Saturday, 12 September 2009

SALAH LAKU GUAMAN KAYVEAS DAN ISTERI : MAHKAMAH TOLAK SAMANNYA !


Berita Harian
12 sep 2009



KUALA LUMPUR: Peguam, Datuk M Kayveas dan isteri, Datin Blanche O'Leary akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka terhadap Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara yang mendenda mereka kerana salah laku.
Kedua-dua kami bercadang mengemukakan rayuan kes ke Mahkamah Rayuan, kata Kayveas, yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan pada Khamis berkata "lembaga itu berada dalam kedudukan terbaik untuk menghakimi tingkah laku para anggotanya, dan oleh yang demikian mahkamah tidak akan campur tangan dengan keputusan lembaga."

Kayveas dan O'Leary, bakal Pesuruhajaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea, diperintah membayar denda RM5,000 setiap seorang oleh Lembaga Tatatertib Peguam Bela dan Peguam Cara pada 17 Mac 2005 kerana salah laku mengkhianati amanah sebagai pemegang berkepentingan. Kedua-dua mereka menamakan Majlis Peguam sebagai satu-satunya responden dalam rayuan sivil yang difailkan pada 14 April 2005. - Bernama

Penghuni Gua : Ini pun satu hal juga. Semuanya jenis pemimpin yang bercakap banyak dan hanya menjadi liabiliti kepada BN.

2. Bertempik sana sini. Menikam kawan dari belakang. isteri menjadi duta semuanya senyap tak ada lagi nak menyalak dan salahkan BN/UMNO. Nak diukur KPI , jauh panggang dari api. Yang dok berkerja ialah PM dan TPM serta beberapa kerat menteri lain. Harapkan parti komponen BN tahu nak suroh UMNO minta maaf, ugut nak keluar, pergadaduhan dalaman, rasis tak bertempat dan membuat lawak politik bodoh macam Dato Ong Tee Keat.

3. Kayveas ini serupa le dengan 2 makhluk lagi pemimpin komponen BN iaitu Koh Tzu Koon dan Ong Tee Keat. Kerjanya kira nak menggugut dan bergaduh sesama pemimpin. Nak menguatkan parti dan BN tak ada langsung. Untuk rakyat ? Jauh sekali.

4. Berbalik kepada bab Kayveas ini PG nak juga bertanya! Bila lagi PPP nak keluar dari BN. Banyak kali dah ancam, tak keluar juga. Keluar aje le. Buat semak kepala PM aje. Profesion guaman pun anda kotorkan.

5. Atau bersara le dari PPP. Dah Menyampah kami semua melihat anda dan 2 makhluk di atas tu.

No comments:

Post a Comment