Tuesday, 8 September 2009

TAN SRI MOHAMED YAAKUB BEKAS MB KELANTAN MENINGGAL DUNIA !





KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaakub meninggal dunia jam 6 pagi tadi di Hospital Pantai, di sini, kerana menghidap barah paru-paru.

Jenazahnya akan dibawa ke rumah anak perempuannya di no 195, Jalan Datuk Sulaiman 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 9.30 pagi ini dan dijadual disembahyangkan di Masjid Taman Tun Dr Ismail. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara jam 1.30 tengah hari ini.

Penghuni Gua : Al Fatihah buat Allahyarham. Semuga Allah menempatkan beliau di kalangan orang beriman dan di syurga yang terbaik.

2. PG ingin coretkan sedikit mengenai Allahyarham Tan Sri yang PG kenal rapat sejak 1989 semasa bertugas di Tanah Merah Kelantan. Allahyarham adalah seorang yang amat sensitif hatinya dan seorang yang amat kesian belas. Beliau seorang yang amat lembut hatinya.

3. Tidak pernah bersuara tinggi dan memaki hamun orang dan mudah mengeluarkan air mata. Satu kisah semasa beliau selaku MB Kelantan telah melawat Tanah Merah bagi meninjau projek perumahan keluarga miskin di kawasan pendalaman DUN Bukit Panau Tanah Merah.

4. Dalam lawatan tersebut Tan Sri telah melihat dan telah membuat teguran kepada Pegawai Daerah dan beberapa pemimpin UMNO yang pada pandangannya tidak memantau pembinaan rumah PPRT ini di mana pada pandangannya dibuat ala kadar iaitu mutu buatannya amat kasar dan menggunakan hanya kayu bertaraf gred 3. Tan Sri mengeleng kepala dan berlinang air mata melihat keadaan rumah PPRT tersebut.

5. Allahyarham Tan Sri memandang ke arah PG dan bertanya ada atau tidak lagi mereka yang daif di kawan tersebut. PG terus menjawab ada dan lebih teruk dari ini tetapi tiada mendapat bantuan PPRT dan mereka hanya makan sekali sehari serta berkongsi sehelai kain untuk bersembahyang dengan anak -anak dan berkongsi / bergilir gelas dan pinggan mangkok untuk makan dan minum. Juga selepas balik sekolah barulah anak-anak mereka ini akan ambil duit dari bapa yang menoreh dengan upah RM 4 sehari untuk 6 orang anak. Dua keluarga ini berdekatan. Seorang duda kematian isteri dengan 6 anak dan seorang janda kematian suami dengan 5 anak. Jarak rumah mereka berdua hanya 10 kaki.

6. PG memaklumkan tiada siapa membantu termasuk pegawai kebajikan dan JKKK. Tan Sri bertanya di mana rumah berkenaan. PG memaklumkan hanya dalam 100 meter dari tempatnya berdiri sekarang.

7. Kami semua berjalan kaki dan apabila tiba Tan Sri terus basuk di kedua-dua rumah dan melihat betulkah keadaan seperti mana yang PG ceritakan. Apabila keluar rumah Tan Sri terus menangis teresak-esak dan kebetulan duda dan janda ini baru pulang dari menoreh getah dan terus memberikan anak lelakinya RM 2 untuk membeli beras dan seorang anak perempuan dari keluarga ini baru pulang dari sekolah. Melatakkan beg dan terus berlari ke arah hutan.

8. Tan Sri memanggil anak ini dan bertanya kemana nak pergi. Anak ini memberi tahu dia pergi untuk melihat mata pancingnya / tahan tauk yang diletakkan semalam mengena atau tidak. Jika ada ia adalah untuk buat lauk. Begitulah hari-hari rutinnya.

9. Meraung Tan Sri mendengarnya dan terus Tan Sri berleter dan memberi amaran keras kepada semua pegawai dan pemimpin UMNO bahawa bila mati kelak ke nerakalah kita semua kalau berterusan begini.

10. Tan Sri terus menghulurkan RM 300 seorang dan mengarahkan rumah PPRT bagi kedua keluarga ini di segerakan pembinaanya dalam tempoh dua minggu.

11. Sepanjang perjalanan balik Tan Sri terus menangis dan sesekali memberitahu PG bahawa bahawa dia tidak tahu perkara ini kerana pegawai-pegawai dan jkkk serta pemimpin UMNO setempat semuanya tidak bekerja. Bagaimaana dia nak mengadap Allah. Sungut Allahyarham.

12. Selepas dari tarikh dan kejadian ini sehinggalah kekalahannya di dalam PRU 1990, Allahyarham kerap menalipon PG untuk mendapatkan maklumat berkaiatan perkara-perkara seperti ini.

13. Inilah Allahyarham. Amat lembut hatinya dan amat prihatin atas semua insan. Cuma oegawai-pegawai bawahan ini yang tidor dan makan gaji buta. Itulah apa yang berlaku sekarang pun dalam kes seperti di atas juga. Jika tidak berlaku masakan masih keluar kisah-kisah seperti ini di dalam rancangan " Bersama mu TV3".

14. Al Fatihah. Semuga Allahyarham dicucuri rahmat.

3 comments:

  1. Semuga Allah menerima segala amaln nya dan mengampunkan segala dosa

    ReplyDelete
  2. Tiap yg hidup mesti merasai mati. Moga roh beliau bersama keredhanNya.

    ReplyDelete
  3. AL-FATIHAH BUAT ARWAH DAN SLM TAKZIAH KPD AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM

    ReplyDelete