Thursday, 17 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES BERKAITAN TEMPOH MASA !



1990 ( 3 ) MLJ 415
Re Sargit Singh Khaira


Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah dipecat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri pada 14 Disember 1988. Keputusan itu telah diberitahu kepada pemohon pada 27 Disember 1988 tetapi tarikh keputusannyua hanya diberitahu kepada pemohon pada 1 Julai 1989.

kebenaran telah diberi kepada pemohon untuk memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan tersebut tetapi pada tarikh perbicaraan usul itu, suatu bantahan permulaan dibuat oleh pihak penentang bahawa permohonan untukkebenaran itu dibuat di luar had masa Ini telah disahkan dan rayuan kepada Mahkamah Agung telah ditolak pada 28 November 1989 Pemohon telah menfailkan permohonan ini pada 8 Disember 1989 untuk kehenaran bagi memohan perlanjutan masa bagi memohon kehenaran memohon perintah certiorari.

Diputuskan:
Disputuskan, membenarkan permohonan:

(1) Pemohon telah terima-pakai cara yang betul dalam permohonan ini melalui saman pemula dan bukannya melalui usul pemula, memandangkan peruntukan A 5 K 3 dan A 3 K5 Aturan mahkamah Tinggi 1980. Walaupun sekiranya, mahkamah khilaf dalam perkara ini, namun demikian, pemagku peguam besar negari yang bijaksana tidak memohon untuk mengenepikan permohonan atas alasan luar aturan dan sekarang adalah terlambat bagi menimbulkan bentahan ini.

(2) Kelengahan sepuluh hari oleh pemohan dalam memohon kebenaran untuk memohon perintah certiorari tidaklah tak berpatutan Keterangan pemohon ialah

(i) Kesihatannya tidak baik;
(ii) dia tidak boleh mengarah peguamnya terlebih awalkerana dalam kesulitan kewangan; dan (iii) Suruhan-jaya Perkhidmatan Awam Negeri juga menyumbang kepada kelangahan itu dengan memberitahunya keputusan pemecatannya 13 hari selepas itu dan tidak mengisytiharkan tarikh sebenar keputusan itu sehinggga enam bulan berlalu telah memuaskan mahkamah.

(3) Semasa rayuan itu masih menunggu pendengaran oleh Mahkamah Agung, pemohon tidak boleh dijangka memohon perlanjutan masa kerana pemohon pada ketika itu masih mengatakan diabertindak dalam tempoh had masa Permohonan ini telah difail 18 hari selepas keputusan Mahkamah Agung dan ini bukanlah kelengahan tak berpatutan Penggantungan perlaksanaan keputusan mahkamah rendah juga tidak perlu sebab pemohon tidak diancam dengan sebarang jienis perlaksanaan.

(4) Permohonan secara lisan untuk perlanjutan masa tidaklah diambil perhatian oleh mahkamah rendah yang mendengar usul untuk perintah certiorari dan isu kelengahan, termasuk keterangan pemohon tidaklah dikemukakan di hadapan mahkamah Oleh yang demikian, mahkamah ini tidaklah functus officio.

(5) Tidak terdapat rayuan atas perlanjutan masa dihadapan Mahkamah Agung dan isu perlanjutah masa itu tidak jugaditimbulkan di hadapan Mahkamah Agung Oleh itu, syaratsyarat bagi estopel ditimbulkan atas res judicata tidaklah dipenuhi.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan dan alasan penghakiman kes ini.

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to you and your family.

    Please visit my new blog: http://alizul2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Selamat Hari Raya, maaf jua di minta...., tak balik kampung raya ni....

    ReplyDelete
  3. Biasalah orang pecat memecat, kekadang dlm perkhidmatan kerajaan dan negeri, hanya berdasarkan office rumours.

    Apapun, ramai pegawai kerajaan tak mahu hilang rezeki dan akhirnya menerima shj -itu yg menyebabkan demotivation kerja

    ReplyDelete