Thursday, 22 October 2009

ADUN KOTA SEPUTEH : HANYA KERANA DENDAM ............




ALOR SETAR 21 Okt. - Isu kedudukan Datuk Abu Hasan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh kini dipanjangkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Jawatankuasa berkenaan dijadual mengadakan mesyuarat pada 26 Oktober ini bagi menentukan sama ada Abu Hasan telah melanggar peraturan selepas gagal hadir sebanyak dua kali berturut-turut di mesyuarat DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Berikutan perkembangan terbaru itu, ADUN Kota Siputeh tersebut dikatakan berdepan kemungkinan digantung tugas atau daripada menghadiri sesi DUN pada pertengahan bulan depan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Rupanya masih belum habis lagi isu ini. ADUN Kota Seputeh akan dihadap ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Dewan Kedah atas isu gagal hadir sebanyak 2 kali berturut-turut sidang DUN Kedah.

2. PG malas nak membincangkan dari segi perundangan. SPR sudah jelaskan dan pada pandangan PG yang tahu lah sikit bab perundangan, alasan SPR adalah berasas.

3. Cuma PG nak katakan, isu ini lebih kepada dendam dan hanya nak cari pasal. Rakyat akan diperjudikan hanya kerana hendak merampas DUN ini dari BN. Itu sahaja. Kalau difikir dari untung ruginya, banyak rugi dari untung untuk diadakah PRK di DUN berkenaan.

4. Pemerintahan yang berasaskan dendam ini pada penglihatan dan kajian PG dari sejarah dunia , memang tidak akan bertahan lama. Allah tidak akan izinkan pendendam memerintah. Allah berikan dulu kuasa pemerintahan, kemudian Allah akan tarik balik anugerah tersebut. Tengoklah nanti. Berbagai sebab musabab yang Allah jadikan untuk kerajaan tersebut tumbang.

5. Contohnya tak usah jauh-jauh. Kerajaan PAS Terengganu tumbang setalah satu penggal. Sebabnya kerana memerintah hanya berasaskan dendam. Lihatlah apa yang kerajaan PAS Terengganu buat. Kerajaan BN Terengganu tumbang pun hanya kerana pemerintahnya menjalankan pemerintahan berdasarkan dendam kesumat. Selangor juga begitu semasa BN. Pun tumbang. Kerajaan PR Perak pun tumbang dan kerajaan Selangor kalau tak kena haribulannya pun akan tumbang. DSAI kalau kita lihat semasa jadi TPM dulu pun , memerintah pun berasaskan dendam.

6. TunMahathir PG lihat seorang yang ikhlas dan pemaaf kepada lawan dan kawan. Tun servive selama 22 tahun.

7. Alasan lain PG tak akan berikan. Seperti PG katakan di atas, pemerintahan yang berasaskan dendan kesumat tidak akan bertahan lama. Allah akan tarik balik pemberiannnya. Penarikan balik dibuat dengan berbagai sebab musabab dan alasan serta kejadian. Cuma bagaimana kita mahu ia difikirkan.

8. Tidak percaya lihat lah nanti di dalam PRU 13. Bukannnya lama sangat. Dalam 2 ke 3 tahun aje lagi.

9. Tak percaya? Percayalah. Itulah kepercayaan PG. Semua perkara dan kejadian yang terjadi adalah tanda dan petunjuk yang Allah mahu kita sebagai manusia untuk difikirkan. Tak perlu belajar tinggi-tinggi pun.

11. Sekadar perbandingan, kerajaan dan pimpinan DS Najib dan TGNA, pada pandangan PG bukan berasaskan dendam. Sebab itu mereka bertahan seperti TGNA dan DS Najib pun akan bertahan lama. Lihatlah nanti.

1 comment:

  1. Kita memilih Pakatan kerana antara lain janji keterbukaan ..tapi tindakan mereka sebaliknya..sesiapa yang tidak disukai olih mereka akan digantung..

    ReplyDelete