Monday, 28 September 2009

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : KES KONSPIRASI / PAKATAN JAHAT !


Akta Keterangan
(Pakatan jahat)
Rinkasan Terjemahan kes Liew Kaling [1960] 1 MLJ 306


Fakta

Pembicaraan bersama lebih dari satu tuduhan membunuh adalah tidak diingini (dalam kes ini satu pembicaan dijalankan untuk pembunuhan 3 orang perempuan). Ayat didalam seksen 10 Akta Keterangan tidak boleh digunakan dengan meluas untuk memasukkan kenyataan seorang yang melakukan pakat jahat tanpa kehadiran keterangan rakan pakat jahat lain dengan hanya merujuk perbuatan lepas setelah ianya selesai dilakukan.

Kes Mirza Akhbar v King Emperor 67 IA 336,338 adalah terpakai. Ianya terpulang kepada juri untuk membuat inferen (inferen tertuduh bersalah) dari cebisan-cebisan keterangan tertentu, tetapi penjelasan hendaklah dilakukan sebelum inferen sah dibuat dan 2 perkara mestilah dipatuhi :

i. Ianya mestilah mengambil kira semua fakta-fakta dan
ii. Ianya mestilah inferen munasabah kepada fakta-fakta yang diambil kira ini.

Dalam kebanyakan kes tidak perlu memberi inferen ini kepada juri tetapi dalam kes ini dimana keterangan pendakwa kekurangan fakta-fakta utama dan juri dikehendaki membuat satu inferen sukar maka adalah selamat jika panduan akan prinsip-prinsip terpakai dijelaskan. Dalam kes jenayah beban adalah kepada pendakwa untuk membuktikan tertuduh bersalah atas tuduhan yang dikenakan atau tuduhan lain yang boleh secara sah tertuduh disabit dengan kesalahanya.

Ujian `terbukti` adalah ujian bagi orang yang waras `berdasarkan keadaan sesuatu kes tertentu`. Adalah tidak dingingi kandungan seksen 3 akta keterangan dibaca kepada juri. Juri hanya perlu berpuas hati `diluar keraguan munasabah`. Tidak ada set formula diperlukan (diluar keraguan munasabah). Darjah pembuktian ` tidak perlu sampai kepada kepastian (certainty) ,tetapi ianya mesti membawa darjah yang tinggi kepada kemungkinan. Pembuktian diluar keraguan munasabah bukan bermaksud pembuktian diluar sebarang bayang keraguan…

Jika keterangan bagitu kuat kepada seseorang dan hanya meninggalkan kemungkinan bagitu kecil (remote possibility) dan boleh diketepikan dengan ayat `tentunya mungkin, tetapi sangat kurang kemungkinan` kes tersebut dengan itu adalah terbukti dengan sebagai diluar keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) dan tidak kurang dari tahap tersebut.

Penghakiman

Thomson CJ:

3 orang perayu (tertuduh) telah disabitkan salah kerana membunuh dibawah seksen 302 KK dan membuat rayuan. Rayuan telah dibenarkan pada 23 Nov. Sebelum penjelasan lanjut keputusan dari kes Chew Ming V PP [1960] MLJ 11dirujuk dimana Lord Hewart menyatakan dalam kes Rex v Davis [1973] 3 ALL ER 537 bahawa pembicaraan bersama lebih dari satu tuduhan membunuh adalah tidak dingini. Walau bagaimanapun perkara ini tidak dijadikan sebab dalam rayuan yang dibuat.

Fakta kes bolehlah diringkaskan seperti berikut : tiga orang perempuan yang disebut dalam pertuduhan telah ditikam mati dan mayat mereka dijumpai diliputi dengan sampah didalam sebuah telaga. Mereka bertiga perempuan sihat/berupaya dari kelas buruh dan munasabah difikirkan pembunuhan dilakukan pada tempat dan masa yang sama tetapi memerlukan lebih seorang pembunuh.

Adalah juga munasabah difikirkan seorang dari perempuan ini memiliki wang yang agak banyak dimana ketiga-tiga mereka pergi ketempat berhampiran dimana mayat dijumpai untuk membeli bijih timah yang dicuri bagi tujuan dijual semula. Persoalan yang paling sukar adalah samada terdapat keterangan yang membabitkan ketiga-tiga mereka adalah bersalah dalam membunuh ketiga-tiga perempuan tersebut. Bagi persoalan keterangan ianya semata-mata bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan dan boleh dirujuk sebagai keterangan ini mengejutkan/anih (overwhelming).

Keterangan terhadap tertuduh pertama( Liew).

i. Keterangan dari murid sekolah berumur 13 dan 16 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang mati. Kedua mereka menyatakan malam sebelum emak mereka dibunuh Liew dan tertuduh kedua Boo berbual dengan emaknya. Murid berumur 13 tahun tidak memberi apa-apa keterangan tetapi kanak-kanak berumur 16 tahun menyatakan dia mendengar Boo menyatakan kepada emaknya terdapat 800 paund bijih timah curi di kg. Peng Soon (berhampiran tempat mayat dijumpai) dan meminta emaknya membawa wang yang difikirkan untuk membelinya.

ii. Keterangan dari isteri Mr. Lee iaitu anak seorang lagi perempuan yang dibunuh menyatakan pada tegahhari pembunuhan berlaku Liew bersama dengan tertuduh ketiga Foo datang berjumpa suaminya. Foo mandi dan mencuci pakaian dan makan dirumahnya. Keterangan ini telah disokong oleh suaminya sendiri. Tiga hari kemudian tertuduh pertama (Liew) telah ditangkap dan wang $22.10 dijumpai. Duit ini terdapat kesan darah dan pemereksaan makmal mengesahkannya adalah darah manusia. Sebaik saja ditangkap beliau telah memandu pasukan polis dan atas maklumat dari ini pihak polis telah memjumpai parang didalam kolam kira-kira setengah batu dari tempat kejadian pembunuhan. Parang ini terdapat kesan tetapi tidak ada bukti konklusif ianya adalah darah.

Keterangan terhadap tertuduh kedua ( Boo).

i. Keterangan dari murid sekolah diatas yang melihat tertuduh pertama dan kedua datang berbual dengan emaknya terdapat timah yang dicuri di kg. Peng Soon.

ii. Keterangan dari seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak seorang lagi perempuan yang dibunuh. Saksi ini menyatakan telah berjumpa dengan tertuduh kedua dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali pada tengahhari hari kejadian pembunuhan berlaku. Pada masa itu dia melihat Boo menunggang sebuah basikal dan menolak sebuah basikal lain yang beliau cam adalah kepunyaan emaknya yang telah dibunuh. Apabila ditanya Boo menyatakan dia hendak membawa ke Balai Polis dan saksi ini terus mengambil basikal itu semula. Beberapa lama kemudian Boo telah ditangkap dan beliau telah memandu pasukan polis ketempat kira-kira setengah batu dari tempat kejadian dan menjumpai sebilah mata gunting ( dari dua bilah mata gunting) . Bilah ini tidak terdapat sebarang kesan.

Keterangan tertuduh ketiga (Foo).

i. Keterangan dari Mr.Lee dan Isterinya bahawa tertuduh pertama dan Foo datang kerumahnya mandi,mencuri pakaian dan makan bersama.

ii. Isteri Mr. Lee seterusnya menyatakan beberapa hari kemudian (kemungkinan 14 May) Foo telah datang sekali lagi kerumahnya. Foo telah bertanya isteri Mr.Lee adakah sesiapa telah ditangkap. Isteri Mr. Lee menjawab seorang lelaki yang sedang menolak sebuah basikal. Foo berkata itu adalah Boo dan seorang lagi lelaki bernama Soh Chee yang `berkongsi` ( difikirkan bertangggunjawab membunuh bersama-sama) dan dua orang ini telah menjemputnya untuk turut serta.

Isteri Mr. Lee telah memarahinya dan pada masa suaminya telah datang. Tidak lama kemudian polis sampai dan menangkapnya. Keterangan ini juga disokong oleh suaminya. Kedua-dua saksi ini nampaknya curiga terhadap Foo dan telah menghubungi pihak polis. Foo juga telah memberitahu dia tidak ada `share` dalam pembunuhan tetapi Liew,Boo dan seorang lagi lelaki bernama Soh Chee.

Liew semasa pembelaan menyatakan dia telah melintasi tempat kejadian dimana dia berjumpa dengan seorang bernama Soh Chee yang diselaputi dengan darah dan mengugutnya dengan parang. Dia telah ditawarkan $25/- (difikirkan untuk membawa keluar parang). Dia lalu mengambil parang dan duit. Dia telah membuang parang kedalam kolam dan menyimpan duit.

Boo pula menyataka dia telah melintasi tempat kejadian dan berjumpa sebuah basikal yang ditinggalkan. Dia mengambilnya untuk dibawa ke balai polis. Dia telah melepaskan basikal tersebut apabila ditahan oleh seorang murid sekolah dan semasa itu sebilah mata gunting terjatuh dari basikal. Dia mengambil dan melihatnya tidak berguna dan lalu membuangnya.

Foo pula hanya memberi keterangan yang mengandungi 15 patah perkataan ` Heaven knows I did not commit the murder. That is all I wish to say` (Tuhan tahu saya tidak melakukan bunuh. Itu saja yang ingin saya katakan). Yang anihnya juga dia tidak disoal balas.

Keterangan yang ada pada Foo hanyalah selepas kejadian tertuduh bersama dengan tertuduh kedua dan mempunyai pengetahuan mengenai pembunuhan..Tidak ada pengakuan darinya. Dengan menimbang tertuduh dan saksi lain yang tinggal bersama dalam satu komuniti kecil dengan perempuan yang mati adalah tidak mengejutkan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang apa yang telah berlaku. Juri juga tidak dipandu arah sewajarnya dan dengan itu sabitan diketepikan.

Bagi tertuduh pertama dan kedua. Mereka dijumpai bersama selepas kejadian pembunuhan tidak boleh dikatakan terdapat pakatan jahat antara mereka dan tertuduh ketiga didapati mempunyai pengetahaun tertuduh pertama dan kedua melakukan pembunuhan tidak boleh dikatakan mempunyai pakatan jahat ketiga-tiga mereka dan pakatan jahat sebegini tidak boleh diterima dibawah seksen 10 Akta Keterangan. Keterangan terhadap Liew dan Boo juga tidak kuat.

* ringkasnya didapati bersama selepas kejadian bukan bermaksud terdapat pakatan jahat.
_____________________________________________________________________

Seksen 10 Akta Keterangan

10. Things said or done by conspirator in reference to common design

Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.ai pengetahaun tidak boleh dikatakan mempunyai pakatan jahat ketiga-tiga mereka dan pakatan jahat tidak bol

Penghuni Gua : Ini kes lama berkaitan Konspirasi / pakatan jahat. Dengan paparan kes ini mungkin ia dapat membantu pembaca berkaitan isu yang kerap dimainkan oleh beberapa pemimpin politik dengan sewenangnya berkaitan isu konspirasi / pakatan jahat.

2. Paparan ini juga adalah lanjutan paparan berkaiatan undang-undang dan pembuktian dari segi isu konspirasi yang telah di paparkan sebelum ini : KLIK

3. Jadi bab konspirasi ini , jangan cakap ajelah. Fikir sebelum cakap dan cuba menipu rakyat. Faham perundangan berkaitan konspirasi bukan bermain dan memutar belitkan perkataan konspirasi.

4. Kepada pelajar-pelajar pula, diharap dengan paparan ini membantu anda semua dalam pelajaran. Tq.

No comments:

Post a Comment