang mereka pandai. Juga mereka amat pakar dalam cetuskan masalah.

5. Kalau nak tunggu pemimpin ini selesaikan? Haram tak ada. Masing-masing menuding jari dan bersilat kiri dan kanan. Akhirnya MB tolak kepada MBSA dan Pejabat Tanah untuk selesaikan dan berjumpa penduduk untuk berdailog. Pemimpin ini dan pemimpin PR Selangor? Nak jumpa penduduk pun takut.

6. Apabila DYMM menitahkan MB selesaikan isu kuil ini, barulah tergesa-gesa nak adakan dailog ( terpaksa ) dan barulah dengan berat hati MB dan pemimpinya aturkan perjumpaan pada 5 sep ini di satu dewan yang mat jauh dari seksyen 23 Shah Alam.

7. Pada PG, Hishamuddin lebih bijaksana dari kedua mereka ini dan dari pemimpin PR Selangor. Sekurang-kurangnya Hishamuddin berani berjumpa kedua pihak untuk selesaikan masalah. Jika harapkan PR Selangor ! Bertumpah darah dululah .

8. Mereka ini hanya pandai timbulkan dan buat masalah sahaja. Nak seslesaikan masalah langsung tak berotak. Orang lain cuba selesaikan diherdik dan dikacau . Mungkin Khalid Samad dan Xavier ini berotak secerdik lembu aje kot. Harapkan Rodziah dan Dr Hassan Ali? Bercakap dan baca Hadis dan Ayat Quran untuk halalkan perkara haram boleh lah.

9. Hampeh aje mereka ini.

7 comments:

  1. SLM BRO...KLU ADE PART LUDAH MELUDAH..KWN NAK JOIN LUDAH MUKE KHALID DLU!..HARKK PTUIHHH!!!

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    Ini satu tindakan cerdik Hishamuddin. Kalau selalu buat tindakan cerdik spt ini, kawan akan tarik balik gelaran 'hisham pondan' daripadanya . hehehe

    ReplyDelete
  3. nampak memang pr ni x bijak..x layak memerintah..
    perkara macam itu pon x reti nak selesaikan...
    ini baru negeri2 bawah pakatan..
    jangan berangan nak memerintah negara kalau sekecil itu pon x tau...

    manbp

    ReplyDelete
  4. ini bukan tindakan cerdik, tp ini tindakan bangang, sebab panggil sebelah pihak saja bercerita dan terus buat kesimpulan. pulak tu, mamat2 yg jumpa hisham @ mat lembut semuanya kaum dalam umno. apa barang, beb! cite klu setakat takde fakta n tak tau hujung pangkal confirm la hang pun sama bangang jugak.

    ReplyDelete
  5. yela2 hishamuddin cerdik.....
    mmg niat hishamudin nak damaikan..
    tp 2 org puak PR ni..minta hishamudin tampil bersemuka..bukan minta hishamudin berperang..
    Yela BN dah perintah 52 tahun...
    PR perintah baru satu penggal..harusla ada salah silap..
    kalu org dah 52 tahun dok bw F1 nak banding ngan org yg baru nak belajar pandu F1..mmg la kalah..fikir logik la..

    len la kalu BN wat salah tp PR wat betui sbb BN dah perintah 52 tahun..

    kalu ada pertandingan meludah..aku nak ludah kat org yg mengomen ni...

    ReplyDelete
  6. Hi. I’m Isaac. My friends kept asking me about the site for the temple in my housing area (Section 23) & I’ve told them. They came. They saw. They make their own assessment. Now, I’d like to make an open invitation to all Malaysians regardless of religion, political party or race to come here and have a look at the location that was earlier approved by the Exco’s. The direction is very simple. Upon entering Section 23, you will see the electrical shop, Seng Heng on your right; you turn left into Jalan Bonus. At the end of Jalan Bonus, there’s a t-junction & you make another left turn. You won’t miss it. The trees of the said location were recently cut down by pkns after the ‘fiasco’ at mbsa. Maybe then, others will understand why the Malays and Hindus of Section 23 acted the way they did.
    Lastly, I’d like to wish all my Muslim friends a merry raya & have a wonderful holiday ahead. May we continue to live in peace & harmony. Amen.

    ReplyDelete
  7. HOI KUTU BERAHAK..KO MEMANG KUTU BERAHAK...APA KATA KO OFFER MEREKA BUAT KUIL ATAS TANAH KO (ITU PUN KALAU KO ADA TANAH). KEPALA DAN OTAK LEMBU LE KO AND THE GENG...MENTANG2 KENA BATANG HIDUNG ORG LAIN KO MAIN SOKONG JE...BAGI ALAMAT KO AKU NAK CADANG PADA MB KO BUAT DEPAN RUMAH KO ...ADA BERANI??

    ReplyDelete