Saturday, 5 September 2009

PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM : ADAKAH KITA HENDAK JADIKANNYA SATU INDUSTRI?


Penghuni Gua : Sudah lama PG nak tuliskan mengenai pengurusan jenazah orang islam sejak kebelakangan ini. Perkara ini mula PG lihat pada 1990 lagi iaitu di Masjid Saidina Abu Bakar Di Bangsar Kuala Lumpur. Isunya jenazah orang islam dari urusan kapan hinggalah ke pengkebumian di kenakan bayaran lebih kurang RM 3000.00 ( termasuk mengaji Quran di kubur ). Itu dulu sekarang tak tahulah berapa bayaran yang dikenakan oleh Masjid ini.

2. Keduanya yang menyebabkan PG ingin menulis isu ini apabila berlaku kematian kawan di Terengganu tahun lepas. Bila tiba waktu sembahyang mayat, satu kumpulan berjubah putih dibawa masuk khas untuk sembahyang jenazah dengan bayaran tidak silap PG RM 250.00. ( Adakah doa kumpulannini lebih diterima Allah berbanding doa dari anak yang soleh dan sembahyang dari jemaah kariah si mati? ).

3. Begitu juga di Melaka, ada kumpulan tertentu yang dalam pengetahuan Majlis agama Islam Melaka iaitu kumpulan Asnor . Kumpulan ini hanya kumpulan yang mengenakan bayaran untuk mandikan jenazah dan kapankan jenazah sahaja. Kalau jenazah HIV RM 480 kalau jenazah biasa RM 380.

4. Isu yang PG nak bangkitkan ialah boleh dan dibenarkan oleh islam ke , memandikan jenazah, kapankan dan sembahyang jenazah untuk orang islam ini dikenakan bayaran ini. Bukankah ini fardhu Kifayah. Mengapa nak dibebankan keluarga si mati dengan beban kewangann ini? Bukankah haram kita makan dan minum sekali pun di rumah keluarga si mati. Apatah lagi untuk mengambil wang ringgit dari mereka?

5. Kalau di Melaka ia dalam pengetahuan jabatan agama kegiatan kumpulan ini kerana kursus mandi jenayzah kumpulan ini dilantik dan diberi latihan oleh Jabatan agama islam Melaka.

6. Mengapakah gejala ini berlaku. Seolah setiap kematian orang islam hendak dijadikan satu perniagaan dan industri seperti mana kematian dalam agama kristian dan agama buddha. Nampak gayanya dalam 10 tahun akan datang ini, kalau kita semua ini tak RM 10 ribu maka tidak boleh kita semua ini mati. Kalau mati pun tak bertanam dan tak berkapan kita. Mungkin bertelanjanglah mayat kita semua dikebumikan. Juga mungkin tak ada lagi orang nak bersembahyang mayat kerana semuanya berduit.

7. Yang PG tahu Islam hanya benarkan dan mengharuskan upah diterima dari kematian orang islam ialah dalam hal menggali kubur sahaja. Lain-lain bayaran diharamkan kerana menjadi kewajipan yang hidup untuk menyempurnakan jenazah ini. Bukan membebankan keluarga si mati.

8. Atas apa pun alasan berkaitan pengurusan jenazah ini sesen wang pun tidak boleh diambil dari keluarga si mati atau berkaitan dengan kematian orang islam .Ia fardhu kifayah dan kewajipan yang hidup bagi menyempurnakannya. Kematian bukan perniagaan. Tugas kariah si matilah menguruskan jenazah ini. Bukan dibebankan dengan beban kewangan kepada si mati dan keluarganya. Jika masih berlaku , apa bezanya agama islam dengan agama-agama lain?

9. Mengapa ulama islam masih membisu dan setengahnya membenarkan is berlaku dan sebahagian lain mereka yang mahir ilmu agama juga terlibat dalam kegiatan haram ini?

10. Pohon komen dari pihak yang bertanggungjawab. JANGAN JADIKAN KEMATIAN DIDALAM KALANGAN ORANG ISLAM SEBAGAI SATU ISDUSTRI WALAUPUN IANYA AMAT BERDAYA MAJU. JANGAN SESEKALI LAKUKAN DAN MELACURKAN AGAMA SUCI INI.

11. Jangan jadikan alasan sedekah, pemberian saguhati, dan sebagainya bagi menghalalkan kegiatan haram ini.Layakkah mereka ini menerima sedekah?

3 comments:

  1. Saya besetuju pendapat PG didalam perkara ini.

    Tetapi masaalahnya ialah ramai dikalangan penduduk dibandar-bandar besar yg tidak mempedulikan persekitaran masyarakat.

    Bagi mereka wang yg mereka miliki adalah segala-galanya.

    Mereka pergi kerja dan balik, serta tidak mempedulikan jiran lagi.

    Oleh itu jika kita mahu ikut diper. no.8 itu, memang hanya akan menguntungkan mereka dari golongan ini sahaja.

    Kerana itu Per.no 8 itu hanya relevan kepada org yg susah sahaja, beri pengecualian kepada keluarga org susah.

    ReplyDelete
  2. PG,
    Saya dah lama tertanya2 mengenai E-Jenazah (ada iklan di billboard di PLUS). Ini agaknya juga satu industri, bukan lagi fardhu kifayah. Kena buat sesuatu. Ada yang tak kena ni.

    ReplyDelete
  3. harap2 perkara itu tidak berterusan.Oleh itu,pihak2 berkenaan kenalah prihatin terhadap masalah ini.berilah kursus pengurusan jenazah dan ianya perlu dipraktikkan sesuai dengan fardhu kifayah.

    ReplyDelete