Saturday, 17 October 2009

EGM KEDUA MCA : APA KATA LIOW TIONG LAI !



Kata Liow Tion Lai ( tim. Presiden MCA ) ialah :

1. Parti itu tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kali kedua untuk menentukan kedudukan presiden Datuk Seri Ong Tee Kiat.

2. Jawatankuasa Pusat MCA akan bertemu dengan Ong untuk menasihati beliau supaya tidak mengadakan EGM kedua kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah MCA.

3. Perwakilan MCA sudah memberi pandangan mereka (pada EGM lalu) dan oleh itu, kami rasa mereka akan menghormati keputusan EGM, dan mahu melihat CC menghormati keputusan itu.

4. Tanda tangan itu bukan mendesak dia (Ong) meletak jawatan. Mereka cuma mahukan saya berbincang dengan presiden dan mewakili pandangan mereka. Kami sebenarnya merayu kepada presiden untuk mendengar beberapa pandangan anggota CC. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada Ong Tee Keat, apa tunggu lagi. Berundurlah. EGM baru-baru ini telah menjelaskan segalanya. Janganberalasan lagi dan mementingkan diri sendiri.

2. Putar belit anda dengan berbagai bahasa sendiran pun sudah tidak berkesan lagi. Isunya bukan masih ada orang menyokong anda tetapi lebih ramai/ mojoriti ahli dan pemimpin MCA sudah tidak percaya dan tidak lagi menyokong anda.

3. Jangan hanya melihat disekeliling anda, tetapi lihat di belakang anda. Anda sudah tiada penyokong. Di sekeliling anda itu hanya lah penjilat yang juga bersikap mementingkan diri sendiri juga seperti anda.

4. Kepada Liow Tiong Lai : Anda perlu bertegas dengan Ong Tee Keat. Paksa Ong Tee Keat berundur. Terangkan kepadanya bahawa dia sudah tiada tempat lagi dalam MCA. Berundur sahajalah. lagi lama Ong berada di kerusinya , ia akan menjadi liabiliti kepada PM dan BN.

5. Mungkin juga Ong susah sangat nak berundur kerana nak membersihkan saki baki tahinya dalam isu PKFZ. Itu aje isunya. Semua orang sudah tahu Ong. Tak perlu sembunyi. Cukuplah. Anda pun dah kaya. RM 10 juta yang dihadiahkan oleh Kuala Dimensi pun banyak lagi bakinya dan bertahun lagi pun kalau nak habis. Makan bunga bank pun sudah memadai.


1 comment: