Tuesday, 29 September 2009

PRK BAGAN PINANG : TAN SRI ISA SAMAD CALUNNYA!


Penghuni Gua ucapkan tahniah dan selamat bertanding kepada Calun BN bagi PRK Bagan Pinang iaitu Tan Sri Isa Samad. Selamat bertanding dengan berhemah dan semuga boleh membawa kebaikan kepada DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan Negara.

2. Tak ada isu sebenarnya tentang calun ini. Isa sudah jalani hukumannya. Apa masalahnya. DSAI pun pernah dipenjara ( dilepaskan pun bukan tak salah tetapi kekurangannbukti untuk sabitan I dalam kes liwat. Tu pun masih ada satu lagi kes liwat. Apa kurangnya yang lain. Mat Sabu, Tian Chua, Manoharan, Gobala, Eli dan lain-lain. Baik sangatkah mereka ini.

3. Apa kurangnya YB Ronnie . Bandingkan Isa dengan Ronnie Liu tu dan juga dengan Mat Sabu atau dengan Eli Wong, baiklah lagi Tan Sri Isa.

4. Isa tidak ada masalah untuk menang di DUN Bagan Pinang. Cuma persepsi jangka panjangnya kepada BN pada PRU13 mungkin memerlukan BN/UMNO bekerja lebih keras bagi menghilangkan persepsi kurang baik mengenainya dan BN/UMNO.

2. Semuga PRK ini berlangsung dalam keadaan aman dan damai.

6 comments:

  1. TAHNIAH UMNO....

    AKU DAH SERIK NAK SOKONG UMNO.
    SEOLAH-OLAH RASUAH SUDAH JADI DARAH DAGING UMNO.

    AKU KECEWA DENGAN SIKAP PIMPINAN UMNO, CENDERONG MENGAMALKAN RASUAH DALAM HIDUP MEREKA.

    BETUL LAA...
    APA YANG ORANG KATA...
    UMNO DAN RUSUAH SEPERTI IRAMA DAN LAGU.

    AKU KECEWA...
    AKU SEDIH....
    UMNO TETAP UMNO seperti DAHULU....
    RASUAH DAN UMNO...
    SEPERTI KULIT DAN ISI....

    SEDIHHHHHHHHHHHHHH..
    KECEWA............

    BUANG MASA,
    BUANG TENAGA....
    SELAMA INI, AKU DITIPU.....
    HARAPKAN UMNO....
    UMNO TETAP MACAM DAHULU...

    Rintihan ADAM AMIN
    Kg Jerlun,
    Kedah

    ReplyDelete
  2. Memang patik rasa bangga umNO terus bertahta d Negeri Sembilan. Tiada negeri dalam Tanah Melayu yang mampu bertahan dengan adat melainkan Negeri 9. Bangganya Patik yang mewarisi adat pepatih tinggalan melayu yang masih subur. Moga Allah menyelamatkan umNo di negeri pepatih ini...

    Namun patik sedikit terusik bila Mahyuddin yang menjadi wira mempertahankan melayu akhirnya layu dengan desakan rakan melayu di Bagan Pinang. Patik tak tahu macammana nak berbangga dengan calon parti Melayu patik . Nasihat Tun Mahathir seakan tak dipeduli. Apa sebenarnya penyakit parti patik? apakah Isa membeli mereka sebagaimana Isa membeli perwakilan dalam pemilihan parti patik dulu? Kalau itulah harga rakan melayu patik, patik tak heran jika Bagan Pinang terlepas kepada pembangkang parti kahwin haram.

    Kenapa Tun Mahathir yang ikhlas menasihat tak dipeduli? Patik amat berharap Tan Sri Muhyidin mampu bertahan. Patik tak langsung mengharap kepada Datuk Najib kerana patik tahu tekanan umNO bahagian terhadap Datuk Najib yang pastinya bimbang ugutan bahagian Bagan Pinang. Datuk Najib tentunya mengelak parti melayu kecewa lagi...Percayalah..pemilihan Isa menjadikan pembangkang kahwin haram akan memiliki kelebihan sebagaimana di Permatang Pasir.

    Di mana keberanian Tan Sri Muhyidin menghadapi tekanan rakan patik di Bagan Pinang? Ternyata melayu Bagan Pinang terlalu murah harganya ... kalau tidak takkan jasa dan kebijaksanaan Tun langsung tak dipeduli. Tun bukan hanya memberi isyarat namun Tun jelas memberi nasihat... mungkin duit Isa masih berbaki untuk membeli JK bahagian yang tentunya lebih murah dari perwakilan persidangan dulu.

    Kecewanya patik dengan pengemumuman Muhyidin ini...apapun patik harap Tun Mahathir tak kecil hati dan membawa diri ... Percayalah kami amat menghargai nasihat TUn namun apakan daya.....

    Moga lahir melayu yang leih tahan diuji dengan wang ringgit kerana sayangnya kepada bangsa...

    ReplyDelete
  3. Salam, buat anon, apa yang terlalu sedih, kalau dah tak minat nak buat macam mana, UMNO juga pikir hak pengundi dan masyarakat Melayu di Bagan Pinang yang mahukan Tan Sri Isa Samad, mereka lebih kenal siapa hati budi Tan Sri Isa.

    Apa ? pemimpin PAS khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis terlalu bagus ke ?

    Hanya bagi yang jumud pemikiran sahaja yang tak kenal iblis disebalik serban dan jubah......

    ReplyDelete
  4. betul tu. anwar yg liwat pon diangkat tinggi oleh juak2 PAS...eee geli eden...

    isa dah bersih dah dihukum, lagi pon dia dihukum oleh mahkamah umno bukan mahkamah civil cam nuar tuu....

    cthnya kalau musim pertandingan umno, ahli yg bertanding tak leh buat kenduri. kalau buat juga boleh digantung.

    tapi ahli PAS brapa byk yg bertanding buat kenduri, cuba cerita sket. melambak2, buat kenduri, kempen, selit duit dlm yassin dll.

    sendiri mau pikir laaa..... PAS sudah tak relevant.

    salim

    ReplyDelete
  5. Tahniah TS Isa. Selamat bertanding semoga mendapat kemenangan bagi menebus maruah 8 PRK yang lepas. Bukan mudah nak memuaskan hati semua orang. Untuk kebaikan parti sokong saja pilihan pemimpin kita. Itulah amalan tradisi UMNO yang membolehkan UMNO kekal ke hari ini walaupun ramai yang berkata UMNO sedang berada di hujung nyawa. Buat masa ini UMNO masih relevan untuk semua.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...
    UMNO telah menunjukkan perubahan dalam membuat keputusan. Perlantikan Tan Sri Isa Samad merupakan tindakan yang bijak oleh pemimpin UMNO kerana terbukti bahawa suara akar umbi yang selama ini inginkan TSIS telah menjadi kenyataan. Pandangan Tun Mahathir juga amat baik, tetapi dalam membuat keputusan, pemimpin harus memilih satu daripada dua. Walaupun TSIS pernah dihukum atas kesalahan masa lalu, tidak semestinya beliau masih dengan sikap yang sama. Insya Allah, sama-sama kita berdoa supaya TSIS mendapat kemenangan dan dapat mengekalkan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air kita.
    Bukan saya tidak menyokong calon PAS, tetapi pada saya daripada memilih PAS yang sentiasa dicucuk hidung oleh DAP dan PKR, lebih pilih UMNO yang kita tidak diperalatkan oleh parti yang berpaksikan negara luar.

    HIDUP MELAYU..

    ReplyDelete