Monday, 28 September 2009

SELCAT : PANDANGAN AHLI PAS SELANGOR !





SEBAGAI seorang ahli setia Pas, saya menganggap keberanian dan kelantangan pendirian Datuk Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, merangkap Exco Infrastruktur, Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri sebagai tepat dan perlu disokong bukan hanya oleh semua ahli Pas bahkan oleh semua umat Melayu Islam.

Saya katakan begitu kerana itulah sebenarnya dan sepatutnya perlu ada kepada setiap kepemimpinan Pas yang tunggak perjuangannya adalah untuk membela kesucian Islam, menegakkan keadilan dan menyanggah kezaliman khususnya yang sengaja ditujukan kepada penjawat awam dan rakyat lebih-lebih lagi ke atas umat Melayu Islam. Mana mungkin ada pimpinan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP yang sanggup bercakap secara telus, bebas dan ikhlas atas satu-satu isu berkaitan kepentingan Islam, isu berkaitan pembelaan terhadap penjawat awam atau rakyat yang kebanyakannya beragama Islam jika tidak Hasan yang berani berbuat demikian.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah masih ramai yang sanggup melupakan asas perjuangan yang bercirikan ketelusan, sebaliknya mengambil sikap ingin memuaskan hati rakan PKR lain sekalipun asas perjuangan sudah lari. Saya juga kurang arif kenapa pemimpin Pas mengambil sikap lepas tangan dalam menyokong tindakan Hasan dalam isu arak contohnya.

Bagi sesetengah pihak, adalah lebih baik menyokong rakan PKR dan DAP walaupun perkara itu bertentangan dengan syariat Islam yang syumul daripada menegakkan hukum Allah SWT kerana dengan menegakkan hukum Allah SWT, mereka akan dikecam oleh pihak PKR dan DAP. Ini adalah syirik yang jelas.

Jika sebelum ini pihak PKR dan DAP sering meminta agar Umno bersikap telus di dalam setiap tindak tanduk kepemimpinannya dan yang terbaru berkaitan isu PKFZ, jadi apabila ada seorang pemimpin senior yang ingin meminta pihak PKR dan DAP bersikap telus dan terbuka maka saya rasa perkara ini perlulah dialu-alukan, bukannya dikecam.

Apa kata PKR dan DAP? Apa kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang? Adakah tindakan untuk meminta Hasan berundur itu satu 'escapism'? Baru-baru ini, beberapa kalangan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor ada yang menyaran supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas Hasan dan meminta beliau keluar Pakatan Rakyat. Saya juga sependapat dengan ramai warga Melayu Islam di Selangor yang ingin menyeru agar Hasan jangan tunduk kepada sebarang ugutan dan tekanan kerana beliau berada di pihak yang benar.

Saya ingin memberi jaminan bahawa Hasan dan Pas tidak bersendirian dalam senario politik Selangor ini, malah saya amat yakin bahawa semua warga Melayu Islam akan sentiasa menyokong beliau untuk terus menyuarakan sebarang isu yang menyanggah daripada tertib al-Quran dan Hadis. Perlu diingatkan bahawa Pas itu berteraskan Islam dan bukannya 'kitab' PKR atau DAP.

Saya juga menyokong pandangan Presiden Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa Malaysia dan Pesuruhjaya Suhakam yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dirombak semula dan menghentikan penghinaan terhadap penjawat awam.


AHLI PAS
SELANGOR, Shah Alam, Selangor.

Penghuni Gua : Pada pandangan PG ini tanda-tandanya kerajaan PR Selangor terutamannya sudah hampir tumbang. Lihatlah nanti dalam PRU13.

2. Jangan tak angkuh dengan pegawai kerajaan . Inilah penggeraknya. PG lihat Exco-Exco PR Selangor ini nampak sangat angkuh dan lagaknya seperti tahu dalam segala hal. Kaduk naik junjung. Dan sebagahagiannya gila dan kemaruk kuasa. Itu baru memerintah beberapa negeri. Perangainya pun dah begitu buruk. Berlagak tak bertempat.

3. Sekali pandang seperti MPAJA dapat memerintah Malaya beberapa hari dahulu. Habis ranap . Ini nampak gayanya serupalah lebih kurang keadaaanya.

4. PR ini kalau dilihat sekali imbas cakap tak serupa bikin. Dulu katanya demokrasi dan ketelusan serta berdemo haram bagi kebebasan bersuara. Ini sudah kena tegur sedikit sahaja oleh pasukan sendiri pun sudah melenting tidak tentu pasal. Mana kebebasan bersuara yang dilaungkan?

5. Cakap bolehlah. Dapat memerintah di beberapa negeri pun kita lihat berapa kali ( sehingga kini pun ) Surat khabar arus perdana di pulau, di haram, wartawan tertentu dan TV tertentu tidak dibenarkan untuk membuat liputan.

5. Ini ke demokrasi dan kebebasan bersuara dan media yang diperjuangkan oleh PR?

6. Cakap boleh lah. Tindakan dan perbuatan : Habok pun tak ada.

1 comment:

  1. SLM BRO...HMM KLU NAK DI IKUTKAN KERAJAAN KHALID DH GOYAH DAH!. TUNGGU MASA NAK TUMBANG JEK. SULTAN & RAKYAT PUN DH MELUAT TENGOK CARA KHALID TADBIR NEGERI. BAGINDA BLH BUBAR DUN SEKALIGUS BUAT PILIHANRAYA NEGERI

    ReplyDelete