Wednesday, 16 September 2009

OLE-OLE RAYA SHAMSUL AMK : SALAH SASARAN !


Malaysiakini


Ole-ole raya PKR untuk saudara Rosmah

author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanSep 16, 0912:57pm


kemaskini 3.04pm Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ishhh! Prihatinnya dia. Prihatin sungguh si Shamsul Iskandar tu. Cuma salah sasaran untuk dibantu. Yang lebih afdal ialah :

i. Isteri ( mualaf vietnam ) ADUN PAS di Kelantan yang menuntut RM 3 juta yang mana sehingga kini terpaksa ditanggung sara hidup sementara menunggu perbicaraan selesai ( diganggu oleh anak ADUN tersebut lagi ) oleh jabatan Agama islam Kelantan. Inilah yang amat-amat layak dibantu. Bantu isteri rakan karib PR sendiri. Kan lebih afdal.

ii. Isteri Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis yang didera seks dan lain-lain oleh suaminya pada tahun lepas dan masih dalam tindakan mahkamah sivil dan syariah di Perlis. Sehingga kini tak ada pun seorang dari pak-pak lebai PAS dan PR apa lagi pak lebai DAP datang membantu seperti menawarkan bantuan guaman dan sebagainya. Apatah lagi melawat. Seekor pun dari muslimah termasuk Muslimah Pusat PAS. Jengok pun tidak. Dok le kawan tu di rumah saudara mara tanpa pembelaan. Inilah yang amat afdal dibantu.

iii. Juga amat afdal dibantu ialah kepada bekas isteri kedua Rohaizat ( calon Permatang Pasir ). Ketua Dewan Pemuda PAS ( si Tantawi tu ) dah berjanji berbagai perkara dengan keluarga isteri keduanya semasa PRK dahulu. Sekarang mana janjinya yang kata nak membantu. Takkan mulut ustat dan berserban serta bertanda hitam di dahi boleh berbohong. Dulu katanya prihatin membantu wanita malang. Sekarang bagaimana?

iv. Membantu 3 manusia yang parah serta lumpuh akibat kemalangan di kawasan Rawang semasa dalam perjalanan untuk hadir demo GMI bagi membantah ISA 2 bulan lepas di Kuala Lumpur. Mereka tu dari Pulau Pinang. Seekor pemimpin tak berkokok langsung dan menjengok terus selepas kejadian tersebut. Hari kedua kemalangan ada le sekerat dua pemimpin PR dan PAS buat sibok dan tubuh tabung derma. Sekarang ! tabung duit tu pun tah kemana dan berapa sen aje yang dapat. Tak ingat pun dah. Kesian. Ini yang amat afdal dibantu.

v.. Juga yang layak dibantu dan menerima bantuan ialah 3 ahli PKR yang dituduh di bawah akta hasutan dan berdemo haram dibawah akta polis berkaitan isu kepala lembu di seksyen 23 Shah Alam. Itu lah yang patut AMK bantu. Ada ke menjengok mereka ini bagi bertanya khabar dan menawarkan bantuan ?

vi. Juga yang amat layak dibantu ( banyak lagi sebenarnya tapi biarlah sebut yang ini dulu ) ialah mereka yang dikencing oleh DSAI bahawa 16 sep 2008 bahawa dia akan ke Putra Jaya sebagai PM. Ramai juga yang masuk hospital kerana sakit jantung akibat terkejut 16 sep tak menjadi. Inilah yang patut di bantu.

2. Inilah senarainya. Jika masih belum: jangan lah cuba berpolitik dan hipokrit dan munafik di bulan yang mulia ini. Menyampah dan suka dek orang. Kepada si Shamsul tu : apa kurangnya kehidupan keluarga dan saudara maranya. Semuanya berada dan mewah ke dan semuanya kaya ke. Adakah Shamsul sudah melawat dan ziarah semua keluarganya? ...............Dia hanya jengok seorang dua bapa dan mak saudara aje. Yang lain hampas tak jengok pun. Cakap aje lebih

4 comments:

  1. Eh Macam tu kerja mereka ni. Nak tunjuk kata dok buat baik (pahala la tu) pun sasarannya tujuan politik juga ? Sasaran sewajarnya terabai ? Kata orang Kelantan: "...tu nak kecek pahala dari Tuhan tu..."

    ReplyDelete
  2. Sekiranya di kira markah 1 - 10 dari sudut keikhlasan dalam memberi bantuan, agaknya berapa Shamsul ni dapat? 1 = tak ikhlas, 10 = ikhlas.

    Rasa-rasanya 1 sebab kalau nak bantu tak payahlah cakap politik.

    ReplyDelete
  3. Apa kata kita pula `bantu' sipolan-sipolan di no i hingga v di atas. Tengok apa reaksi mereka pula.

    ReplyDelete
  4. pemuda AMK tak nak bantu anak Mahfuz ke? siannn ...

    ReplyDelete